Masa aku mula-mula sampai Jepun dulu, kawan-kawan aku yang bujang ni dah buat plan. Kitorang nak pergi Tokyo, nak jumpa makwe-makwe cosplay dan ambik gambar bersama diorang. Lepas tu upload gambar kat facebook, bagi kawan-kawan lain jeles.

Jadi, ceritanya macam ni.

Hari ni aku dan kawan-kawan yang lain pergi ke Tokyo. Memandangkan tiket Shinkansen (Bullet Train) agak mahal, jadi kami semua berpakat untuk menyewa sebuat van. Jadi, murah la sikit kos untuk ke Tokyo. Kira-kira separuh daripada kos menggunakan Shinkansen.

Di Tokyo, kami berhenti di Akihabara atau lebih dikenali sebagai bandar elektronik. Kat sini memang banyak dijual barang-barang elektronik. Murah-murah pulak tu. Kamera DSLR pun ada diskaun separuh harga tadi.

Okey, aku nak fokus kat cerita makwe cosplay.


Waktu aku jalan-jalan kat Akihabara tadi, aku ternampak seorang makwe berpakaian ala-ala dalam anime sedang memanggil-manggil orang sambil memegang flyers. Apa yang dia cakap, aku tak faham. Tiba-tiba terlintas dalam kepala aku nak bergambar dengan dia.

Aku pun panggil kawan aku, Kaka supaya bersedia dengan kamera DSLR beliau. Aku pun pergi dekat sikit dengan makwe tu dan tanya kalau-kalau boleh ambik gambar dengan dia. Tapi dia menolak dengan membuat isyarat taknak menggunakan tangannya.

Aku bengang dan sedikit pelik. Kenapa sombong snagat minat ni. Aku berlalu pergi sambil membebel dalam bahasa yang orang Jepun takkan faham. Tiba-tiba Ariff gelak. Aku tanya la kenapa dia gelak.

"Tu bukan awek Cosplay la. Tu pelacur tengah ajak orang masuk kedai dia kahkahkah..."

Lerr. Mana la aku tahu. Lagi pun kat Malaysia mana ada benda macam ni. Dah la tengah hari, tengah bandar yang sesak dengan orang. Bukannya waktu malam kat belakang lorong macam kat Malaysia ni. Cis!

Tapi yang aku perasaan, orang Jepun ni memang terbuka pasal benda-benda 18SX ni. Kedai-kedai peralatan untuk 'orang dah kahwin' atau kedai meminjam CD lucah mudah didapati disini.

Mungkin kerana terlalu bersikap terbuka, sampai tetek palsu pun dijual kat kedai cenderamata. Nasib baik aku segan nak beli kahkahkah.