Membaca status facebook dan twitter kawan-kawan yang terputus hubungan dengan keluarga, timbul rasa kasihan dalam hati. Lebih-lebih lagi bila baca tentang ada ibu-bapa atau saudara yang sakit dan dimasukkan ke hospital, namun tak dapat pergi menjenguk kerana jalan ditutup akibat banjir.

Sama jugak seperti aku sekarang, tak dapat melawat nenek yang sakit di kampung.

Waktu aku kecil dulu, bagi aku banjir adalah sesuatu yang menyeronokkan. Yang aku tahu, bangun pagi terus terjun dalam air dan tangkap ikan. Balik tengah hari sekejap untuk cari makanan dan sambung main air. Dan aktiviti ini berterusan sampai malam.


Pada masa tu, sikit pun aku tak fikir pasal mak abah yang sibuk nak menyelamatkan ayam itik yang terperangkap dalam reban. Sikit pun aku tak fikir pasal kesusahan abang memindahkan motor ke rumah jiran. Sikit pun aku tak fikir sama ada bekalan makanan ada atau tidak. Gas masak cukup ke tidak.

Sikit pun aku tak fikir kesusahan orang lain yang rumah mereka dimasuki air sampai terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. Rumah aku kat kampung rumah kayu, ada tiang. Jadi air hanya ada bawah rumah sahaja. Tak perlu risau.

Dan sikit pun aku tak fikir yang tangki najis juga turut tenggelam waktu banjir. Ya, baru perasan aku berenang dalam air bercampur sisa najis waktu tu. Shit.

Tapi tu dulu. Sekarang lain, dah boleh fikir yang banjir ni banyak keburukannnya.

Tapi satu yang aku perasan yang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Iaitu cara Malaysia menguruskan mangsa banjir. Kalau kita perasan, dari dulu sampai sekarang mangsa banjir hanya dilonggok ke pusat pemindahan yang serba serbi kekurangan.

Langsung tak ada gaya kita benar-benar bersedia untuk menghadapi banjir. Padahal tiap-tiap tahun bencana yang sama melanda. Apa kita ni tak pernah buat 'post-mortem' kah dengan setiap bencana yang berlaku.

Cuba kita bandingkan bagaimana negara kita dan negara lain menguruskan mangsa banjir. Di negara Jepun dan Thailand misalnya, disediakan khemah kecik untuk mangsa tinggal. Sekurang-kurangnya mangsa mempunyai sedikit privasi dan tidak terlalu terbuka kepada orang ramai.

Sebagai negara Islam, kita sepatutnya menitikberatkan hal ini. Kesian dekat kaum perempuan khususnya, perlu sentiasa menjaga pakaian agar tidak terbukak aurat. Itu tidak termasuk lagi ibu yang ingin menyusukan bayi. Langsung tiada privasi untuk mereka. Haa, mana suara pejuang wanita Melayu ni?

Sekadar memetik satu status di Facebook.

"Di Jepun, selepas bencana apa yang mereka pelajari adalah, bagaimana mahu membina bangunan yang lebih kukuh, sistem saliran jenis apa yang bagus, sistem amaran bagaimana yang perlu dimodenkan.

Di Malaysia pula, selepas bencana apa yang dipelajari adalah, lihatlah kekuasaan Allah masjid tidak runtuh, surau tenggelam, lihat Quran tidak basah..." 

Okey, sekian.

p/s: Mata mengantuk, tengah tunggu baju dalam mesin basuh. Kalau tak jemur malam ni, alamatnya pergi kerja tak pakai boxer la esok wakaka