Hari pertama di tempat kerja, aku mendaftar masuk di bangunan Admin. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku, pada pukul 9 pagi macam tu tekak aku aku menggatal meminta air. Waktu tu orang yang incas untuk orang-orang baru ni pergi ofis sekejap. Mula-mula aku ingat nak tahan dulu dahaga ni, nak tunggu orang tu sampai. Tapi gagal.

Aku pun cari Izwan.

"Wan, camne nak mintak air dalam bahasa Jepun eh? Aku dahaga lah"

"Erm, Mizu Kudasai.."

 "Mizu Kudasai? Ok, bereh.."

 Aku pun keluar mencari seorang makcik yang kerja sebagai cleaner kat situ. Dia sedang mem-vacum satu bilik meeting dihujung bangunan. Aku jenguk kepala perlahan-lahan dan mengetuk pintu.

"Sumimasen. Mizu Kudasai.." aku cuba test power cakap Jepun. Sumimasen ni maksud dia 'maafkan saya'. Makcik tadi terpinga-pinga sambil mematikan alat vacuum dia. aku ulang sekali lagi.

"Sumimasen. Mizu Kudasai.."

Makcik itu tersenyum.

"Ooouuhh. &%#Mizu%*((*^%$@$(^%*%$.." makcik itu menjawab dengan kuat.

Aku tak faham sepatah haram kecuali perkataan Mizu. Mizu ni maksud dia air. Aku cuba mengawal keadaan dengan menjawab 'haitt haitt haitt' setiap kali dia bercakap. 'Haitt' ni maksud dia macam kau faham la kot. Tapi keadaan makin kecoh.


Makcik itu turun ke bawah cepat-cepat. Aku dah mula risau kerana sebenarnya pantry ada kat sebelah aku je ni. Aku tak tahu dia pergi mana. Harun dan Shahril dah mua gelakkan aku.

Tiba-tiba orang yang 'incas' untuk aku tu datang bersama seorang kerani perempuan. Dia bercakap sesuatu yang aku tak faham. Nasib baiK Izwan datang dan menjelaskan semua benda. Rupa-rupanya makcik tu tanya, aku nak minum air apa sebab dia nak tolong buatkan. Memandangkan aku tak faham, dia pun turun bawah bagitau kat orang yang 'incas' untuk budak-budak baru ni. Padahal aku nak air masak je pun. 

Kemudian baru aku tahu, kalau nak air masak, aku boleh minum je air paip je sebab air kat sini memang dah bersih. Air dari gunung Fuji barangkali. Apa-apa pun, pengajarannya kalau tak pandai cakap Jepun jangan nak mengada cakap sikit-sikit. Nanti kalau dia ajak bersembang, ternganga la jawabnya.

 ****

 Hari kedua nak pergi kerja, aku masih belum insaf dengan kejadian semalam. Aku pun tegur seorang pakcik dekat lif.

"Ohayyo" - maksud dia selamat pagi.

 "Ohayyo. &$#@^&*%.."

 Aaa sudah. Aku tak faham lagi. Aku tunduk pandang lantai, buat bodoh. Tutup cerita.