Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....


Salam 
Minggu lepas, aku dan tiga lagi kawan-kawan dari UTP telah pergi Pulau Jerejak. Kami pergi ke sana pun setelah di ajak oleh supervisor muda aku Kak Ayu dan Kak Jannah serta dua orang lagi sahabat mereka, Ummu dan Nasira.

~Sejarah Pulau Jerejak~


Sebelum tu aku nak cerita skit pasal Pulau Jerejak ni. Pulau Jerejak ni terletak di Pulau Pinang,  dan merupakan pusat kegiatan aktiviti luar. Dulu tempat ini menempatkan sebuah penjara lama dan juga merupakan hospital bagi pesakit Kusta. Terdapat juga cerita-cerita pelik lain seperti kewujudan Bigfoot tapi cerita tu masih belum sahih lagi.

~view from jeti~


Aku ke sana dengan mengikuti pakej yang disediakan yang mengenakan bayaran RM60 termasuk makan yang sangat la banyak. Pagi-pagi lagi, kami berkumpul di jeti untuk membuat pembayaran di sebuah kaunter. Then sebuah bot datang untuk membawa kami ke sana.
Terdapat banyak aktiviti kat sini seperti Flying Fox, Jungle Tracking, Memanah, Wall Climbing, Paintball dan macam=macam lagi lah. Jom usha gambar yang tak seberapa ni jap. 

~kanak-kanak riang tak sabar nak main selepas sampai di jeti Pulau Jerejak. Antara benda pelik kat empat ni yang aku perasan ialah kewujudan kereta Kancil yang tiada pintu. Dah la banyak, pelik betul haha~


~Kitorang ber-Jungle Tracking dengan budak-budak nurse dari Hospital Penang. Kebetulan terserempak dengan ex-schoolmate Tun Najihah yang aku tak pernah tegur pun dulu.haha. Kitorang di bawa jalan-jalan dalam hutan dan di tunjukkan tapak rumah pesakit Kusta dan juga melalui jambatanbesi gantung~

~ni first time aku memanah. Walaupun bukan semua mengenai sasaran, tapi aku tetap puas hati~

~Aku memang tak suka aktiviti memanjat. Sebabnya, aku ni gayat haha. Seperti yang dijangka, aku failed nak sampai ke puncak tu =.= ~

~Berbasikal di Pulau Jerejak memang best. Teringat time dulu-dulu, selalu ke sekolah dengan basikal. Sekarang naik basikal pun dah janggal. Tapi skill lepas tangan masih belum hilang hehe. Kitorang naik basikal untuk ke penjara lama sebenarnya tapi sayang kerana jalan di tutup untuk proses membina tangki air~




Selepas habis aktiviti ni, aku demam seminggu. Ceitt =.=

p/s: Klik kat sini jap. SINI!!!
Sambung Bacaan

Salam
Aku dapat award lagi. Kali ni award yang keempat ini diberikan oleh Miss Ajaa Tyne. Jom berkenalan skit dengan beliau. Miss Ajaa merupakan antara insan yang istimewa di dunia kerana berpeluang menjadi classmate aku pada tahun 2006. Time ni jugak aku selalu kacau dia dating. Yela, sapa suruh dating kat tempat aku study :P. Sekarang tengah belajar di, ermm lupa plak nak tanya. Aku dah cari kat blog and facebook dia tapi tak jumpa.hehe. Thanx for da award =)


Macam biasa, kena jawab satu soalan. Senaraikan keajaiban yang ada pada aku. Hermmm..
·         Sangat berpegang pada kepercayaan karut bahawa aku ni hensem
·         Berjaya mengubah perkataan “Beliau” daripada kata ganti diri ketiga kepada kata ganti diri kedua.
·         Mempunyai profesion baru sebagai tukang masak paksaan
·         Pakar dalam teori bolasepak tapi tak pernah pandai main bolasepak
·         Kejam dalam berkata-kata terutamanya bila melihat sesuatu yang tidak kena di depan mata
·         Tidak suka bising, asap, habuk, kuman, orang batuk, bersin. Ayat simpe, aku sukakan kebersihan tapi aku ni seorang yang malas nak mengemas Y_Y
·          Aku lelaki ajaibàxde modal hehe

To Ajaa, aku masih simpan benda ni. Jeng3

Nak bagi kat sapa ek?? Erm, esok la aku bagi tau. Bye..



Sambung Bacaan

Hari ni aku cuti dari kerja..
Bukan malas tapi sedikit demam batuk dan selsema..
Tapi bukan ini yang aku nak cerita..
Cerita ni lagi best..

Tadi..
Selepas selesai tidur dengan sepuas-puasnya
Aku turun ke bawah untuk mencari sepinggan nasi untuk dimakan
Selepas mengambil nasi berlaukkan ikan keli goreng..
Aku duduk dalam kedai dengan pemandangan kea rah jalan yang tidak begitu sibuk
Dengan 4 orang lelaki yang sedang duduk di meja hadapan..
Ada yang nampak macam orang Malaysia….
India pun ada..
Indonesia pun ada..
Aku buat tak tau je..

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki dalam umur 10 tahun..
Dia keluar dari kereta yang dipandu ayahnya (mungkin) sambil membawa sepelastik cecair hitam..
Aku mula berasa pelik..
Nampak macam ubat batuk je..
Haihh..
Kecik-kecik dah pandai meniaga rupanya..
Dan salah seorang lelaki didepan tadi terus mendapatkan cecair hitam itu..
Dia pun berjalan ke kereta tadi dan bercakap dengan ayah budak terbabit..
Selepas bergelak-ketawa dan tersenyum kambing beberapa ketika,..
Mereka bersurai..

Aku pun buat bodoh je dengan hati yang menyumpah-nyumpah..
Bodohnya lelaki tu..
Jual ubat batuk bersama anak..
Dah la kecik lagi budak tu..
Kalo kecik dah pandai jual ubat batuk ..
Bila besar nanti jual apa agaknya??

BENGONG!!

p/s: memandangkan tekak aku kurang selesa, aku pon Google untuk mencari petua menghilangkan batuk dan ini salah satunya." Amik Coca-Cola dan campurkan dengan segelas susu pekat. Then minum setiap hari diwaktu pagi". Betulke???hmm

Sambung Bacaan



MALAYSIA BOLEH!!!

Sambung Bacaan


Dasyat betul video tu. Peristiwa ni berlaku pada minggu lepas bersamaan 18 Julai 2010. Tapi sapa yang terlibat dalam video di atas aku kurang pasti.

Lupakan pasal video tu. Sebenarnya  aku bersama housemate, Din dan Alip serta Deli dan Moh telah ke Kulim untuk melawat rakan-rakan UTP yang sedang praktikal kat Celestica.  Tujuannya, ingin mandi di Sungai Sedim. Jom, biar gambar menceritakan segalanyaa..

Sampai di Kulim, terpaksa plak menunggu budak-budak ni bersiap. Ni gambar sebelum bergerak.

Selepas semua telah bersedia, kami bergerak dengan diketuai kereta Puwek di depan. Ala, yang merah tu...

Bergambar dulu sebelum mandi

Aksi pertama, Pojie menumbangkan Din dengan gaya entah pape
Abu dan gaya maknyah beliau haha
Deli menunjukkan kebolehan berguling di atas angin

Jangan tiru aksi ini jika anda tak pandai berenang macam saya. Aksi cubaan membunuh diri empat serangkai :P



Dah letih, jom balik


Pekena  Nasi Ayam Perioq Besaq dulu. Lapar kot hehe
Eh, sempat lagi berkarox sebelum pulang
Pulang ke Penang dengan keletihan~

p/s: Teringat kata-kata Irsyad," Sedih la tengok tempat ni, takda awek mandi pun kat sini". haha

*UPDATED*




Sambung Bacaan

Kehidupan praktikal memang tak seperti  yang kita jangkakan. Kalau dulu, sebelum berpraktikal macam-macam benda yang terlintas di fikiran tapi apa yang berlaku sekarang sangat la berlainan. Ada yang baik dan ada yang tak.
Semalam aku sempat bermesej dengan seorang sahabat yang sedang berpraktikal nun jauh disana (lokasi dirahsiakan).  Menurutnya, dia cemburu melihat kehidupan praktikal kawan-kawan yang lain. Dia juga rindu untuk berjumpa dengan kawan-kawan UTP. Sunyi agaknya hidup keseorangan tanpa kawan karib.
Sama jugak seperti aku. Aku mengaku yang aku cemburu dengan kawan-kawan lain yang sedang berpraktikal di company yang praktikalnya sangat berkaitan dengan apa yang dipelajari di UTP. Bila membaca cerita kat Google Group ChemE, memang terdetik rasa cemburu tu.  Aku juga cemburu dengan kawan-kawan yang dapat pulang ke rumah setiap minggu especially kat Kerteh. Ye, aku cemburu dengan semuanya.

Aku jugak rindu dengan kawan-kawan kat UTP. Keluar malam sama-sama, lepak di Sabilah, bergaduh pasal bola, bermain bola kat padang, main PES sama-sama dan semuanya. Aku juga rindu dengan [AwOk2] yang kini mula hidup berjauhan. Tiada lagi berkumpul bersama-sama sambil mengumpat, bergurau kasar, bercakap sesuka-hati dan macam-macam lagi. Kadang-kadang teringat kat roommate dan housemate yang susah bangun pagi, suka main-main kejar macam budak tadika dan saat makan bersama-sama. Rumah aku sangat happening.
Tapi aku perlu menerima semua yang ada sekarang. Aku mula belajar untuk mengenali perangai housemate aku yang pelik-pelik ni. Ada yang addicted dengan game, fotografi, donlod movie, emo bila bangun tidur, melalak sorang-sorang dan macam-macam la. Bagi aku, setiap orang ada tabiat pelik dan buruk dan aku patut menerima semua tu. Dan orang lain juga perlu menerima segala kekurangan yang aku ada.

My housemate~Din, Alip dan Muzek

Hidup kat tempat praktikal kadang-kadang sangat meletihkan dan memboringkan. Macam aku cakap tadi, aku masih belajar untuk menerima semuanya. Walaupun kurang minat, tapi hidup perlu diteruskan. Aku ingin menghargai apa yang aku sekarang, tak nak lagi dipersiakan. Mungkin ada sesetengah orang sangat tension time praktikal sampai emo nak tukar tempat. Mula la mengutuk SV dan lupakan kawan. Tapi aku harap aku tak macam tu.
Sebenarnya aku nak balik rumah, merindui seisi keluarga yang berada di kampung. Juga sepupu kecilku Wafiy yang masih belum sembuh. Di tambah lagi dengan berita buruk baru-baru ni, membuatkan aku tidak sabar untuk pulang. Aku mahu pulang!
Disini ku berpraktikal



Sambung Bacaan


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama….
Sambung Bacaan

Berita buruk untuk warga Malaysia. Menurut laporan Malaysiakini.com, harga barang-barang utama umat manusia di Malaysia akan naik malam ni, tepat pukul 12.01 pagi, 16 Julai 2010.

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Hmm, tak habis-habis dengan harga  barang naik. BN=barang naik??? No komen...

Sambung Bacaan

Baik-Baik Sayang

Posted In: . By Hazwan




Baik-Baik Sayang ~ Wali Band

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff


*Aku terkenangkan suara itu...

Sambung Bacaan

Salam.

Hari ni aku terbaca satu keratan akhbar dari Kosmo Online yang bertajuk "Kadar Kelahiran Merosot 2.2%". Menurutnya, kadar kelahiran penduduk Malaysia yang menurun kepada kadar 2.2 peratus pada 2008 berbanding 2.6 peratus pada 2000. Faktornya, sebab melengahkan perkahwinan.

Tapi bagi aku la, kadar kelahiran tak merosot pun sebenarnya. Buktinya, setiap hari banyak je kes pembuangan bayi. Menurut statistik lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

So, dalam ayat yang mudah, 83 bayi luar nikah dilahirkan setiap jam.WTF! Banyak kot. Tu yang sudah didaftarkan tak termasuk lagi yang tak didaftarkan.Patut la sekarang boleh jumpa bayi free kat mana-mana. Kat tong sampah, tangga masjid, sungai, ladang gandum sawit dan macam-macam lagi.



Kepada perempuan di luar sana, jangan la jual murah sangat dengan lelaki. Bila engkau mengandung, diorang buat tak tau je. Dah banyak kes macam ni berlaku, takkan tak pernah baca cerita macam ni dalam surat khabar atau TV. Last-last korang jugak yang kena tangkap sebab buang bayi. Yang lelaki pulak cari mangsa lain.



So, solusi nya??? Lu pikir lah sendiri. Bye
Sambung Bacaan

Salam..

Hari ini hari yang menarik. Setelah pemergian Muzek ke kampung beliau di Kedah dan Din ke UTP, menyababkan aku terkapai-kapai berduaan bersama Alif. Lantas aku mengambil keputusan meminjam motor EX5 Nuar untuk dijadikan alat pengangkutan dalam cuti 3 hari ini,

Bangun pagi, aku terus bersiap-siaga  bersama kelengkapan sukan untuk berjoging di kawasan belakang kediaman Flat Seri Indah ini. Tapi hampa, tiada laluan yang sesuai. Lalu aku membawa diri ke parking untuk bermain tali skipping berseorangan.

Selepas keletihan, aku pulang ke rumah lalu mengejutkan Alif yang sedang lena di pembaringan. Selepas menyiapkan diri, aku dan Alif meluncur ke kedai mamak Deen Baru. Selepas membaham sekeping roti telur dan roti bawang yang ditemani air teh panas, kami berlepas ke Queensbay.

Sampai di Queensbay, tak ada apa yang menarik perhatian. Jadi aku bergerak ke  bersama Alif menyusuri jalan ke Batu Maung. Baru je bergerak sekejap, tiba-tiba tayar pancit. Namun kami tidak panic. Dengan pantas kami memimpin moto ke sisi jalan dan meminta pertolongan daripada sekumpulan lelaki yang kebetulan sedang menampal poster untuk pertandingan memancing.

Selepas mengejas nombor telefon awek mekanik dari diorang, aku pun call mekanik tu untuk menyalin tiub baru. Selepas semuanya setel, aku bergerak dan singgah di sebuah pusat ikan bakar untuk memberikan Alif peluang mengambil gambar-gambar disana.

Then, kami bergerak lagi dan menuju ke satu destinasi yang dipanggil Teluk Tempoyak, suatu tempat yang sangat famous dengan masakan ikan bakarnya.  Selepas melepak-lepak bersama sekumpulan kaki joran, kami chow dan bergerak ke Tokong Ular. Kami duduk kat situ sekejap saja, just nak ambil gambar je.hehe
Lepas tu, kami ke Bukit Gedung. Kali ni kami tersesat. Aku tak tau la mana aku pergi tadi. Selepas berpusing dua tiga kali, akhirnya sampai balik ke Tokong Ular tadi.haha. Selepas keletihan,  kami pulang ke rumah.

Petang pulak, aku ke Balik Pulau bersama Alif dan Moh. Budak dua orang ni bijak dalam ilmu seni fotografer ni dan aku expert dalam bidang modeling. So aku follow je lah diorang. Sampai sini, aku terserempak dengan Firman, ex-trainee kat AMD. Smbang-sembang dengan dia, baru ku tahu nama tempat tu ialah Pantai Pasir Panjang yang pernah mengorbankan 6 orang semasa Tsunami dulu.Ouuhh

Selepas melayan angin laut dan melihat matahari terbenam cewaah, kami bertolak pulang ke rumah masing-masing dengan letih dan mengantuk. Tapi aku terpaksa berjaga malam ni memandangkan kejap lagi adalah fina FIFA World Cup 2010. Tapi aku tak sokong mana-mana team sebab Brazil dah terkeluar awal-awal lagi. Huhu T_T


~pose istimewa dari saya di Balik Pulau :P~

Sambung Bacaan

Salam.
Ni gambar-gambar jersi baru pak arab versi jubah. Menurut satu sumber yang tidak boleh dipercayai IAITU SOKERNET, jersi ini akan digunakan pada EURO 2012 dan Piala Dunia 2014. Betul atau tidak sama-sama kita nantikan.hehe


~Brazil tuuuu~~

 ~gudlak oranje~



AMARAN: Jangan pakai jubah seperti ini di masjid, takut mengganggu kosentrasi jemaah lain :P


SUMBER: SOKERNET



Sambung Bacaan

PANAS : Gambar Ariel dan Luna

Posted In: . By Hazwan


Eh, silap tulis. Aku nak tulis Aerial dan Luna sebenarnya. Dua-duanya adalah perkara yang berbeza. Aerial adalah satu objek yang mempunyai jisim yang sangat aku perlukan saat ini. Sebabnya, aerial tv aku ni ada problem sikit. Sekejap ada signal, sekejap takda. So, macam mana mau tengok bola pagi esok?? T_T

Luna? Erm, aku tak tau apa nak citer pasal Luna . Tapi yang aku tau, Luna ni adalah satu jenama pensil kaler yang sangat digemari kanak-kanak sezaman dengan aku. Tu je kot yang aku tahu. haha

p/s: gambar aku rembat kat facebook. Tak tau la sape punyer keje :P
Sambung Bacaan

Brazil, Netherland & Badmood

Posted In: . By Hazwan



Kegembiraan ku lesap begitu saja. Selepas berjaya menjaringkan gol ke dalam lubang paling atas di booth World Cup Maxis kat Bukit Jambul, aku begitu gembira sekali. Tapi sayang, ia nya tidak berkekalan lama. Gol Sneidjer meragut telah segala-galanya.

Semuanya bermula dengan perangai reff yang agak bodoh. Buat malu orang Asia je, baik la gantikan dengan Abg Subkhidin kita yang telah hilang entah ke mana.

Perlawanan bermula dengan penguasaan lebih memihak kepada Brazil. Belanda seperti anak ayam kehilangan ibu yang yang terkapai-kapai seperti tidak tahu bermain bola. Permainan Samba Brazil sangat cantik, lebih-lebih lagi bila Robinho menjaringkan gol hasil lorongan cantik dari Melo.

Namun, separuh masa kedua sangat berbeza. Permainan Brazil mula hambar. Mungkin letih menari samba agaknya. Selepas Melo menjaringkan gol sendiri, Belanda mula bersemangat manakala Brazil mula hilang arah. Lepas tu, damn, Brazil kalah.

Konklusinya, aku anti pasukan Eropah kali ni. Kalo boleh aku nak Ghana menjadi juara di bumi Afrika selepas kepulangan wira Asia ke pangkuan keluarga masing-masing. Erm, Argentina pun ok…

p/s: takda mood, jangan mengada-ngada


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...