Gambar hiasan

Dalam dunia politik Malaysia ni, ada sejenis golongan yang aku tak suka. Macam mana cara mereka berfikir pun aku tak tahu.

Ada yang menganggap apabila parti mereka menang dalam pilihanraya, seolah-olah negara ini mereka yang punya. Mereka bebas buat apa sahaja tanpa pedulikan undang-undang. Undang-undang kadang-kadang pun dah macam boneka. Rakyat pulak seolah-olah seperti hamba, perlu mengikut kata-kata pemerintah dan tak boleh melawan. Kalau melawan, disuruhnya tukar kerakyatan, pindah ke negara lain. Tak ke bangang namanya? Mereka lupa, pemerintah itu bukan siapa-siapa tanpa rakyat. Mereka lupa, piramid yang tinggi itu takkan kukuh tanpa kekuatan bongkah batu dibawah yang menampung puncak di atas. Mereka lupa, orang atasan MLM takkan kaya tanpa downline mereka di bawah.

Ada jugak sejenis golongan, yang menganggap mereka sahaja yang betul. Orang lain semua salah. Siapa yang tidak berada bersama mereka seolah-olah sangat berdosa. Seolah-olah orang lain tiada pilihan lain kecuali mesti bersama mereka. Hidup mereka setiap hari digunakan untuk menyemai kebencian, bukan kesedaran, bukan kefahaman. Kononnya ingin berdakwah, tapi setiap kata-kata tidak menggunakan akal. Hanya emosi. Mereka lupa, kita hanya boleh membenci perangai makhluk, bukan makhluk itu sendiri. Mereka lupa, manusia tidak layak menentukan sama ada manusia itu akan masuk neraka atau syurga. Mereka lupa, hidayah itu milik Allah. Ia boleh diberi atau ditarik boleh pada bila-bila masa.

Tapi nasib baik masih ada pemimpin politik perangai tak macam pengikut. Ada jugak pilihan. Kalau tak, memang aku duduk rumah la waktu pilihanraya nanti.

Kenapa aku menulis kat sini? Sebab takut ramai yang kecik hati kalau aku tulis kat facebook.