Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Majulah Sukan Untuk Diri

Posted In: . By Hazwan


Petang-petang yang indah begini, manusia-manusia di UTP mula bertebaran di merata tempat. Ada yang ke padang, court futsal, tasik dan juga ke tempat aktiviti sukan yang lain.

Sepatutnya hidup aku seperti itu lah. Perlu diisi dengan aktiviti bersukan yang dapat mengeluarkan peluh dan memecahkan lemak di badan. Risau jugak kadang-kadang melihat lemak-lemak comel di perut. Lembutnya seperti belon. Suka bergerak-gerak mengikut hayunan badan. Tak macam dulu, ada six pack kental di badan. Ok, yang ni aku tipu.

Bak kata orang, bila kehilangan satu nikmat baru kita akan mula menghargai nikmat tu. Macam aku, dah mula merindui nikmat-nikmat berlari di tasik, berkejaran dan menyepak bola di padang, serta membuat servis kuda semasa bermain takraw. Part servis kuda ni pun aku hiperbola-kan sikit. Ok.

Sebab tu aku hairan dengan manusia yang suka berkurung dalam bilik, lebih suka bersosial di laman sosial, menghabiskan menonton movie series dan juga main game. Gaya hidup tak sihat langsung. Tak bosan ke mengadap computer tu memanjang.

Ok, straight to the point. Aku jeles sebenarnya tengok orang yang dapat bersukan, hidup dengan normal. Tapi kadang-kadang geram tengok orang yang malas bersukan. Tak sayang diri langsung. Nak tunggu sakit dulu baru nak start jaga badan?

****

Herm, sape nak keluar jalan-jalan? Aku nak follow.
Sambung Bacaan

FYDP 19

Posted In: . By Hazwan


Hari ini, berakhir perjalanan aku bersama kumpulan FYDP19. Selepas bertungkus lumus selama 2 semester untuk menyiapkan projek Methanol-Acetic Acid Plant untuk subjek Final Year Design Project, akhirnya kami berjaya menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Tapi pengakhiran ini aku tidak suka sebenarnya. Kenapa?

Kerana selepas ini tiada alasan lagi untuk berjumpa dengan ahli kumpulan FYDP19; Adib, Cho, Ijat, Ida dan Ziela. Mungkin tiada lagi peluang untuk makan keropok dan coklat Nips bersama-sama, minum air masak yang Adib ambil dekat Water World, bersama-sama mengusik Ida sebagai Ronaldowati, mengusik Ziela yang selalu lost dan blur bila bersembang.

Kadang-kadang bersembang dengan Ijat dan Cho tentang pasukan bolasepak diorang, bersembang dengan Ida tentang watak-watak dalam Lawak Kampus dan juga cerita Ikhtiar Hidup di Pulau Tandus. Tiada lagi peluang untuk lepak dekat Lab iCon walaupun aku jarang pergi. Mungkin lepas ni susah nak dengar Adib bersembang sampai turun ‘air hujan’ HAHA.

Banyak benda lagi yang aku ingat, tapi malas nak tulis. Tapi yang paling best, bila tengok muka diorang makan keropok lekor yang aku goreng dengan penuh berselera. Lebih-lebih lagi muka Cho HAHA. Aku betul-betul hepi malam tu.

Kepada anda semua, terima kasih kerana menerima aku dan melayan aku dengan baik dalam group 19. Walaupun kita semua tak pernah kenal sebelum ni, tapi korang semua tak pernah layan aku macam orang asing. Dan juga untuk budak CHEMO yang aku kenal sepanjang menyiapkan FYDP ni.


TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!

Sambung Bacaan

Brader Tabligh

Posted In: . By Hazwan

Dan brader Tabligh tadi beredar dari bilik aku. Nama dia Aazim. Budak Phd yang berasal daripada Pakistan. Semangat betul dia. Dah beberapa kali dia datang ajak aku untuk ikut dia pergi berdakwah di kawasan Seri Iskandar. Tapi jawapan yang aku bagi, “Insyaallah, nanti saya fikir kan balik.”

Aku bukan saja-saja menolak ajakan diorang, tapi mak aku ada pesan,”Mu jangang galok gatal nok ikut orang-orang gitu. Gi belajor sapa abih dulu.” Pesanan mak masa mula-mula masuk U dulu aku masih ingat. Aku tahu, mak aku risau kalau aku mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

Mu jangang ikut perangai Adang Adli tu.” Ok, yang ni aku tambah sendiri hahaha. Adam Adli tu takpe, dia anak orang kaya, tak perlu fikir nak tanggung keluarga. Sebab tu dia ada banyak duit nak merantau satu Malaysia dengan idea ‘kuasa Mahasiswa’ beliau. Dia tak ada impian macam aku, nak senangkan kehidupan mak ayah dulu dengan titik peluh sendiri.

Ok, aku dah lari topik.

Sebenarnya masyarakat kita masih ramai yang memandang serong terhadap golongan tabligh ni. Mungkin kerana terdapat kes-kes terpencil mereka yang mengikut golongan tabligh ni sampai mengabaikan pelajaran, berhenti belajar pun ada. Gagal belajar pun ada. Sebab tu mak aku risau kot. Mungkin.

Bagi aku usaha mereka ni patut dipuji walaupun sesetengah mereka ada yang ‘berbau’ sikit haha.

Bila fikir-fikir balik, menarik jugak ajakan brader Pakistan tu. Sebab dakwah tu tanggungjawab semua orang Islam, bukan sesetengah je. Lagi pun dia hanya mintak sehari dalam 30 hari dalam hidup aku untuk aku luangkan masa untuk mengikut mereka. Tahu tak, sehari dalam 30 hari. Takkan tak mampu nak luangkan masa sebanyak tu untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Kan?

Tapi bila cerminkan diri sendiri, aku tau aku tak layak nak berdakwah. Kenapa aku cakap aku tak layak? Sebab aku kenal diri aku ni sape. Akan tetapi yang sebenarnya aku masih tak puas enjoy dalam hidup kat dunia sementara ni. Aku bukan budak alim bro >__<



Sambung Bacaan

Maknga & Cakduh

Posted In: . By Hazwan

'Maknga' atau 'cakduh', kedua-dua perkataan ini merupakan loghat Terengganu yang merujuk kepada sikap lalai dan cuai. Malam dua hari lepas, sifat 'maknga' aku terserlah lagi. Malam tu aku tidur tanpa menutup tingkap, walaupun aku perasaan angin yang bertiup malam tu sejuknya lain macam. Seperti ada tanda-tanda nak hujan.

Tak sampai setengah jam tidur, aku terjaga. Seperti ada percikan air mata mengenai muka. Ingatkan setan mana yang kencing. Aku pandang tingkap, dengan rabun aku dapat melihat tempias hujan masuk ke dalam bilik dengn rancaknya. Lantai bilik mula basah. Dan laptop aku sudah bergenang dengan air mata langit.

Aku bingkas bangun dan cepat-cepat menutup tingkap. Laptop yang tidak ditutup sebelum tidur, aku tutup. Aku lap bahagian keyboard dan skrin, dan juga meja yang basah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku pun sambung tidur.

Keesokannya, laptop tidak menyala bila aku hidupkan suis. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku contact budak UTP yang buat bisnes baiki laptop. Pagi tu jugak aku hantar laptop aku kat dia. Bila aku cerita kisah sebenar, dia cakap peluang untuk laptop aku hidup adalah 50%. Aku terkesima sekejap. Dah la hari tu ada presentation FYDP. Dah la laptop aku sebelum ni dah kena curi. Dah la sistem kewangan aku kucar kacir. Dah la..

****
Selepas abis presentation FYDP, aku menghabiskan masa-masa membaca buku yang aku beli dengan baucer buku hari tu. Sempat jugak aku habiskan membaca buku Zombijaya.  Kemudian aku sambung dengan membaca buku Ustaz Azhar Idrus: Daie Sejuta Ummat. Sempat jugak aku habiskan separuh buku. Best jugak.

Tiba-tiba satu mesej masuk dalam inbox telefon genggam Nokia aku.

'Salam. Laptop kau berjaya diselamatkan,' - satu mesej cukup bermakna yang aku terima hari ni. Dengan cepat aku bergegas ke V3. Budak-budak yang tengoh shooting video entah apa-apa langsung aku tak pedulikan.

Dah dapat laptop, cepat-cepat aku pulang kebilik dan update blog. Kepada bro Hazim, terima kasih kerana tolong aku, walaupun pertolongan itu perlu dibayar haha.

Hari dah nak hujan. Cepat-cepat tutup tingkap ;D
Sambung Bacaan

Serius Penat

Posted In: . By Hazwan


Aku penat sebenarnya melayan kerenah birokrasi yang bertingkat-tingkat, staff-staff yang buat kerja agak lembab, yang datang awal tapi masuk ofis lambat. Serius aku penat dengan benda-benda macam ni. Tak termasuk lagi mereka yang ada telefon tapi malas nak angkat, ada email tapi tak reti nak baca. Kalau dah baca pun belum tentu nak reply walaupun itu tanggungjawab mereka. Kena tunggu aku guna kabel besar dulu baru terhegeh-hegah nak buat kerja. Baru terhegeh-hegeh nak kol aku tanya itu ini itu ini. Aku bukan tuju kepada semua orang, tapi hanya kepada mereka yang berperangai di atas. Tak kira sama ada mereka itu staff UTP atau pun MARA. Serius aku dah penat.

p/s: Sangat beruntung bagi mereka yang tak pernah diuji dengan kesusahan, tapi lagi beruntung bagi mereka yang selalu diuji dengan kesusahan. Semoga kuat!
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...