Nama aku Hazwan. Aku dilahirkan di Terengganu. Dulu aku pernah bermastautin di Universiti Teknologi Petronas, Perak untuk mendalami ilmu Kejuruteraan Kimia. Kini berkelana di bumi Pahang untuk mencari sesuap nasi.

Aku mula menjadi seorang blogger bermula bulan Ogos 2008. Itu pun sekadar suka-suka.

Kenapa aku memilih untuk menjadi seorang blogger? Kerana aku rasa aku memerlukan suatu medium untuk meluahkan apa yang tersirat dalam hati mengenai sesuatu perkara, kejadian, permasalahan dan juga pelbagai lperkara. Pada mulanya aku ingin menulis diari, tapi memandangkan tulisan aku sangat lah buruk seperti cakar ayam, maka aku pun mula menulis di blog ini yang diberi nama Bukan Sekadar Cakar Ayam.

Kalau nak hubungi aku, sila emelkan ke alamat ini: ginjal_besi[@]yahoo.com.
Sambung Bacaan