Sekarang aku sedak duduk bersimpuh atas meja tempat kerja sambil menaip. Kenapa? Sebab aku sedang menahan mata daripada tertidur. Malam ni aku terpaksa berjaga untuk monitor keadaan plant kerana brader yang menjaga DCS tak dapat datang. Rumah dia sudah banjir katanya.

Menurut beberapa orang kawan, tahun ni merupakan antara banjir yang terburuk pernah melanda Kuantan. Banyak kawasan yang belum pernah ditenggelami air sudah dilanda banjir. Sampai jalan-jalan yang menghala ke kawasan perindustrian Gebeng pun ada yang tak dapat dilalui. Sebab itu ada beberapa company sudah mengarahkan pekerjanya untuk bercuti buat sementara waktu.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja tadi, aku rasa Kuantan ni dah macam darurat. Kiri kanan ada kereta tersadai, ada yang berhenti. Kadang-kadang nampak seperti ada eksiden bila ramai yang keluar dari kereta dengan berpayung.


Kereta-kereta juga menyalakan lampu kecemasan. Lampu-lampu kecemasan yang dinyalakan lori dan kereta polis juga sudah cukup buat aku cemas. Ditambah lagi dengan ranting kayu yang bertaburan atas jalan, hujan yang menggila dan air yang sudah melimpah diatas jalan.

Serius, aku rasa macam sedang diserang zombie.

Aku bernasib baik kerana kedudukan rumah sewa yang berhampiran lebuhraya yang memudahkan urusan untuk pergi kerja. Tapi apabila memasuki jalan ke Gebeng, aku sudah cuak. Nyaris saja aku nak patah balik. Nasib baik aku nampak sebuah kereta kancil dengan tenang meredah banjir. Aku pun follow dari belakang. Semput jugak kereta aku tadi meredah jalan yang sudah tenggelam.

Sampai tempat kerja, tengok-tengok nombor plat kereta dah tercabut Ciss. Jadi setakat ni kerugian akibat banjir adalah lebih kurang sepuluh ringgit.

Bagi aku, kerajaan sudah gagal menguruskan pembangunan di negeri ini. Pembangunan kurang terancang. Harga rumah dan tanah melambung tinggi tapi apabila projek perumahan dibuat, sistem perparitan masih ditakuk lama. Itu tak termasuk terminal bas yang baru sahaja dibuka 4 bulan lepas yang sudah pun ditenggelami air.

Apa diorang ni buat pembangunan tanpa mengkaji dulu ke keadaan tanah tinggi atau rendah dan juga sistem saliran air?

Itu tak dikira lagi dengan kawasan kampung yang sering ditenggelami air. Macam takda rancangan untuk menyelesaikan masalah banjir. Yang aku nampak, hanya pembangunan untuk mengutip keuntungan. Phui.

*****

Aku risau sebenarnya. Nenek aku sakit. Nak balik kampung tapi jalan ditutup akibat banjir :/