Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Atok Bukit Keledang

Posted In: , . By Hazwan


Cuba tengok gambar aksi lelaki kat atas ni. Agak-agak berapa umur dia? 50 tahun? 60 tahun? Salah! Umur lelaki ini telah menjangkau 71 tahun. Siapa lelaki ni? Dia adalah seorang lelaki yang aku dan kawan yang lain jumpa ketika memanjat Bukit Keledang dua hari lepas. Dia bahasakan diri sebagai Atok.

Bila mendengar cerita daripada Atok ni, kadang-kadang rasa malu dengan diri sendiri. Bayangkan ketika berumur 68 tahun, dia mampu menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Lebih menarik, dia tidak mengupah sesiapa untuk menggalas beg beliau. Semuanya dibawak dengan kudrat sendiri. Power sungguh.

Aku dan kawan yang lain cuba bertanya bagaimana cara dia menjaga kesihatan. Maka Atok ini pun bercerita.

Sambung Bacaan

Jerebu Ikan Singgang

Posted In: . By Hazwan


Dunia siang di Tronoh semakin kelabu. Jerebu yang melanda pantai barat semakin menunjukkan belangnya. Tengok makwe UTP dari jauh pun susah nak cam. Benda-benda macam ni la yang aku lemah. Aku anti dengan asap. Juga anti dengan habuk. Sama seperti aku anti dengan asap rokok  yang dihembus busuk oleh sang perokok. Jerebu yang melanda ini membuatkan tekak aku perit dan dahaga. Batuk. Mata aku cepat letih. Mengantuk dan layu. Hidung aku tersumbat, seakan-akan ada habuk melekat di sekitar dinding lubang hidung. Bila keadaan jadi macam ni, aku rasa nak pulang ke kampung. Di Terengganu. Menghirup udara segar yang tidak pernah jerebu. Angin pantai yang selalu bertiup. Dan menikmati makan malam berlaukkan singgang ikan ayer bercampur durian. Sedap! Try lah.
Sambung Bacaan

Buku Bolasepak Malaysia

Posted In: , . By Hazwan

Lapan bulan yang lalu, ketika duit dalam wallet sedang mengembang, aku telah mengorder dua biji buku perihal bolasepak hasil karya pengulas bolasepak tersohor di Malaysia, Lucius Maximus. Kira-kira selepas dua minggu, hanya sebijik je buku yang sampai iaitu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.

Dan selepas 8 bulan, buku yang ke dua pun sampai iaitu Cerita Piala Dunia. Kira-kira 3 4 hari lepas. Nakal betul Abang Dubook ni buat kerja. Takpe, dapat jugak mengisi waktu bosan aku di UTP ni.

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia 


Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia mengisahkan tentang kegagalan skuad Harimau Malaya untuk layak ke Piala Dunia sejak tahun 1970. Sebelum 1970, Malaysia tidak pernah mencuba untuk ke Piala Dunia.

Setiap pusingan kelayakan diolah dengan secara terperinci, termasuklah tentang persediaan, latihan, pemilihan pemain dan juga ulasan perlawanan dalam pusingan kelayakan. Dan setiap fakta yang dikemukakan dan petikan kata-kata jurulatih memantapkan lagi buku tulisan pengasas Sokernet ni.

Dan berdasarkan penulisan beliau, dapat aku bayangkan betapa lemahnya pentadbiran FAM dalam menguruskan bolasepak Malaysia. Kalau anda baca, mungkin anda turut sama-sama mencarut kat FAM.


Sambung Bacaan


Tahukah anda, setiap kali aku lalu depan mana-mana kedai sushi, pasti kepala aku terjenguk-jenguk ke dalam kedai. Sesekali melirik manja. Bukan apa, dan 23 tahun aku hidup, tak pernah lagi rasanya aku masuk ke dalam kedai sushi ni. Terbayang jugak dalam kepala rasa sushi ni macam mana. Orang cakap rasa macam makan ikan mentah. Tapi aku tak percaya.

Tengah hari tadi selepas lunch, seorang kawan mintak tolong untuk cari dan pinjamkan kad keahlian Sushi King dari mana-mana pelajar UTP. Katanya Sushi King di AEON Station 18 ada promosi sekarang. Katanya lagi, setiap piring sushi yang sebelum ni berharga antara RM4 hingga RM5 diberi diskaun menjadi RM3. Aku tak tahu mahal ke murah sebab aku tak pernah makan pun sebelum ni haha. Sila tengok gambar bawah.

Sambung Bacaan

Awang Bersarapan

Posted In: , . By Hazwan


Awang bangun pada waktu pagi itu dengan perasaan luar biasa. Tidak pernah rasanya dia berperasaan macam tu. Bunyi kicau burung pada waktu pagi menyerikan lagi harinya di saat hatinya masih sepi tiada berpenghuni.

Tiba-tiba perut Awang berbunyi seperti cengkerik, tandanya ia meminta untuk diisi. Awang memandang ke atas meja studynya. Masih ada baki roti yang dibelinya beberapa hari lepas. Entah bila tamat tempohnya pun Awang tak tahu. Awang ni memang jenis tak kisah sangat pasal tarikh luput roti. Yang penting selagi belum berkulat dia akan makan. Jangan membazir katanya.

Awang memanaskan air dalam boiler. Kemudian dia menghala kearah peti sejuk di dapur untuk mengambil susu pekat manis cap Marigold. Susu cap Marigold merupakan susu paling murah yang dijual di Kedai Rahmath. Awang menuangkan susu yang agak pekat dan sejuk itu dengan susah payah kerana lubang yang ditebuk amatlah kecik. Sesekali Awang mengoncang-goncang tin susunya untuk memaksa susunya keluar.

Sambung Bacaan

Sebelum ni aku selalu ternampak gambar kawan-kawan bermain Laser Tag di Facebook. Terlintas jugak dalam hati, Laser Tag ni amende sebenarnya. Dan akhirnya, beberapa orang kawan telah mengajak aku untuk merasai sendiri pengalaman bermain Laser Tag di Ipoh. Apa lagi, aku pun follow la.

Laser Tag ni apa? Laser Tag ni merupakan satu game dimana player akan memakai jaket elektronik yang bersambung dengan sebuah pistol laser. Dan game ini dimainkan dalam satu kawasan yang penuh dengan smoke dan mempunyai tempat persembunyian. Ala-ala main paintball jugak la.

Sambung Bacaan

Merungut itu sifat manusia. Merungut dan mengeluh itu merupakan sifat biasa bagi sesetengah manusia apabila ditimpa musibah, masalah atau bala. Dan kadang-kadang perkara-perkara ini membawa manusia menjadi seorang murung dan sedih. Ada yang tidak henti-henti menyalahkan takdir atas segala musibah yang melanda. Mereka tidak mampu menerima bahawa segala yang terjadi adalah di atas kehendak Allah SWT. Ada yang lebih teruk, mencabut nyawa sendiri kerana hilang arah apabila diuji sedemikian rupa.

Kesedihan juga merupakan salah satu ujian daripada-Nya. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa kita rasa sedih. Ia datang dengan sendirinya. Kadang-kadang kita sedih terhadap sesuatu perkara yang menimpa, yang mungkin bagi orang lain itu hanyalah perkara biasa.

Dan memang menjadi lumrah bagi manusia. Apabila ditimpa masalah dan kesedihan mereka akan mencari-cari cara untuk menghilangkan segala masalah yang melanda. Dan biasanya hati sebegini lah yang dekat kepada Nya. Akan mula mengingati-Nya. Seorang kawan pernah pesan, apabila kita mendapat ujian daripada-Nya, itulah adalah tanda Dia rindu kepada kita. Dia nak kita dekat kan diri kepada Dia.

Ujian-ujian sebegini adalah satu cara Allah mendidik manusia. Dia nak kita buang ego kepada Dia dan selamatkan kita dari sifat takabur dan sombong terhadap pencipta. Dia nak kita tunduk kepada Nya dengan penuh rasa rendah diri dan sedar bahawa kita hanyalah hamba yang hina. Dan dengan ujian-ujiannya jugalah, kita akan dijauhkan daripada azab neraka.

Sebab itu, kadang-kadang aku kata segala ujian, segala kesedihan yang melanda, adalah satu nikmat daripada Dia. Bersyukurlah. Usah mengeluh, selalu lah berdoa akan diberikan kekuatan ketika menerima ujian dan dipermudahkan segala urusan. Dan juga mohon supaya dicukupkan segala kekurangan yang ada pada diri.

***** 

Sebenarnya apa yang aku tulis merujuk kepada diri sendiri. Kadang-kadang aku lupa dan lalai segala nikmat yang ada hanyalah sementara. Bila dah susah baru nak dekatkan diri kepadanya. Masalah tipikal bagi umat Islam. Herm, gua rasa malas betei sekarang nak solat berjemaah.

p/s: betul ke tak apa yang aku tulis ni?
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...