Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Banjir: Dulu dan Sekarang

Posted In: , , . By Hazwan Arif



Membaca status facebook dan twitter kawan-kawan yang terputus hubungan dengan keluarga, timbul rasa kasihan dalam hati. Lebih-lebih lagi bila baca tentang ada ibu-bapa atau saudara yang sakit dan dimasukkan ke hospital, namun tak dapat pergi menjenguk kerana jalan ditutup akibat banjir.

Sama jugak seperti aku sekarang, tak dapat melawat nenek yang sakit di kampung.

Waktu aku kecil dulu, bagi aku banjir adalah sesuatu yang menyeronokkan. Yang aku tahu, bangun pagi terus terjun dalam air dan tangkap ikan. Balik tengah hari sekejap untuk cari makanan dan sambung main air. Dan aktiviti ini berterusan sampai malam.


Sambung Bacaan


Selesai saja mengisi minyak di Shell Semambu, aku menuju ke Balok melalui jalan Berserah. Keadaan di Shell Semambu masih lengang kerana bekalan elektrik baru saja pulih. stesen minyak Petronas Semambu juga sudah mula dibuka.

Melintasi pasaraya Tunas Manja Berserah, aku dapat lihat manusia berpusu-pusu membeli barang keperluan disana. Mungkin sebagai persediaan awal untuk menghadapi banjir gelombang kedua. Stesen minyak di kawasan Berserah masih belum dibuka kerana bekalan elektrik belum pulih.

Sepanjang perjalanan, semua kawasan bergelap. Jalan-jalan masih basah namun air sudah tidak bertakung diatas jalan. Sedih tengok keadaan sekeliling. Seram pun ada.

Kawasan pertama aku tuju adalah Markas PAS cawangan Balok. Di sana para sukarelawan sedang bertungkus-lumus memasak nasi dan lauk-pauk untuk dihantar ke kawasan yang terjejas akibat banjir. Antaranya di Kempadang dan Chendor. Di sini mereka menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik.


Sambung Bacaan

Sekarang aku sedak duduk bersimpuh atas meja tempat kerja sambil menaip. Kenapa? Sebab aku sedang menahan mata daripada tertidur. Malam ni aku terpaksa berjaga untuk monitor keadaan plant kerana brader yang menjaga DCS tak dapat datang. Rumah dia sudah banjir katanya.

Menurut beberapa orang kawan, tahun ni merupakan antara banjir yang terburuk pernah melanda Kuantan. Banyak kawasan yang belum pernah ditenggelami air sudah dilanda banjir. Sampai jalan-jalan yang menghala ke kawasan perindustrian Gebeng pun ada yang tak dapat dilalui. Sebab itu ada beberapa company sudah mengarahkan pekerjanya untuk bercuti buat sementara waktu.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja tadi, aku rasa Kuantan ni dah macam darurat. Kiri kanan ada kereta tersadai, ada yang berhenti. Kadang-kadang nampak seperti ada eksiden bila ramai yang keluar dari kereta dengan berpayung.


Sambung Bacaan

Bukit Panorama || Pahang

Posted In: , . By Hazwan Arif


Melihat kawan-kawan yang berada di pantai barat sana asyik memanjat Bukit Broga, teringin jugak rasanya melakukan perkara yang sama di tempat tinggal aku sekarang, iaitu di Pahang. Tapi dimana tempatnya? Selepas melakukan sedikit pencarian di internet, aku menemui satu tempat tempat yang menarik, iaitu Bukit Panorama.

Bukit Panorama ni terletak berhampiran Sungai Lembing yang femes dengan sejarah perlombongan bijih timah. Kalau dari Kuantan, jaraknya lebih kurang 60km. Kalau nak tengok matahari terbit, ini lah tempatnya.


Sambung Bacaan

Remaja, Masalah dan Terlanjur

Posted In: . By Hazwan Arif

Satu tajuk berita dalam surat khabar Sinar Harian hari ini amat menarik perhatian aku. “Menipu Demi Seks”, itu tajuk yang amat menarik perhatian.

Memang agak terkejut bila baca berita ni. Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, menipu ibu bapa untuk keluar dari rumah dan melayan nafsu lapan lelaki lain yang sedia menunggu di surau. Yer, di surau. Dan lebih mengejutkan, budak-budak lelaki tersebut baru berusia antara 12 hingga 14 tahun.

Serius aku terkejut, lebih-lebih lagi melihat umur budak-budak ni. Siapa yang nak disalahkan dalam hal ni? Apa yang aku baca, mak ayah perempuan ini sudah bercerai dan ibunya sudah pulang ke Indonesia. Dan budak-budak yang dah pandai tentang seks di usia muda ni, siapa yang patut dipersalahkan?

Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan. Macam ni cerita nya.

Aku ada seorang kawan. Aku tak pasti dia ni seorang yang suka mengkaji manusia atau seorang phedo. Tapi satu hari, dia keluar bersama seorang perempuan yang jauh lebih muda. Berusia 15 tahun dan sudah lama tidak bersekolah. Dia cakap, dia keluar dengan budak tu sebab nak mengenali golongan yang dipandang serong masyarakat.

Sambung Bacaan

Beg Lilit Pinggang

Posted In: . By Hazwan Arif

Hari demi hari, seluar aku makin ketat. Tak tahu kenapa, mungkin expired date seluar tu dah dekat. Bila seluar makin ketat, adalah kurang selesa jika aku meletakkan wallet dan telefon dalam poket seluar. Seluar pun jadi makin ketat. Tak sesuai untuk kesuburan, menurut beberapa pendapat.

Jadi aku terpaksa membuat keputusan untuk membeli sebuah beg kecik, yang biasa digunakan oleh penjual ikan dan sayur yang pergi berniaga menggunakan motor. Aku pun pergi ke bandar Kuantan bersama seorang kawan.

Di bandar Kuantan, aku singgah di sebuah kawasan menjual barang-barang siam berhampiran UTC. Selepas singgah di beberapa kedai, aku masuk ke sebuah kedai yang dijaga oleh seorang makwe muka ketat berminyak. Sedang aku membelek beg yang ada, kawan aku menegur.

“Weh, ada awek kat belakang tu..”

Aku pandang sekejap. Tak nampak muka. Jadi aku sambung belek-belek beg yang tergantung kat kedai tadi. Akhirnya aku berkenan kat dua bijik beg, satu kaler hitam dan satu lagi kaler hijau gelap. Aku tanya kawan aku, mintak pendapat.

“Yang mana lagi okey? Yang hitam ke yang kaler hijau ni?” – tanya aku sambil angkat beg kecik tadi ke paras pusat.

“Yang hitam tu body dia mantap sikit. Tapi yang hijau muka dia lawa..” balas kawan aku spontan.

Aku blur, aku pandang belakang. Ciss, rupa-rupanya makwe kat belakang tu pakai baju hitam dan hijau.

“Woi, aku tanya pasal beg la bodohh!!! Kahkahkah”

Kawan aku pun gelak sama. Malu.
Sambung Bacaan

Terserempak

Posted In: . By Hazwan Arif

Selesai membayar hidangan sup ekor yang telah habis diratah, aku berjalan keluar dari kedai. Dua orang hosmet aku sudah jauh berjalan ke depan menuju ke kereta. Jadi aku berjalan seorang sambil memikirkan harga semangkuk sup ekor tadi. Agak mahal tapi berbaloi dengan rasanya yang sedap.

Tiba-tiba aku berselisih dengan seorang brader yang agak gempal. Macam kenal. Rasanya budak sekolah kat kampung aku dulu. Aku senyum, dia pun balas senyuman. Dengan pantas aku hulurkan tangan untuk bersalam.

“Mu wat mende sini?” – aku memulakakan perbualan.
(kau buat apa kat sini?)

“Aku keje sini la. Kat Gebeng. Mu?”
(Aku kerja kat sini. Kat Gebeng. Kau?)

“Ouh. Aku keje kat Gebeng gok. Kat Polyplastic..”
(Aku kerja dekat Gebeng jugak. Dekat Polyplastic)

Sambung Bacaan

Buffered Earning Datang Beraya

Posted In: . By Hazwan Arif



Aku terbaca blog kawan aku, satu post bertajuk Buffered Earning Datang Beraya. Lepas baca, aku pun jenguk-jenguk akaun Nuffnang diri sendiri.

Ciss, waktu malas nak menulis ni la Nuffnang nak bagi duit. 5 bijik BE sekaligus dia bagi. Waktu rajin menulis dulu, susah nak mampus nak dapat. Bila dah malas, senang pulak.

Tapi sekarang aku dah tak kisah sangat. Sekarang aku blogging hanya untuk kepuasan diri, dan juga mencatat sesuatu yang dapat aku baca bila dah nyanyuk nanti.

Huish, tak sabar nak pulang beraya :D

p/s: Aku ada share tips nak dapatkan Buffered Earning dulu. Klik SINI
Sambung Bacaan

Pengembaraan di Jepun

Posted In: , . By Hazwan Arif



Ada yang bertanya, kenapa tak kongsi pengalaman berjalan-jalan di Jepun dalam blog. Aku jawab, malas sebenarnya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, rugi kalau tak tulis. Mana tau, memori dalam kepala ini akan mula terhakis apabila usia makin meningkat.

Jadi, aku nak kongsi sedikit tempat-tempat menarik yang aku pergi semasa training di Jepun tiga minggu.

Fuji 

Bila sebut Fuji, ramai akan terbayangkan gunung Fuji yang diselaputi salji putih diatas nya. Dan ada juga membayangkan beberapa babak pertempuran antara Ultraman menentang raksasa demi menjaga keamanan bumi. Termasuk aku.

Sambung Bacaan

Eksaited

Posted In: , . By Hazwan Arif

Hari tu, aku pergi jalan-jalan dekat Tokyo. Lebih spesifik, di Akihabara. Aku berhenti depan satu gerai yang jual kamera berjenama tepi jalan. Barang ori beb, bukan tiruan. Memandangkan aku tidak berminat, aku hanya melepak jauh-jauh ketika kawan yang lain shopping barang kamera yang murah tu.

"Assalamualaikum! Orang Malaysia ke?" - ada seorang brader berbadan sedikit gempal dan berkumis datang menegur. Kat sebelahnya ada seorang lagi brader berkumis tapi kurus sikit. Macam pengacara rancangan Semanis Kurma muka dia.

Semestinya, bila berada ditempat orang dan terserempak dengan orang yang sama negara dengan kita, perasaan eksaited tu akan jadi lain macam. Rancak jugak kitorang berborak. Tengah berborak, aku terkeluar satu ayat.

"Eh, kau kerja kat mana bro?" - aku tanya. Sedikit janggal sebab aku rasa macam tak sesuai je cakap guna 'aku kau' dengan brader ni. Tak tahu kenapa tapi aku rasa janggal. Tapi brader tu dengan tenang menjawab.


Sambung Bacaan

Makwe Cosplay

Posted In: , . By Hazwan Arif



Masa aku mula-mula sampai Jepun dulu, kawan-kawan aku yang bujang ni dah buat plan. Kitorang nak pergi Tokyo, nak jumpa makwe-makwe cosplay dan ambik gambar bersama diorang. Lepas tu upload gambar kat facebook, bagi kawan-kawan lain jeles.

Jadi, ceritanya macam ni.

Hari ni aku dan kawan-kawan yang lain pergi ke Tokyo. Memandangkan tiket Shinkansen (Bullet Train) agak mahal, jadi kami semua berpakat untuk menyewa sebuat van. Jadi, murah la sikit kos untuk ke Tokyo. Kira-kira separuh daripada kos menggunakan Shinkansen.

Di Tokyo, kami berhenti di Akihabara atau lebih dikenali sebagai bandar elektronik. Kat sini memang banyak dijual barang-barang elektronik. Murah-murah pulak tu. Kamera DSLR pun ada diskaun separuh harga tadi.

Okey, aku nak fokus kat cerita makwe cosplay.



Sambung Bacaan

Mencari Makanan Halal di Jepun

Posted In: . By Hazwan Arif


Sebelum akan datang ke Jepun hari tu, semua orang cakap susah nak dapatkan makanan halal di sini. Risiko untuk kehilangan lemak tu memang tinggi lah. Maka terpaksalah aku membawa banyak bekalan makanan untuk dijadikan stok sepanjang training 3 minggu di Fuji.

Namun selepas datang ke sini, baru aku faham. Nak cari makanan halal kat Jepun akan susah bila kita tak pandai bercakap bahasa Jepun atau membaca tulisan Jepun. Kalau pandai, banyak makanan halal kita boleh dapat. Memang takkan kebulur punya lah.

Di sini, aku ada dua kawan yang fasih berbahasa Jepun. Izwan dan Ariff. Mereka dulunya pernah belajar dan bekerja di Jepun. Jadi, urusan mencari makanan halal kat sini agak mudah walaupun tak ada logo Halal.

Sambung Bacaan

Kisah Makcik Cleaner

Posted In: , . By Hazwan Arif

Hari pertama di tempat kerja, aku mendaftar masuk di bangunan Admin. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku, pada pukul 9 pagi macam tu tekak aku aku menggatal meminta air. Waktu tu orang yang incas untuk orang-orang baru ni pergi ofis sekejap. Mula-mula aku ingat nak tahan dulu dahaga ni, nak tunggu orang tu sampai. Tapi gagal.

Aku pun cari Izwan.

"Wan, camne nak mintak air dalam bahasa Jepun eh? Aku dahaga lah"

"Erm, Mizu Kudasai.."

 "Mizu Kudasai? Ok, bereh.."

 Aku pun keluar mencari seorang makcik yang kerja sebagai cleaner kat situ. Dia sedang mem-vacum satu bilik meeting dihujung bangunan. Aku jenguk kepala perlahan-lahan dan mengetuk pintu.

"Sumimasen. Mizu Kudasai.." aku cuba test power cakap Jepun. Sumimasen ni maksud dia 'maafkan saya'. Makcik tadi terpinga-pinga sambil mematikan alat vacuum dia. aku ulang sekali lagi.

"Sumimasen. Mizu Kudasai.."

Makcik itu tersenyum.

"Ooouuhh. &%#Mizu%*((*^%$@$(^%*%$.." makcik itu menjawab dengan kuat.

Aku tak faham sepatah haram kecuali perkataan Mizu. Mizu ni maksud dia air. Aku cuba mengawal keadaan dengan menjawab 'haitt haitt haitt' setiap kali dia bercakap. 'Haitt' ni maksud dia macam kau faham la kot. Tapi keadaan makin kecoh.


Sambung Bacaan

Perjalanan Ke Fuji, Jepun

Posted In: , . By Hazwan Arif


Ada satu hari selepas SPM, aku benar-benar tersepit. Keesokannya harinya merupakan hari terakhir untuk mengisi borang kemasukan ke UTP secara online, dan juga merupakan hari untuk temuduga ke Jepun. Waktu tu, nak isi borang online tak boleh isi dekat cybercafe sebab susah nak masuk dalam website. Jadi aku terpaksa isi borang dekat opis pakcik aku dekat bandar.

Selepas fikir sedalam-dalamnya, aku memilih untuk mengisi borang masuk UTP. Sebab aku rasa peluang untuk sambung belajar kat Jepun terlalu tipis. Lagi pun aku taknak sambut raya kat oversea.

****

8 Jun 2013

Dalam pukul 8 malam, kapal terbang MAS yang aku naiki berlepas dari Lapangan Terbang Kuantan ke KLIA. Aku tak suka sebenarnya naik kapal terbang untuk penerbangan domestic. Bagi aku sangat tak best dan sempit. Naik bas lagi sedap.

Sampai di KLIA, aku menaiki kapal MAS yang lebih besar untuk menuju ke Narita Airport, Tokyo. Perjalanan ini memakan masa kira-kira tujuh jam. Naik kapal terbang yang besar macam ni best kecuali bila sakit perut.

Sebenarnya sebelum bertolak dari Kuantan, aku sempat menghadiri kenduri perkahwinan Sam, kawan tempat kerja. Mungkin kesan daripada nasi minyak yang aku makan, perut aku meragam dua kali. Aku rasa semua orang tahu yang jamban dalam flight ni takda air macam jamban biasa. Maka, nak dekat segulung jugak la tisu aku guna sampai habis wakakaka.

Memang lepas tu aku rasa tak sabar-sabar nak sampai hotel. Aku nak air untuk bersuci!

Sambung Bacaan

Selamatkan Pasar Payang

Posted In: . By Hazwan Arif


Aku berjalan-jalan di Pasar Payang di waktu tengah hari. Suasana cukup panas dan sesak memandangkan sekarang adalah waktu cuti sekolah. Pelbagai ragam manusia yang dapat aku perhatikan. Dan kebanyakkan bukan dari Terengganu kerana gaya percakapannya lebih tertib dan tiada penekanan huruf 'G' di belakang.

Tiba-tiba aku terpandang satu kain rentang yang tergantung di tepi dinding bangunan. "Selamatkan Pasar Payang". Baru teringat, Pasar Payang yang menjadi kebanggaan warga Terengganu ini akan dirobohkan tidak lama lagi diatas nama pembangunan. Kononya akan digantikan dengan pasar yang baru dan lebih canggih.

Aku tak pasti mereka yang membuat keputusan ini menggunakan akal atau tidak. Tidakkah mereka faham warisan itu bukan boleh dibuat baru atau ditukar ganti. Warisan harus lah dipelihara, bukannya dimusnahkan dan diganti yang baru.

Aku bagi contoh mudah, katakan kita mempunya sebentuk cincin emas tinggalan nenek moyang. Bentuknya cantik, ukirannya halus dan sukar dijumpai dimana-mana tempat. Kemudian kita ambil cincin itu, leburkan dan dibuat cincin baru. Adakah cincin baru itu sama dengan cincin yang lama tadi? Pasti jawapannya adalah tidak!

Aku rasa semua sudah tahu, kebanyakkan pelancong yang datang ke negara kita ini kerana ingin melihat warisan-warisan yang masih kekal di negara ini. Dan aku yakin, pelancong luar negara yang datang ke Pasar Payang semestinya ingin melihat keunikan pasar itu sendiri. Kalau sekadar melihat bangunan-bangunan yang baru, di negara mereka sendiri sudah banyak

Dan aku juga pelik dengan rancangan pembinaan hotel, apartment dan juga pasar baru di tapak Pasar Payang sekarang. Adakah orang yang merancang semua ini buta dengan keadaan jalan sedia ada yang sempit dan selalu sesak. Jika dibuat hotel dan apartment, tidakkah akan sesak jadinya di kawasan Pasar Payang nanti. Kenapa tidak dibina hotel dan apartment dikawasan lain, yang lebih lapang dan luas.

Kepada Menteri Besar Terengganu, sebelum Pasar Payang tu diruntuhkan, lebih elok sekiranya masalah runtuhan bangunan di negeri kita ini diselesaikan dahulu. Malu rasannya bila negeri sendiri digelar Terengganu Darul Runtuh.

Dan satu lagi, aku menulis ini bukan kerana politik. Tapi kerana sayangkan warisan yang ada di negeri kelahiran aku ini.


p/s: Bagi mereka yang menyokong kempen Selamatkan Pasar Payang ini, jom like facebook page INI
Sambung Bacaan

Terdiam Malu dan Ketawa

Posted In: . By Hazwan Arif

Aku dan seorang enginneer cina menuju ke sebuah kedai nasi beriani di kawasan berdekatan Semambu dengan menggunakan sebuah kereta. Banyak topik yang aku bincang. Antara topik yang aku kami bincang; Arak.

Aku: Soon, kau minum arak tak?

Soon: Minum, tapi tak banyak la.

Aku: Macam mana rasa dia? Sakit tak tekak kalau minum?

Soon: Haha. Kenapa you tanya macam tu? Ok je.

Aku: Aku mana boleh minum. Sebab tu tanya macam mana rasa dia. Sebelum ni kawan aku cakap, minum arak tekak dia rasa pedih sikit.

Soon: Ooo. Masa I kat company lama I dulu, ramai jugak kawan I yang melayu minum arak. Senior universiti you pun ramai. Diorang minum sejak zaman universiti lagi.

Aku terdiam. Tak tahu nak eksplain macam mana. Buat 'poker face' saja lah.

****

Beberapa hari lepas, berita Ustaz Azhar Idrus berkahwin untuk kali ketiga menjadi bualan ramai. Ada yang menentang, ada yang menyindir dan ada yang menyokong. Masing-masing sibuk mengeluarkan hujah sendiri.

Suatu hari di dalam ofis

"Akak tak setuju orang lelaki yang nak poligami tapi berkahwin dengan anak dara. Sepatutnya kahwin la dengan janda ke. Macam nabi.." kata seorang kerani perempuan.

"Alaa, dah rezeki dia. Memang dah dah jodoh, nak buat macam mana.." balas bos aku, seorang Islam.

"Bagi akak, orang yang berpoligami dan kahwin dengan anak dara ni, diorang kahwin kerana nafsu.." - balas akak tadi, mungkin tanda protes terhadap isu Ustaz Azhar.

"Tapi, kahwin banyak halal kan?" tanya seorang engineer cina, yang dari tadi hanya mendengar perbualan yang berlaku didepan meja beliau.

Akak tadi terdiam. Aku gelak berdekah-dekah dalam hati, sambil bermain microsoft Visio.
Sambung Bacaan



Salam.

Hari ni, aku ‘mengulor’ dari tempat kerja ke Kuantan untuk menyiapkan passport dan juga menukar kad pengenalan. Destinasi yang aku tuju adalah UTC. Jadi UTC ni apa sebenarnya?

UTC sebenarnya merujuk kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Fungsinya adalah mengumpulkan pusat perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu bangunan.

Jadi kelebihannya kita hanya perlu pergi ke satu tempat untuk menyiapkan pelbagai urusan. Tak perlu lagi kita bersusah payah pergi kehulu kehilir untuk menyiapkan pelbagai urusan. Jadi tak pening sangat nak cari tempat parking kereta kalau tempat tu memang payah nak parking. Dan juga tak perlu mengharungi ‘traffic jam’ jika jarak antara destinasi yang hendak dituju agak jauh dan sesak.

Berdasarkan apa yang aku google, UTC ni dibuka awal pagi dan ditutup pada pukul 10 malam. Namun waktu dibuka bergantung kepada tempat. UTC sekarang hanya ada empat, iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Melaka, Ipoh dan yang terbaru di Kuantan. Untuk tempat lain tiada info lagi.

Sambung Bacaan

Tugas Pemimpin

Posted In: . By Hazwan Arif

"Idaa!!!" Cikgu Zarazilah menjerit nama anak murid beliau dengan kuat. Seluruh  ahli kelas 6 Murni terdiam, tanda sedikit takut. Cuma Zairi dan Dollah saja yang masih leka bermain lawan pemadam di meja paling belakang dalam kelas.

Ida bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah Cikgu Zarazilah yang duduk di bahagian meja guru, di penjuru kiri kelas. Ida berjalan sedikit tunduk kerana takut nak menatap mata cikgu kelasnya yang garang. Dalam hatinya, masih tertanya-tanya apakah kesalahan yang dia lakukan.

"Ada apa cikgu?" tanya Ida.

"Mana kerja sekolah yang cikgu bagi semalam?"

"Eh, saya tak tahu pun cikgu. Lagi pun masa cikgu takde semalam, saya pergi ke perpustakaan.." kata Ida, cuba mempertahankan diri.

"Saiful!! Datang sini kejap.." Cikgu Zarazilah memanggil ketua kelas 6 Murni.

Sambung Bacaan

Pejuang

Posted In: . By Hazwan Arif

Pejuang-pejuang muda itu terduduk lesu, keletihan. Cerita kekalahan semalam masih belum dapat dilupakan. Bagi mereka, kekalahan itu adalah mustahil. Mana mungkin dengan segala strategi yang dicorakkan, kemenangan masih berada di pihak lawan. Mereka kecewa, hampir putus asa.

 Tiba-tiba muncul seorang tua. Rambutnya jelas memutih dibawah litupan kopiah usang. Dia berjalan didepan pejuang muda. Berdiri tegak lalu bercakap dengan suara lantang.

 "Wahai anak muda. Jangan kamu menjadi lemah. Dulu aku seperti kamu juga, mula berjuang sejak usia yang sangat muda. Kini sudah berpuluh tahun aku berjuang, namun tidak pernah sekali pun aku menang. Tapi aku tidak pernah putus asa. Kenapa? Kerana sampai masanya nanti, tuhan tidak akan tanya sama ada kamu menang atau tidak. Tapi Dia akan tanya apa yang telah kamu lakukan untuk menegakkan agamanya..."

 Pejuang-pejuang muda itu diam. Kemudian tersenyum. Wajah mereka mula bersemangat. Mereka sedar. Ya, perjuangan masih belum selesai.
Sambung Bacaan


Selepas urusan di Kuantan Parade setel, aku dan Faisal cepat-cepat bergerak ke Tanjung Lumpur atau secara spesifik Warung Santai. Waktu tu perut dah bekeroncong kerana aku tidur dalam surau waktu makan tengah hari tadi. Maka terpaksalah aku mememonteng program diet aku seperti malam-malam yang sebelumnya.

Kenapa aku pergi makan kat Warung Santai? Sebab sebelum tu aku sempat menggugel tempat makan yang menarik di sekitar Kuantan. Dan hasil carian itu membawa aku ke tempat ini. Amacam, cantik kan?

Sesuai dengan nama, restoran ini agak santai dari segi dekorasinya dan seakan-akan kita sedang menikmati makanan di kawasan halaman rumah. Tapi bila tengok gambar restoran Santai ni lama-lama, rasa macam restoran eksklusif pulak. Kan?


Sambung Bacaan

English Education

Posted In: . By Hazwan Arif

Seperti biasa, matahari memancar dengan terik di sekitar Gebeng dan Balok. Ditambah lagi dengan kombinasi habuk-habuk tanah daripada kuari serta asap kenderaan yang bersesak-sesak, kualiti udara disini sangat padu, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya kehidupan yang tidak sihat.

Tidak jauh daripada stesen minyak Petronas Balok, aku lepak di kedai Cendol Ansari yang terletak di bawah pokok bersama Zarul. Dengan hidangan Mee Rojak Ayam dan Cendol Pulut yang lazat, aku dengan berselera makan sambil memulakan sesi berkongsi masalah hati dan perasaan bersama Zarul. Nikmat cendol Ansari ini membuatkan aku lupa bahawa hidangan di depan aku ini telah pun dicemari dengan kombinasi asap dan habuk daripada udara persekitaran.

“Eh, cuba kau tengok makcik tu..” kata Zarul sambil meggerakkan kepala kepada satu arah. Aku pandang, aku nampak seorang perempuan dalam usia 40 tahun sedang berjalan seorang diri. Perempuan itu memakai baju biru. Kalau tengok sekali imbas, mesti orang akan fikir tu adalah wanita UMNO yang sedang berkempen pilihanraya untuk Barisan Nasional. Lagi pun warna baju dia macam bendera BN.

Aku tengok sekali lagi. Aku baca tulisan di baju dia dengan cermat. Rasa tak percaya. Aku pandang lagi, kali ni aku baca dengan betul-betul cermat. Tulisan di bajunya macam ni

Sambung Bacaan

Volkswagen MyVi

Posted In: . By Hazwan Arif

“Jom, kita gerak sekarang..” Harun mengajak aku dan dua lagi kawan untuk keluar waktu rehat. Jam menunjukkan pukul 12.20 tengah hari, kira-kira ada sepuluh minit lagi sebelum tiba waktu rehat. Tapi memandangkan bos tak ada, jadi boleh keluar awal sikit.

Selepas mengharungi panas terik mentari, akhirnya kami sampai ke tempat parking. Di situ kereta MyVi hitam baru dan masih berkilat milik Harun sedang setia menunggu. Aku duduk di sebelah pemandu.

“Duuppp” – bunyi aku tutup pintu kereta. Kuat sikit bunyinya. Harun pandang aku sekejap, lalu dia bercerita dengan wajah ceria.

“Kau pernah tak tengok iklan kereta Volkwagen dalam youtube? Dalam tu dia ada buat demo. Dia bukak pintu kereta dan hempas kuat-kuat. Lepas tu dia ulang lagi berkali-kali dengan sangat laju. Lepas tu dia bukak pintu, dia bergayut kat kereta tu kemudian dia tutup balik. Dia buat banyak kali lah. Tapi pintu kereta tu tak rosak pun…” kata Harun sambil membuat gaya orang bukak dan tutup pintu kereta dengan kuat.

Sambung Bacaan

Derita Si Bujang

Posted In: . By Hazwan Arif

“Kahwin la cepat-cepat wei. Rugi kahwin lambat-lambat ni. Tahu tak?” Ayie yang dari tadi duduk di tepi aku bersuara. Kekusyukan yang aku berikan kepada PFD di depan mata tadi agak terganggu. Aku ni jenis mudah hilang fokus kalau orang sebut pasal kahwin. Aku letak pen atas meja.

“Okey, cuba kau bagi sebab yang dapat pengaruhi aku untuk kahwin awal,” aku tanya, cuba untuk mendapatkan penjelasan yang lebih dalam.

“Okey, macam ni. Katakan sorang lelaki kahwin umur 35 tahun, kemudian dapat anak umur 38 tahun. Umur pencen pulak lebih kurang umur 56 tahun. Jadi dia ada lebih kurang 18 tahun je masa untuk menanggung anak sulung dia dengan hasil gaji dia. Seterusnya, yang tinggal hanya lah duit pencen. Tu baru anak pertama, tak kira anak kedua, tiga, empat, lima lagi. Jadi maknanya, agak susah sikit la untuk menyimpan duit waktu tua nanti sebab duit sentiasa digunakan untuk perbelanjaan anak-anak.

Lagi satu, kau takleh expect yang anak kau sentiasa sihat. Jadi bila kerja ni, company lah yang akan tanggung kos perubatan isteri dan anak-anak kau. Kalau kau dah pencen nanti, sape yang nak tanggung kos tu semua? Takkan kau nak bayar insuran tiap-tiap bulan. Tak mampu bro!

Sambung Bacaan

Ragam Politik

Posted In: . By Hazwan Arif

Gambar hiasan

Dalam dunia politik Malaysia ni, ada sejenis golongan yang aku tak suka. Macam mana cara mereka berfikir pun aku tak tahu.

Ada yang menganggap apabila parti mereka menang dalam pilihanraya, seolah-olah negara ini mereka yang punya. Mereka bebas buat apa sahaja tanpa pedulikan undang-undang. Undang-undang kadang-kadang pun dah macam boneka. Rakyat pulak seolah-olah seperti hamba, perlu mengikut kata-kata pemerintah dan tak boleh melawan. Kalau melawan, disuruhnya tukar kerakyatan, pindah ke negara lain. Tak ke bangang namanya? Mereka lupa, pemerintah itu bukan siapa-siapa tanpa rakyat. Mereka lupa, piramid yang tinggi itu takkan kukuh tanpa kekuatan bongkah batu dibawah yang menampung puncak di atas. Mereka lupa, orang atasan MLM takkan kaya tanpa downline mereka di bawah.

Ada jugak sejenis golongan, yang menganggap mereka sahaja yang betul. Orang lain semua salah. Siapa yang tidak berada bersama mereka seolah-olah sangat berdosa. Seolah-olah orang lain tiada pilihan lain kecuali mesti bersama mereka. Hidup mereka setiap hari digunakan untuk menyemai kebencian, bukan kesedaran, bukan kefahaman. Kononnya ingin berdakwah, tapi setiap kata-kata tidak menggunakan akal. Hanya emosi. Mereka lupa, kita hanya boleh membenci perangai makhluk, bukan makhluk itu sendiri. Mereka lupa, manusia tidak layak menentukan sama ada manusia itu akan masuk neraka atau syurga. Mereka lupa, hidayah itu milik Allah. Ia boleh diberi atau ditarik boleh pada bila-bila masa.

Tapi nasib baik masih ada pemimpin politik perangai tak macam pengikut. Ada jugak pilihan. Kalau tak, memang aku duduk rumah la waktu pilihanraya nanti.

Kenapa aku menulis kat sini? Sebab takut ramai yang kecik hati kalau aku tulis kat facebook.
Sambung Bacaan

Juvana The Movie

Posted In: . By Hazwan Arif



Aku baru sahaja selesai menonton filem Juvana The Movie di pawagam East Coast Mall. Pada pandangan aku, filem boleh dikatakan antara filem Melayu yang terbaik. Kawan aku yang tak follow drama Juvana pun puji filem ini.

Bagi aku, filem ini lengkap dengan semua benda. Ada sweet-sweet, ada pahit, ada sedih, ada tangis, ada gembira, ada friendship, ada musuh, ada kekeluargaan dan sedikit keinsafan.

Kata seorang kawan, sebelum ini filem Melayu banyak menyogokkan unsur-unsur ganas, pergaduhan dan aksi-aksi bodoh yang kononnya ingin mendidik masyarakat. Padahal unsur-unsur itu lah yang yang banyak mempengaruhi penonton untuk terikut-ikut dengan unsur negatif dalam filem tersebut.

Tapi tidak pada Juvana. Bila kau tengok cerita macam ni, kau akan rasa takut nak buat jahat, risau kalau-kalau dihantar ke tempat yang ramai yang berperangai macam Lan Todak. Aku harap budak-budak sekolah akan fikir macam apa yang kawan fikir.

Sambung Bacaan

Parti Liar di Kuala Terengganu

Posted In: . By Hazwan Arif

Terengganu Darul Iman mungkin hanya sekadar pada nama sekarang. Dulu Terengganu merupakan antara negeri terawal menerima Islam di Tanah Melayu, dan juga tempat ulamak-ulamak mengembangkan agama Islam. Tapi sekarang makin rosak. Ya, bukan semua yang terikut-ikut dengan benda ni. Tapi bak kata orang-orang tua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Masa aku tengok gambar-gambar ini di share oleh seorang kawan di facebook, persepsi pertama aku adalah ini mungkin berlaku di Pantai Barat. Namun aku silap. Rupa-rupanya berlaku di negeri sendiri, Terengganu Darul Iman. Secara spesifik, di Kuala Ibai.

Parti ini diberi nama "Bring It To The Max Party". Memang celaka lah orang yang anjur parti ni, dan juga yang pergi.

Memang aku geram. Sampai hilang sikit demam aku hari ni. Nah, tengok lah sendiri.

Sambung Bacaan

Target Kahwin

Posted In: . By Hazwan Arif

"Dulu aku target nak kahwin umur 28," kata Chief Nami memulakan cerita. Waktu tu aku dan kawan-kawan yang baru masuk kerja sedang membuat kira-kira tentang perbelanjaan bulanan dan juga simpanan memandangkan gaji pertama akan masuk tak lama lagi.

Dia sambung lagi,

"Jadi dari awal-awal aku kerja lagi aku dah start menyimpan duit untuk kahwin. Padahal waktu tu aku takda awek lagi. Duit untuk kahwin aku dah asing awal-awal sebab jodoh ni kita tak tau bila dia akan sampai. Mungkin sampai awal, mungkin lambat.

Ada sekali tu, aku eksiden dan patah kaki. Dan waktu tu jugak lah aku kenal dengan bini aku sekarang. Bila nak kahwin ni, aku kerja la kuat sikit, makin rajin buat overtime sebab nak kumpul duit. Akhirnya dengan sekali lafaz, habislah segala duit simpanan aku hahhaha.."

"Haha. Jadi Chief kahwin umur berapa?"

"23.."

"Cilakak! kahkahkah.."


Sambung Bacaan

2013 24

Posted In: . By Hazwan Arif


Aku baca balik entri aku tahun lepas, pada tarikh yang sama. Alhamdulillah, impian aku tercapai. Aku tak tahu apa yang aku nak tulis. Tapi yang pastinya, dunia ini telah memasuki tahun 2013 mengikut kalendar masihi, dan aku pula semakin tua. Hari ni sudah menjengah umuir 24.

Hai 2013, hai 24!

Tahu tak, masa kecik-kecik dulu aku pernah yakinkan diri, bila aku dah sampai umur macam sekarang aku dah fasih bercakap bahasa Inggeris. Tapi sampai sekarang masih tergagap-gagap. Aduh.
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...