Ada yang bertanya, kenapa tak kongsi pengalaman berjalan-jalan di Jepun dalam blog. Aku jawab, malas sebenarnya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, rugi kalau tak tulis. Mana tau, memori dalam kepala ini akan mula terhakis apabila usia makin meningkat.

Jadi, aku nak kongsi sedikit tempat-tempat menarik yang aku pergi semasa training di Jepun tiga minggu.

Fuji 

Bila sebut Fuji, ramai akan terbayangkan gunung Fuji yang diselaputi salji putih diatas nya. Dan ada juga membayangkan beberapa babak pertempuran antara Ultraman menentang raksasa demi menjaga keamanan bumi. Termasuk aku.

Di Jepun, kebanyakan masa aku banyak diluangkan di Fuji. Kerana di sini letaknya kilang paling senior antara kilang yang ada dibawah nama company yang aku kerja sekarang. Fuji ni best, tenang. Memang sesuai dengan jiwa sentimental aku yang bencikan kesibukan kotaraya.

Aku suka pemandangan disini. Keindahan alamnya masih terjaga walaupun bandarnya jauh nampak lebih maju berbanding sesetengah bandar di Malaysia. Yang aku kagum, bila melihat bagaimana penduduk disini memanfaatkan kesuburan tanah di Fuji. Hampir semua halaman rumah terisi dengan pokok-pokok bunga. Kalau kawasannya besar, mereka akan menanam sayur-sayuran. Kalau lagi besar, mereka akan tanam padi.

Tapi aku sedikit kecewa. Aku dah sampai ke Fuji tapi gagal untuk menjejakkan kaki ke Gunung Fuji. Banyak halangan termasuklah keadaan cuaca yang tak menentu dan beberapa faktor lain. Padahal hari-hari bangun tidur, bukak tingkap, Gunung Fuji berdiri megah di depan.

Fuji-Q Highlando 



Fuji-Q Highlando merupakan sebuah taman tema yang letaknya berdekatan dengan Gunung Fuji. Tempat ni macam Genting Highland sebab terletak dikawasan tinggi dan sejuk. Cuma yang bezanya, disini permainannya lebih mencabar dan juga takde tempat berjudi (kot).

Antara tarikan utama disini adalah Fujiyama – King of Coaster; iaitu merupakan salah satu roller-coaster yang terpanjang dan tertinggi didunia. Pada mulanya aku taknak naik pun. Entah macam mana aku tersalah faham lalu beratur untuk naik roller-coaster ni. Agak ngeri bila memikirkan kembali waktu roller-coaster tu naik ke atas dengan begitu perlahan dan berhenti sekejap. Kemudian, dilepaskan kebawah dengan ketinggian 79 meter. Sampai nak menjerit pun tak dapat. Cuak nak mampus.

Aku juga sempat mencuba Dodonpa, iaitu antara roller-coaster paling laju dalam dunia dan mempunyai pecutan paling laju ketika berlepas iaitu 170km/j. rasa macam jantung tertinggal kat belakang bila berlepas. Satu pengalaman yang agak menakutkan.

Ada lagi beberapa roller-coaster yang lain. Tapi yang terlalu menakutkan bagi aku termasuklah yang berpusing 360 darjah dan juga dilepaskan ke bawah dalam keadaan baring. Serius menakutkan.

Tapi agak kecewa kerana gagal untuk masuk ke dalam rumah hantu kat tempat ni. Dengar cerita, rumah hantu disini merupakan antara rumah hantu paling ngeri dalam dunia. Ia dibuat daripada sebuah tinggalan hospital lama dan mempunyai jalan yang sentiasa berubah-ubah mengikut waktu yang ditetapkan. Biasanya semua orang akan berpeluh-peluh bila keluar daripada tempat ni.

Akihabara 



Akihabara merupakan bandar elektronik di Jepun. Bandar ini merupakan kawasan shopping yang sesuai untuk peminat tegar gadget, anime, games dan juga barang-barang rare. Tidah hairan lah jika aku boleh terjumpa orang menjual kamera ori berjenama di tepi jalan. Murah pulak tu.

 MP3 player 4gb yang aku beli pun murah. Kalau tukar dalam ringgit, kira-kira 15 ringgit saja. Disini jugak banyak kedai “bebas-cukai’ yang menjual barang-barang dengan harga yang lebih rendah kerana tidal dikenakan cukai. Biasanya kedai sebegini sesuai untuk pelancong. Mungkin sebab itu ada tuan kedai yang menyapa aku dalam bahasa Melayu.

Kalau aku balas balik, mesti tergagap dia nak menjawab. Kahkahkah

Odaiba 

Odaiba adalah sebuah pulau buatan di Tokyo. Sangat besar. Apa yang best kat sini? Apa yang aku nampak kat sini sesuai sebagai tempat nak amik gambar. Antaranya Rainbow Bridge yang menghubungkan Odaiba dan bandar Tokyo. Sangat cantik pada waktu malam.

Disini juga ada replica Statue of Liberty. Jadi kalau tak dapat pergi New York, ambik gambar kat sini pun jadi la. Kat sini juga ada Fuji Television Studio yang reka bentuknya sangat menarik, mengingatkan aku kepada bangunan Daily Planet dalam cerita Superman.

Selain daripada tu, terdapat jugak patung gergasi Gundam yang mempunyai ketinggian 18 meter. Ini adalah saiz Gundam yang sebenar. Walaupun aku bukan peminat Gundam, tapi aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan patung ni.

Banyak lagi tempat menarik kat sini sebenarnya. Tapi aku tak sempat nak explore. Tak cukup masa.



Shibuya 

Aku jugak sempat singgah sekejap kat Shibuya. Sekejap. Shibuya merupakan tempat hopping yang femes di Jepun bagi orang muda. Atau yang betulnya, pusat Shopping bagi negara Jepun. Tapi aku tak pergi Shopping pun. Tak sempat.

Tapi aku sempat pergi ke Shibuya Crossing. Shibuya Crossing merupakan tempat melintas jalan yang paling sibuk di dunia. Kadang-kadang aku pelik, mana manusia semua ni datang. Tak pernah aku tengok jalan tu kosong tanpa manusia.

Mungkin sebab itu tempat ini selalu dipilih sebagai lokasi filem dalam movie yang femes. Misalnya, Tokyo Drift dan Resident Evil.

Ueno Park 

Ueno Park merupakan tempat terakhir yang aku boleh ulas disini. Ia merupakan taman awam yang sangat besar di Tokyo. Aku hanya sempat berjalan-jalan disekitar kawasan ni saje. Kat sini sebenarnya banyak tempat yang menarik.

Antara nya, Tokyo National Museum, National Museum of Western Art dan banyak lagi. Tapi sayang, kesuntukan masa hanya membenarkan aku berjalan disekitarnyya sahaja. Dan ambil gambar sikit-sikit.

******* 

Akhirnya siap jugak entri blog aku ni. Aku ingat takkan siap dah. Dah la panjang, tak pasti ada orang baca atau tak. Agak-agak ada tak yang baca entri ni sampai habis? Kalau ada, sila tulis nama dibawah. Dan tolong ‘like’ sekali yer :D

Notakaki: kaki mu berbau wakaka