Pejuang-pejuang muda itu terduduk lesu, keletihan. Cerita kekalahan semalam masih belum dapat dilupakan. Bagi mereka, kekalahan itu adalah mustahil. Mana mungkin dengan segala strategi yang dicorakkan, kemenangan masih berada di pihak lawan. Mereka kecewa, hampir putus asa.

 Tiba-tiba muncul seorang tua. Rambutnya jelas memutih dibawah litupan kopiah usang. Dia berjalan didepan pejuang muda. Berdiri tegak lalu bercakap dengan suara lantang.

 "Wahai anak muda. Jangan kamu menjadi lemah. Dulu aku seperti kamu juga, mula berjuang sejak usia yang sangat muda. Kini sudah berpuluh tahun aku berjuang, namun tidak pernah sekali pun aku menang. Tapi aku tidak pernah putus asa. Kenapa? Kerana sampai masanya nanti, tuhan tidak akan tanya sama ada kamu menang atau tidak. Tapi Dia akan tanya apa yang telah kamu lakukan untuk menegakkan agamanya..."

 Pejuang-pejuang muda itu diam. Kemudian tersenyum. Wajah mereka mula bersemangat. Mereka sedar. Ya, perjuangan masih belum selesai.