Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Cendol Penang Road

Posted In: , . By Hazwan


Orang cakap, kalau datang Penang memang tak sah kalau tak merasa cendol kat Penang Road atau lebih spesifik di Lebuh Keng Kwee. Aku pun tak tau apa yang istimewanya cendol ni. Yang aku dengar cendolnya sangat berkualiti dan sedap. Tapi memandangkan Penang Road tu agak jauh dari rumah aku, so aku masih belum berkesempatan untuk merasai nikmat cendol Penang.

Alkisahnya hari ni, tuala si Alif telah hilang ditiup angin. Angin yang bertiup kencang di tingkat 19 ini telah menerbangkan tuala busuk si Alif tanpa disedari. Jadi, maka aku pun bersama Alif pergi ke Giant Bayan Lepas untuk mencari tuala wanita. Sampai di sana, kitorang pergi ke foodcourt dulu. Dan aku terperasan satu kedai cendol kat foodcourt kat depan sekali. Ouh, rupa-rupanya kat sini ada satu cawangan cendol famous tu iaitu Teo Chew Cendol.

So, aku pun tanpa berfikir panjang mengorder satu cendol dari kedai tu. Rasanya, memang best!! so, kalau anda semua teringin nak makan Teo Chew Cendol ni, tak payah ke Penang Road pun takpe, datang je kat Giant Bayan Lepas. Satu je masalahnya, kedai ni orang Cina punye. So kalau ada orang Islam yang tak yakin tu, jangan makan la ye. Tapi aku rembat je sebab cendol ni tak campur bahan yang meragukan hehe..
Chow
Sambung Bacaan

Salam
Semalam aku diajak oleh Faiz dan Nuar untuk keluar berjalan-jalan bersama Kak Ayu dan Kak Jannah. Aku yang sedang keboringan di rumah terus bersetuju. Tepat pukul 11 pagi, Faiz sampai ke perkarangan banglo 22 tingkat aku bersama NAN beliau. Kemudian kitorang semua berkumpul di Kedai Nasi Campur Awet Muda. Aku tak tau apa yang menyebabkan aku jadi awet muda kalau makan kat kedai nih. Tapi yang menarik, kedai ni ni ada cooling system yang sangat cool.
~pintu masuk ke Botanical Garden
Selepas membuaya di situ, kitorang bergerak ke Botanical Garden. Botanical Garden ni terletak berhampiran Georgetown. Taman ini juga dikenali sebagai Waterfall Garden dan ditubuhkan pada 1884. Sampai je kat sini, kitorang menaiki kereta api kecik dengan bayaran RM2 seorang. So, kitorang dibawa meronda-ronda sekitar kawasan tu lebih kurang 10 minit. Lepas tu kitorang ronda0ronda sekejap sebelum lepak di sebuah pondok sambil menikmati angin yang segar :P
~pokok albino ke tu?~



Lepas solat Zuhur di Masjid Negeri, kitorang bertolak ke Penang Youth Park. Tempat ni pun terletak agak dekat dengan Botanical Garden. Apa yang aku nampak, kawasan ni sangat lengkap dengan keperluan untuk beriadah. Banyak alatan yang ada kat sana seperti alatan yang ada kat Gimnasium. Yang beza cuma kat sini semuanya alatan besi yang macam kat tanan kanak-kanak. Kat sini ada kawasan permainan kanak-kanak, kolam renang, kawasan untuk permainan skateboard dan macam-macam lagi. Terdapat satu padang kat sini tapi terpaksa la berebut dengan monyet kalau nak guna haha.



Kesimpulannya, kedua-dua tempat ini sangat best untuk melepak-lepak dan menghirup udara segar selepas berhari-hari menyedut asap kenderaan time nak pergi dan balik kerja. Moral of the story, lepaking adalah gejala kurang sihat~~
Sambung Bacaan







p/s: Tahniah Kelantan, Boooo FAM!!
Sambung Bacaan


Pertama sekali, aku ingin meminta jutaan maaf daripada Nik Adli Hakimi kerana termakan gu tanpa disedari. Aku bukan sengaja tapi terlupa untuk mengupdate bahawa aku gagal untuk menghadirkan diri pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Ketika aku mendapat panggilan dari Migho dan mesej dari mu semalam, aku masih blur kerana sedang busy menyiapkan kerja. Aku ingatkan saudara mahu aku membeli tiket bas untuk pulang beraya Deepavali tapi rupa-rupanya tiket bas ke KL. Sejuta kali lagi maaf dipinta.
Di sini aku ingin menyatakan sebab-sebab kegagalan aku menghadirkan diri ke sana. Pertamanya, aku mendapat maklum balas daripada Aik bahawa beliau tidak pernah bersetuju untuk pergi ke sana. Jadi maklumat yang saudara sampaikan kepada aku di kedai mamak Kassim Mustafa ketika perlawanan Manchester United menentang Stoke hari tu adalah bohong sama sekali. Barangkali cerita kedatangan Aik adalah rekaan saudara Pojie a.k.a Lipan semata-mata. Aku mengaku, kalau Aik tak ada aku memang keberatan nak pergi.
Permasalahan kedua adalah kerana gaji aku untuk bulan ini terpaksa dipotong hampir separuh. Hal ini berlaku kerana kealpaan aku menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lepas hingga terponteng kerja selama 5 hari. Pemotongan gaji juga berlaku kerana kegagalan aku untuk hadir ke tempat kerja atas masalah kaki(bukan pinggang) selama 5 hari. . Memandangkan masalah kaki masih berlarutan, aku mengambil tindakan drastik untuk menarik diri daripada menghadiri perlawanan akhir ini.
Akhir sekali, aku takut telinga aku dipenuhi leteran oleh ibu dan kakak tercinta pada Depavali nanti. Aku dapat membayangkan apa yang bakal aku terima bila ibuku mengetahui aku ke Bukit Jalil walaupun kaki masih sakit. Aku dah boleh bayangkan skrip yang bakal aku hadapi nanti. Jadi, sebagai langkah keselamatan, aku terpaksa mengundurkan diri.
Akhir kata buat Adli, semoga Kelantan menang nanti menentang N9. Diharap dengan kehadiran dua penyerang Terengganu, Nor Farhan dan Hairuddin Omar, Kelantan akan lebih menyengat. Namun satu pesan ku, diharap “kemajalanmu” tidak berulang. Sekian
p/s: Manusia memang penuh dengan alasan :P

Sambung Bacaan

Najib Bikin Aku Panas!

Posted In: . By Hazwan

Hari ni  Najib bikin aku panas. Tadi aku terbaca satu berita yang agak mengejutkan di Malaysiakini.com yang bertajuk ” ETP: Lebih Banyak Kelab Malam, Spa Akan Dibina”. Berita ini merujuk kepada cadangan Najib untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kat bawah petikan dari artikel tu yang aku edit sedikit supaya lebih padat dan memanaskan hati



  • Ia akan dilaksanakan dengan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka dan melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Antaranya, melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
  • Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan(ramai yang jadi GRO ke?)
  • EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Ini bermakna, enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu akan ditubuhkan menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. (Bodoh!!)
  • Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan. (orang lain sibuk nak kurangkan dia plak nak naikkan. Ngek!)

Lepas baca berita ni hati aku memang panas. Belum lagi reda dengan kisah Islamic Fashion yang melampau-lampau hari tu, hari ni keluar berita lain pulak. Dah la keluarkan bajet mengarut time Bajet 2011 hari tu. Aku memang tak setuju bila dia nak menghapuskan duti import ke atas barangan pelancongan dan rakyat tempatan.
Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.” Petikan dari Malaysiakini. Damn, benda ni hanya membawa faedah bagi rakyat yang kaya, bukan untuk golongan miskin dan sederhana.
Najib, you suck!!!

Sambung Bacaan

Mengantuk

Posted In: , . By Hazwan



Hari ni hari yang sangat mengantuk. Pagi-pagi lagi dah mengantuk kat tempat kerja. Dah bermacam-macam benda aku buat tapi still mengantuk. Sebab terlalu mengantuk, time break pukul 10 aku keluar ke kantin. Dalam hati nak minum air Nescafe tapi sampai je kat sana terbeli air soya. So, perasaan mengantuk masih belum hilang. Time lunch pulak, Mr Ben bawak semua anak-anak buahnya pergi makan kat Pak Husin Tomyam. Dia berbesar hati nak belanja selepas dinaikkan pangkat sebagai manager. Aku pun follow la. Sampai kat sana, aku makan sekenyang-kenyangnya. Sebagai pencuci mulut aku rembat tiga mangkuk pengat pisang. Hasilnya, aku tersangat lah kenyang dan sangat-sangat mengantuk. Balik ke lab, mata still ngantuk. So aku pergi ke surau tapi rasa segan pulak nak tidur  bila orang tengok aku baring. So hajat nak tidur tergendala lagi. Aku balik ke lab dan mengintai-ngintai gula-gula kat atas meja Kak Ayu malangnya dah habis. Aku pun mintak dengan Lolipop dengan Ita, itu pun dah habis. Last-last, aku mengantuk sepanjang hari di dalam lab. Moral of the story, malam ni aku kena tidur awal. Gudnite~

Sambung Bacaan

Monoloque - Chinta

Posted In: . By Hazwan


Kau hadir bila tiba waktunya
Tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Kerana mu cinta tak mampu menahannya

Aku terus mencuba
Untuk lari dari cinta
Kerana perit terasa
Sengsara tanpa kata
Kerana dusta

*
Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika

Aku akan terus melangkah
Walau tanpamu oh cinta
Aku yakin akan adanya setia
Ceritera yang tiada akhirnya

ulang *

Kerana cinta
Kerana cinta
Terasa bahagia

Cinta abadi cinta
Cinta padanya
Cinta satu
Cinta selamanya

p/s: Lagu lama tapi aku baru suka >_<


Sambung Bacaan

Hari ni hari Sabtu. Sabtu maknanya cuti. Tapi hari ni aku still kena bangun awal untuk program Mudball Throwing kat Mox River, Bayan Lepas. Program ni adalah kesinambungan daripada program Mudball Making yang berlangsung 3 minggu yang lalu. Mudball ni nak buat punya la lama, leceh plak tu. tapi bila dah siap sekejap je baling. Tak sampai setengah jam, terus habis mudball dibaling ke dalam sungai yang sangat busuk dan kotor ni.
Habis saja program ni aku  bersama geng AMD yang lain pergi ke Teluk Bayu, teluk yang dikatakan mempunyai air yang kotor. Tapi bila sampai kat sana, airnya ok je. Menurut Faiz, Teluk Bayu ini telah ditemui oleh Ahmad Alif, seorang pengembara dari Kelantan yang ingin mencari Teluk Kumbar tapi sesat sampai ke sini. Tapi tak penting pun semua tu. Yang penting, kami semua tengah lapar. So, sampai saja disana, kitorang membaham laksa semangkuk seorang dan rojak buah yang dikongsi dua orang. Tapi laksa dengan rojak nya tak best sangat pun. Air sirap pun biasa-biasa je tapi harganya RM1.50 segelas. Mak aihhh…
~ni je gambar yang aku ade. Tu pun takda muka aku >_< ~

Habis makan, kitorang semua jalan-jalan tepi pantai sambil buat-buat perkara yang takda faedah. Cari kulit siput, menyamar jadi monyet kat atas pokok, amik-amik gambar dengan gaya kurang bermoral dan macam-macam lagi lah. Eh, lupa nak cakap. Hari ni aku keluar dengan Anuar, Faiz, Akmal, Afiq, Kak Ayu, Kak Ain dan Kak Jannah. So semuanya lapan orang lah. Lepas lepak-lepak, kitorang pulang kerumah dengan satu plan baek punya!!
Lepas Asar, aku bersama Faiz, Anuar dan Akmal meneruskan rancangan pagi tadi tadi. Selepas Anuar menyediakan sandwich dan keropok goreng, kitorang bergerak semula ke Teluk Bayu untuk mandi laut. Sebelum mandi laut kitorang sempat bersembang tentang berenang ni. Rupa-rupanya, kitorang semua tak pandai berenang. So untuk langkah berjaga-jaga, kitorang semua mandi kat tempat cetek je lah. Sebelum balik baru kitorang perasan yang airnya mula menjadi kotor. Hmm, pelik. Tutup cerita. Bye

p/s: Disebalik senyum mu tersembunyi seribu lara. Aku kagum!


Sambung Bacaan

Pantang

Posted In: . By Hazwan

Selepas diserang anak-anak jerawat selama hampir seminggu, hari ni muka aku mula membengkak.  Kegatalan kulit muka mula terasa. Dua biji jerawat batu mula muncul di kedua-dua belah pipi menyebabkan pipiku persis berlesung pipit dan kelihatan comel. Chubby  mungkin :P
Ni lah akibat kalau hidup tak pernah berpantang dalam soal makanan. Walaupun aku tahu aku ada masalah resdung, aku tak pernah memilih makanan. Apa yang ada semua aku makan. Udang, sotong, belacan dan macam-macam lagi makanan yang boleh menggatalkan aku tidak pernah tinggal.Bagi aku berpantang dalam soal makanan adalah perkara yang menyiksakan. Aku ingat lagi time bersunat dulu, hari-hari makan nasi dengan ikan panggang. Boring giler nak makan dan aku nyaris-nyaris menjadi kurus. Nyaris-nyaris je la.
~Gambar pesakit jerawat batu yang kronik. Entah gambar sape yang aku rembat ni~
Tapi sekarang, aku tetap kena berpantang tapi bukan makanan la. Semenjak sakit kaki hari tu, aku terpaksa mengehadkan diri daripada melakukan aktiviti lasak dan tak lasak. Aku tak boleh berlari, tak boleh melompat , tak boleh berdiri lama-lama dan macam-macam lagi. Kesimpulannya, aku perlu meninggalkan aktiviti bermain bola. Aduhhh =(


p/s: time konsert Hattan hari tu selamba je aku lompat hehehehe


Sambung Bacaan

Malam ni Kedah lawan Kelantan kat TV1 untuk pusingan separuh akhir Piala Malaysia. Aku sokong Kelantan sebab hari tu Kedah kalahkan Terengganu kat suku akhir hari tu. Lagi pun dua striker kelahiran Terengganu bermain untuk team Kelantan. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kali ni.

Bila terfikir tentang bola dan Kelantan, tiba-tiba aku teringat kat satu peristiwa melibatkan seorang kawan UTP yang berasal dari Kelantan dan juga peminat bola. Sebenarnya, antara masalah yang dihadapi oleh orang Terengganu dan Kelantan semasa berada di luar negeri masing-masing adalah sukar untuk bercakap bahasa Melayu yang biasa. Lebih-lebih lagi bagi sesetengah orang yang langsung tak pernah menetap luar daripada negeri masing-masing. Mula la bercakap dengan loghat yang susah difahami orang lain.
~lokasi kejadian~
Aku masih ingat, time tu aku masih dalam zaman foundation. Masih belum kenal kedai makan kat luar UTP. Yang aku kenal pun kedai makan Jarum Emas. Tu pun sudah pupus ditelan zaman. Alkisah pada satu malam, aku dan kawan-kawan dari pantai timur keluar makan di sebuah kedai mamak iaitu Restoran Farouk & Sithick Nasi Kandar. Selepas makanan yang di-order siap, kawan aku ni mula mengintai-intai mencari paip air untuk membasuh tangan. Tiba-tiba dia ternampak satu paip air di tepi longkang. Maka terjadilah satu perbualan pendek yang menarik.

Err, bang”, kawan aku memanggil salah sorang pekerja kedai tu. “ Paip tu jadi tak?”sambung kawan aku lagi. Brader India tu kelihatan pening. Aku pun pening dengan soalan tu. “Bang, paip tu jadi tak?” tanya kawan aku lagi sedikit kuat.  Last-last baru aku faham. “ Bang, paip tu boleh guna ke tak?” aku menyampuk dengan macho. “ Oh, boleh-boleh”, jawab brader lalu blah dari situ.

Bila brader tu blah, aku pun gelak sorang-sorang dengan perlahan sebab nak cover malu member aku ni. Haha.  Sebenarnya, orang Kelantan akan tanya macam ni,”Abe, paip air ni ja’di dop?”. Tapi bila diconvert ke dalam bahasa Melayu standard, memang kelakar hahaha. Kepada sape-sape yang tak faham, padan muke!!


Sambung Bacaan

Selepas solat Maghrib tadi, aku lepak-lepak di atas tilam buruk sambil mengupdate FB dan membelek-belek hanset Nokia murah aku ni. Tiba-tiba aku terperasan satu perkara. Rupa-rupanya hari ni adalah besday abah aku.  Haihh, macam mana boleh lupa ni.
Buat ayahandaku di kampung, En Md Yusof @ Ghani bin Long. Anakanda mu ini ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 63. Semoga umur ayahanda dipanjangkan dan dirahmati oleh Allah SWT. Anakanda belum mampu memberi apa-apa untuk ayahanda,tapi  hanya doa dari jauh yang dapat dikirimkan oleh anakanda untuk ayahanda tercinta =) 

~Ayahanda sedang menemani cucunda tersayang menonton TV hehe~


Sambung Bacaan

Selepas peristiwa ngeri petang tadi, aku rasa malas nak bercakap dengan orang. Mood tiba-tiba berubah jadi pelik.  Mungkin peristiwa tadi meninggalkan kesan yang agak mendalam pada diri aku. Semoga ia tidak berulang lagi. Hmm, jangan tanya peristiwa apa, aku malas nak cerita.
Biasanya bila takda mood, rasa sedih, blur atau tertekan, aku akan dengar sebuah lagu. Aku pun tak tau apa yang special kat lagu ni. Tapi lagu ni dapat pujuk aku untuk terus senyum. Yeah, hadapi dengan senyuman =)



Hadapi Dengan Senyuman- Dewa 19
Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 

Biar terjadi . 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... Kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 

Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah . 
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 

Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
Menyerahlah untuk menang..

p/s: Alhamdulillah semuanya selamat

Sambung Bacaan

Convofair UTP 2010

Posted In: . By Hazwan

14.10.2010 - 17.10.2010

Sambung Bacaan

Al-Ikhlas

Posted In: . By Hazwan

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

"Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dengan begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang
membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya “Qul Huwallahu Ahadu” itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, “Allahhus Somad” itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, “Lamyalid walam yuulad” tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, “Walam yakullahu kufuwan ahadu” tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

NOTASabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"


Sumber: SINI

Sambung Bacaan


Matthew Thayer merupakan seorang Senior Manager di syarikat Advance Micro Device (AMD) untuk jabatan Device Analysis Lab di Texas, USA. Beliau merupakan bekas graduan State University of New York dan menamatkan pelajaran pada tahun 1984. Persoalannya, apa kaitan beliau dengan aku. Jawapannya tak ada tapi dia buat aku sangat cuak malam ni. Tapi yang pastinya, dia ada kaitan dengan Mr Ben. Sekian
Sambung Bacaan


Aku berdebar-debar menanti giliran. Ku lihat Afiq di sebelah yang kelihatan tenang  membelek buku kecil warna merah di tangan beliau. Sesekali dia bagi semangat kat aku supaya bertenang. Aku pun tak faham kenapa aku rasa berdebar. Mungkin sebab ini kali pertama aku menawarkan diri untuk menderma darah.
Selepas beberapa ketika, giliran aku pun sampai. Kaunter pertama adalah tempat untuk menentukan jenis darah. Lelaki Cina di depan aku meminta aku menghulurkan tangan kiri untuk diambil darah. Yang ni tak sakit pun, macam kena gigit semut je. “ Kamu berdarah O aa. Sekarang pergi ke kaunter sebelah”, kata lelaki Cina tadi yang fasih berbahasa Melayu.  Aku berjalan tiga langkah dan duduk di kaunter  pemeriksaan tekanan darah.
Seorang lelaki seakan-akan hero Hindustan tersenyum kepada ku. Sambil mengambil borang derma darah dari tangan ku, dia menyoal,”  Sebelum ni pernah buat operation tak?”.  Kalau operation besar-besar takde, tapi kalau bersunat tu pernah la”, jawab ku dengan selamba.  Lelaki itu tersenyum sambil menahan gelak walaupun aku tak rasa benda tu lawak. Kemudian, aku tengok dia dengan senang hati menjawab borang kaji selidik tentang diri aku tanpa bertanya kepada aku.
Eh, jap-jap. Salah tu”, lelaki itu berhenti menulis bila aku menyampuk.” Minggu lepas saya kena injection dan hari ni saya ada ambil ubat painkiller”, kata aku untuk membetulkan apa yang telah di tick oleh lelaki itu kat dalam borang aku tu. Dia terdiam sekejap sebelum bertanya sesuatu kepada rakan beliau. Kemudian, selepas menyoal aku beberapa soalan, akhirnya dia menasihatkan aku  untuk membatalkan niat menderma darah. “ Kaki kamu dah la sakit, lepas tu kamu nak derma darah pulak. Takkan nak tambah sakit lagi kot”, kata lelaki tu.
Kesimpulan daripada ayat lelaki tu, menderma darah itu sangat sakit. Haihh, terbantut niat suci murni aku hari ni. Hampeh!!


Sambung Bacaan

Pelajar UTP kantoi?

Posted In: , . By Hazwan

Salam
Hari ni pelajar UTP digemparkan apabila Utusan Malaysia mengeluarkan satu artikel yang bertajuk “Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto”. Artikel ini dikeluarkan bagi mengutuk tindakan sekumpulan pelajar UTP yang mengantar gambar mereka ke ruangan Salam Perantauan di Utusan Malaysia dan menyamar sebagai pelajar university dari Toronto.  Jom tengok gambar diorang jap.



Menurut beberapa sumber, pelajar UTP ni secara suka-suka menghantar gambar ke Utusan. Tak sangka pulak gambar mereka akan di publish. Selepas disiarkan, seorang bekas pelajar UTP, Obefiend telah mengeluarkan satu artikel di blog beliau yang bertajuk “Student Universiti Teknologi Petronas PWND Utusan Malaysia”.  Mungkin terasa tercabar dengan artikel ini, seorang pengarang dari Utusan Malaysia, Noraini  Abd Razak telah membuat satu artikel seperti yang disebutkan di atas.


Dalam artikel tersebut, dia menyalahkan pelajar UTP kerana menghantar gambar tersebut kepada pihak Utusan Malaysia. Namun artikel ini dibalas Obefiend yang bertajuk “F.A.O: Noraini Abdul Razak of Utusan Malu-sial". Nak tergelak bila aku baca reply dari Obefiened ni. Makin lama makin aku respek kat brader ni. Aku makin terharu bila terbaca ayat ni:
I just feel I need to come into the defense of my JUNIORS in UTP. They are good kids with first-class brains and most definitely some of the most creative people I ever known. If pranking a national newspaper for their own internal incompetence led to them getting suspended I lose all hope on Malaysia. Can’t you guys take a joke?

Hahahahaha, Obefiend memang terbaik.  Sebelum ni dia pernah prank Raja Petra Kamarudin. Memang legend. To Obefiend, thank you very much kerana masih sayangkan junior-juniormu disini dan juga UTP hahaha. 
Chow

Sambung Bacaan

Quote of the Day

Posted In: , . By Hazwan


Sambung Bacaan

KEPUTUSAN 

1. Sara Lyana Badly Sham
2. Hamzah Bin Nawawi
3. Aidil Aznan
4. Nadia Hartini Suhaimi
5. Mohammad Khairulanam Azeman
6. Fitri Jamil
7. Rofans Beleam Hilisebua Manao

Jumlah Undian: 1453
Undi Ditolak: 112

Komen :
Perghh, sikit giler yang turun mengundi. Apa nak jadi la dengan student UTP ni. Nampak sangat belum matang. Cakap je pandai, tapi malas nak mengundi. Blah la wei. Setakat bising-bising kat belakang buat pe. Tapi Alhamdulillah, calon faveret aku, Hamzah bin Nawawi turut menang dalam pemilihan ini. All the best my fren =)



p/s: Aku pun tak pasti betul ke tak keputusan ni hehe

Sambung Bacaan

T___T

Posted In: . By Hazwan


Pejam mata, pusing kiri, pusing kanan. Sesekali aku meniarap pastu baring balik. Bukak mata, tengok Facebook kalau-kalau ada update yang menarik. Tutup Facebook, tengok-tengok blog orang pastu tutup balik. Ambil joystick dan main PES sorang-sorang. Ini la rutin harian aku sejak hari Ahad yang lepas. Serius boring. Nak gerak banyak-banyak rasa sakit. Nak lepak lama-lama atas jamban pun sakit. Arghh..  Aku tak tau nak buat apa lagi. Dengan kata lain, aku nak kembali sihat dan bekerja seperti biasa  T_T

Sambung Bacaan

Loyar Buruk

Posted In: . By Hazwan

Sedang aku leka meniarap sambil menonton rakaman Suara Siswa kat laman web RTM, aku ditegur seorang kawan menerusi Gtalk

Kawan: Sakit ape? Salah urat ke?

Aku: Ermm, yekot. Tak pasti

Kawan: Kaki ke?

Aku: Yup

Kawan: Doctor bagi painkiller tak?

Aku: Ada. Tapi aku malas nak makan sebab pil ni bahaya untuk hati. Aku makan bila sakit sangat-sangat je.

Kawan: Painkiller tak bahaya la untuk hati.

Aku: Ha ??

Kawan: Tapi bercinta baru bahaya untuk hati.

Aku: Loyar buruk pulak dia ni. Aku baru nak percaya. Hm,.thanx

Kawan: No problem :D


~~Moral of the story, bagi salam dulu sebelum tegur orang :P
Sambung Bacaan

Beautiful Blogger Award

Posted In: . By Hazwan

Salam

Hai hai hai. Dikala kesakitan sedang melanda, aku dianugerahkan sebuah award iaitu Beautiful Blogger Award dari Gadis H. Ish, tak patut betul la. Lain la kalau bagi Handsome Blogger Award hehe. Tapi takpelah, aku terima award ini. Mekasih ya Gadis H


1) Listkan 7 perkara tentang diri anda
   - malas nak list kan haha

2) Sila tag blogger lain
   - malas nak tag haha

Sekian dari aku. Jangan marah ye Gadis H
Bye..

p/s: ramai jugak yang sayangkan aku rupenyer..terima kasih kawan-kawan =)
Sambung Bacaan

MC

Posted In: . By Hazwan



Sambung Bacaan


Semalam hari Sabtu, hari yang sangat ceria tapi hujan. Di saat semua orang sedang melayan tidur selepas Subuh, aku dan warga AMD yang lain telah berkumpul bersama-sama untuk membuat Mudballs. Kalau tak faham, dalam bahasa Melayu dipanggil bola lumpur. Mudball berfungsi untuk mengurangkan pencemaran air, sama ada di sungai atau paya ataupun kawasan yang berair. Bola ini akan mengurangkan kandungan ammonia dalam air. Tu Google yang cakap, bukan aku. Jom layan gambar jap.
~Staff-staff kacak AMD sedang menguli dan mengadun tanah, air, dan cecair hitam. Aku tak pasti tuu cecair apa. Menerusi analisis secara kasar, aku suspek benda tu adalah air longkang~haha
~tangan suci yang bakal dikotori tak lama lagi~
~time ni semua tengah bersemangat tapi Nuar masih dengan gaya yang sama. Heran aku tengok~
~getel selut~
~aksi manja awwww~
~ini lah hasilnya. yang kecik tu Kak Ayu yang buat, sesuai dengan dia yang kecik dan perangai macam budak-budak~
~Orang-orang yang bertuah hehe~
~lunch yang best tapi aku takda selera nak makan Y_Y~
~Segalanya sudah berakhir. Sebulan lagi kita baling bola tu ke dalam sungai sama-same yek =) ~~


Sambung Bacaan

2 Oktober

Posted In: . By Hazwan





2 Oktober merupakan hari ke-275 dalam setiap tahun kecuali pada tahun lompat iaitu merupakan hari ke 276 berdasarkan calendar Gregory.Menurut perkiraan, ada 90 hari lagi sebelum kita menjengah ke tahun baru. Pada tarikh ini juga iaitu tahun 1187, Salahuddin al-Ayyubi berjaya merampas Jerusalem yang telah dikuasai tentera salib selama 88 tahun. Apa yang aku nak sebutkan kat sini adalah, hari ni merupakan tarikh kelahiran kakak aku, Hajar Nur Addni yang ke 24. Selamat Hari Jadi sis. Gudlak for everything =)






Sambung Bacaan

Satu Nasihat

Posted In: . By Hazwan


Dialog dengan seorang rakan

Aku: Aku rasa stress hari ni. Hati rasa tak tenang, berdebar-debar,rasa nak marah orang. Kadang-kadang hati rasa kosong sangat-sangat.

Kawan: Tu peringatan awal tu. Dia rindukan kamu.

Aku: Maksudnya?

Kawan: Allah rindu nak kamu berdoa pada Dia, memohon pada Dia,  bermunajat pada Dia.

Aku: Ouh.. Erm, Thanx.my friend. Now, I feel better.

Kawan: Senang je ubat hati yang keluh kesah tu.

Aku: =)


p/s: Bila aku banyak menulis, maknanya aku sedang stress. Sekian
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...