Salam

Agak susah nak update blog sekarang. Memandangkan internet kat rumh sewa aku ni belum ada, so terpaksalah aku menumpang kat Cyber Café kat bawah blok aku ni sekejap. Tu pun sebab ada kerja yang perlu di setelkan.

Sudah seminggu aku aku berada di Penang dan bepraktikal di AMD Penang ni. Di sini, aku diletakkan kat bahagian Devices Analysis Lab di bawah supervisor yang sangat misteri bernama Mr. Ben. Mr. Ben ni Nampak macam baik tapi agak menakutkan sikit. Tapi yang penting semua orang dalam lab tu baik-baik belaka; Kak Idayu, Kak Ain, Kak Indri, Ita, Xiang, Nazirah, Chiang, Ai Bee, Firmaan dan beberapa orang lagi.

Walaupun baru seminggu berada di sini, tapi aku rasa macam dah lama. Semua orang sanga mesra, so senang je rapat walaupun agak malu-malu sikit pada hari pertama. Then, dah boleh start buat loyar buruk.

Dua hari lepas, selepas menunggu selama 4 tahun akhirnya Piala Dunia FIFA telah bermula. Dan macam biasa, team faveret aku adalah Brazil dan juga gergasi asia, Korea Selatan. Tapi agak mengecewakan, TV kat rumah sewa aku ni susah nak dapat signal RTM1. Huhu, sedih betol.

Tapi demi bola, aku sanggup menebalkan muka. Cerita bermula bila aku dapat tahu ada match Argentina melawan Nigeria. Aku try bukak TV kat rumah aku ni tapi tak dapat siaran RTM1. So, aku pun keluar hendak ke kafe kat bawak rumah flat aku ni. Bila lalu je kat rumah jirah sebelah aku ni, aku terdengar diorang pasang siaran langsung match tu. Tanpa segan silu, aku ketuk pintu rumah Mat Bangla ni dan dan meminta kebenaran untuk join sekali.

Aku sangat terkejut dengan layanan diorang. Bila aku masuk je dalam rumah, diorang paksa aku duduk atas sofa, tapi aku menolak lalu duduk kat bawah. Semua jiran aku ni bangun dan paksa aku duduk kat atas sofa jugak. Aku pun duduk je la tapi agak segan kerana diorang duk kat bawah je. Tak lama selepas tu, kawan diorang pulang sambil membawa seplastik air dan makanan. Diorang menghidang aku segelas air RedBull, Coca-Cola dan sebekas biskut coklat. Walaupun malu, terpaksa jugak aku minum sebab nak jaga hati diorang.

Kemudiannya, salah seorang menghulurkan aku sebatang rokok tapi aku menolak kerana aku ni memang tak hisap rokok. Bila diorang tahu je yang aku ni tak hisap rokok, semua yang nak hisap rokok kat dalam rumah terus merokok kat luar rumah. Aku ingat lagi salah seorang dari mereka menyuruh kawan-kawan diorang merokok kat luar. Time tu aku berasa segan giler. Kalau kat UTP, orang luar selamber bodoh je hisap rokok dalam bilik aku. Tak reti nak respek aku yang sangat anti dengan rokok ni.

Kesimpulannya, patut la ramai anak gadis Malaysia yang terpikat dengan Mat Bangla ni. Walaupun miskin, diorang kaya dengan budi –bahasa dan sangat menghormati tetamu. Kalau la orang kita, jangan haraplah nak layan aku macam Mat Bangla ni. Erm, aku pun macam tu jugak kot.hehe