Aku berjalan-jalan di Pasar Payang di waktu tengah hari. Suasana cukup panas dan sesak memandangkan sekarang adalah waktu cuti sekolah. Pelbagai ragam manusia yang dapat aku perhatikan. Dan kebanyakkan bukan dari Terengganu kerana gaya percakapannya lebih tertib dan tiada penekanan huruf 'G' di belakang.

Tiba-tiba aku terpandang satu kain rentang yang tergantung di tepi dinding bangunan. "Selamatkan Pasar Payang". Baru teringat, Pasar Payang yang menjadi kebanggaan warga Terengganu ini akan dirobohkan tidak lama lagi diatas nama pembangunan. Kononya akan digantikan dengan pasar yang baru dan lebih canggih.

Aku tak pasti mereka yang membuat keputusan ini menggunakan akal atau tidak. Tidakkah mereka faham warisan itu bukan boleh dibuat baru atau ditukar ganti. Warisan harus lah dipelihara, bukannya dimusnahkan dan diganti yang baru.

Aku bagi contoh mudah, katakan kita mempunya sebentuk cincin emas tinggalan nenek moyang. Bentuknya cantik, ukirannya halus dan sukar dijumpai dimana-mana tempat. Kemudian kita ambil cincin itu, leburkan dan dibuat cincin baru. Adakah cincin baru itu sama dengan cincin yang lama tadi? Pasti jawapannya adalah tidak!

Aku rasa semua sudah tahu, kebanyakkan pelancong yang datang ke negara kita ini kerana ingin melihat warisan-warisan yang masih kekal di negara ini. Dan aku yakin, pelancong luar negara yang datang ke Pasar Payang semestinya ingin melihat keunikan pasar itu sendiri. Kalau sekadar melihat bangunan-bangunan yang baru, di negara mereka sendiri sudah banyak

Dan aku juga pelik dengan rancangan pembinaan hotel, apartment dan juga pasar baru di tapak Pasar Payang sekarang. Adakah orang yang merancang semua ini buta dengan keadaan jalan sedia ada yang sempit dan selalu sesak. Jika dibuat hotel dan apartment, tidakkah akan sesak jadinya di kawasan Pasar Payang nanti. Kenapa tidak dibina hotel dan apartment dikawasan lain, yang lebih lapang dan luas.

Kepada Menteri Besar Terengganu, sebelum Pasar Payang tu diruntuhkan, lebih elok sekiranya masalah runtuhan bangunan di negeri kita ini diselesaikan dahulu. Malu rasannya bila negeri sendiri digelar Terengganu Darul Runtuh.

Dan satu lagi, aku menulis ini bukan kerana politik. Tapi kerana sayangkan warisan yang ada di negeri kelahiran aku ini.


p/s: Bagi mereka yang menyokong kempen Selamatkan Pasar Payang ini, jom like facebook page INI