Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Tagged by PeaPah

Posted In: . By Hazwan

Salam.
Kali ni aku ditagged oleh Pea-Pah, junior skolah SIF dan juge kat MRSMKT dlu. Tag ini memerlukan aku memberI kegunaan sebenar barang dibawah dan juga kegunaan lain bg aku, lebih kurang mcm aplikasi atau alternative la. Huh, layan~

ANAK KUNCI
Kegunaan asal- Membuka semua barang yg perlu dibuka dgn kunci
Kegunaan lain- membuang kotoran di celah kuku

PENUTUP PEN
Kegunaan asal-Tutup mata pen, supaya lmbat habis dakwat
Kegunaan lain- Mencucuk pinggang org bila terasa boring dlm class,menggaru telinga yg gatal

BOTOL MINERAL
Kegunaan asal- Isi air
Kegunaan lain-isi duit skeleng, buat tmpat letak pen(zaman skolah dlu)

SELUAR DALAM LAMA
Kegunaan asal- Buang je la..
Kegunaan lain- Digunakan utk mengelap meja.haha

LESUNG BATU
Kegunaan asal- Buat sambal belacan(feveret2)
Kegunaan lain- mengetuk ais atau mengetuk kepala pencuri yg dtng ke rumah

LANGSIR
Kegunaan asal- Menghalang sinaran matahari, mncantikkan rumah..
Kegunaan lain- Tempat menyorok time kecik2 dlu, tmpat lap tangan kot..

KOMPUTER PEJABAT
Kegunaan asal- Untuk buat kerja la..
Kegunaan lain- Main game,chatting, download citer, bla3..

DUIT SYILING
Kegunaan asal- Beli air tin, beli gula-gula,
Kegunaan lain- Entah~

LAMAN BLOG
Kegunaan asal- kongsi maklumat, cari duit…
Kegunaan lain- Mengumpat, mengutuk, bla3

Mangsa seterusnya:
-Amin Baek
-Stopa
-Sharifah Anis
-Emma
-Irda

klau rase rajin,buat la.huhu..
chow
Sambung Bacaan

Salam.
Cuti hujung minggu dah berakhir. Maka esok bermulalah skali lg hari persekolahan di UTP ini. Cuti hujung minggu kali ini sangat menarik bagi penulis. Kenape??

Yg pertamanya, roommate penulis, Aik berjaya mndapat tempat tempat kedua dlm larian Heart for Islam pg td. Jika sblum ini, beliau mndapat tmpat ketiga dlm Climbathon di Bukit Keledang. Walaupun tak trlibat dgn larian trsebut, penulis turut tumpang perasaan bangga,gembira dan juga turut menumpang hadiah hamper yg dimenangi beliau. Syabas kpd beliau. Segala usaha beliau berjoging di Tasik UTP selama berhari-hari adalah tdk sia-sia sama skali. Haha

Yg keduanya, penulis bersama Aik, Radhi, Mirol, Mat Anif, Cekpen, Mikro dan Jakpa telah mnubuhkan team futsal dan telah mnyertai pertandingan futsal di court futsal baru di V5. Team penulis diberi nama “Cik Nor”, sempena nama awek dlm filem Budak Kelantan. Haha. Secara keseluruhannya, pencapaian team penulis tdk lah sangat mngecewakan krn team ini masih lg baru. Team Cik Nor mncatat satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. Ok la tu dr tak menang langsung. Kan??



Mungkin lpas ni, team ini akan mnyertai lg prtandingan futsal di hari mndatang. Setakat ini saja dlu sbb esok penulis ade test Mandarin. Wish me all the best. :p

Zzzz………
Sambung Bacaan

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1:
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!

Peristiwa 2:
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3:
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4:
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!

Peristiwa 5:
Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!

Peristiwa 6:
Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya


SUMBER:Khalifmujahid.Blogspot
Sambung Bacaan

Salam.
Pg smlam penulis bersama roomate, Aik, Mirol dan Qayyum mnyertai climbathon di Bukit Keledang. Pertandingan ini dianjurkan sempena Health, Safety n Environment(HSE) week. Penulis join event ni pun sbb nk bg support kat Aik, salah sorng calon juara. Haha

Pd paginye, semua peserta brkumpul di V2 sblum bertolak ke Bukit Keledang dgn bas UTP. Ni adalh kali pertama Mirol naik bas UTP. Haha. Sedeh je bila aku dgr dia ckp mcm tu. Selepas menunggu di V2 lebih kurang 20 minit, kami bertolak ke Bukit Keledang.



Smpai je di sana, kami kene mndaftar utk mndapatkan nombor. Then, pertandingan pun bermula. Penulis mmg excited giler time start berlari tu. Ye la kn, dh berlatih kat Tasik UTP hampir setiap hari. Tp, baru je 5 minit, penulis dh rasa letih. Yg lain pun mcm tu gk. So, larian brtukar mnjadi berjalan kakian. Haha.

Selepas brhempas pulas brjalan selama berpuluh minit, akhirnya penulis smpai jgk kat atas tu. Then, penulis dpt tahu yg roommate penulis, Aik mndapat no 3. Tahniah utk beliau. Bg kategori perempuan, bdak course penulis, Yuyue, Syu dan Wanie mndapat tmpat pertama, kedua dan keenam. Tahniah jgk utk mereka.




Tp, penulis kalah dgn bersebab. Sbnrnye penulis brhenti sekejap kat tandas kat prtengahan larian tu. Kalau tak, mgkin dapat top 8.(koya)

Selepas semua dh smpai, tiba lah mase utk menuruni bukit. Selepas mnconteng name kat batu kat tepi bukit(penulis x buat), kitorg pun turun. Kat pertengahan jalan, kitorng melalui jalan yg mmpunyai tangga. Selepas berjalan lebeh kurang 10 minit, akhirnye, rupa2 nya kami trsilap jln kot. Kami smpai kat kawasan perumahan org, agak jauh dr tmpat memulakan larian td.

Tp kami teruskan perjalanan smbil melalui kawasan perumahan tu. Tb2, Aik brkata,”Bayangkantime kita letih mcm ni, ada anjing dtng mngejar”. Habis je dia ckp mcm tu, anjing kat rumah brhampiran terus mnyalak dgn kuat. Kitorng pun terus brlari sekuat hati. Sbb takut dikejar anjing. Tp, sbnrnye anjing tu terikat kat rumah tu. Fuhh, nasib baik.

Kami pun mneruskan perjalanan. Dan skali lg kami mndengar salakan anjing. Dah la bnyak, nasib baik anjing2 tu ada dlm kawasan rumah. Tp kami tetap risau, so skali lg kami berlari sbb takut dikejar anjing.haha.

Tak lame slpas tu, kami pun smpai kat tmpat register td. Tnpa mmbuang masa, kami teru mngambil nasi lemak dan sebotol air mineral dan terus makan beramai2 kat bawak pokok tepi jalan. Selepas selesai semuanya, kami pun balik ke UTP dgn perasaan letih.




Bg penulis, pertandingan ni sangat best. Walaupun aku tak menang, tp dpt mnghilangkan stress duk kat UTP ni.lg pun, ni 1st time aku mnjejakkan kaki kat Bukit Keledang ni. Sangat cantik bg aku. Tahniah kat commitee HSE week.:)

p/s:to Irda,aku amik gambar kat atas tnpa kebenaran ko.halalkan ek??hehe
p/s:thanx to Faiz krn sudi mminjamkan kamera beliau :)
Sambung Bacaan

Busy ke??

Posted In: . By Hazwan

Akhirnya, berakhir hari Jumaat bg minggu ni. Maknanya esok cuti la. Minggu ni merupakan minggu yg agak busy bg penulis. Walaupun kerja tak bnyak tp masih rasa sibuk. Tak tau la knp, mungkin tak cukup rehat atau tak cukup bermain.

Semua ni berlaku angkara cuti hari Isnin lpas. Terpaksa la buat replacement class. Bila buat replacement class, maka jadual brtmbah padat. Knp la lecturer buat replacement class. Kalau tak buat, diorang boleh rilex, stdent pun boleh rilex. Kan3??

Minggu ni juga penulis mula masuk dlm lab iaitu, iaitu semalam bersamaan hari Khamis. Bg sem ni, penulis mndapat lab partner yg baru iaitu Syazwan Onn, Faidah dan Suhaida. Bg eksperiment pertama, tajuknye ialah Azeotropic Distillation. Penulis pun tak tau sngat pasal experiment tu. Penulis hanya follow je ape yg disuruh oleh lab demonstrator.




Ini kali pertama penulis mnjalankan experiment slama 5 jam lebih. Sebelum ni ni tak smpai 3 jam pun. Fuhh, letih nk mampus. Bkn letih buat kerja pun tp letih nk mnunggu mase nk collect data. Akhirnya penulis meminjam hanset Kacang dan mula mngambil gmbar2 disekitar lab.




Sebenarnya penulis baru je pulang dr Forum Perdana yg bertajuk “Kemanakah Arah Cintaku”. Forum ni mmbicarakan tntang cinta dlm kalangan mahasisiwa dan mahasisiwi sekarang. Ape yg penulis dpt simpulkan, tak payah la nk brcouple. Nanti smpai masa kahwin la. Haha.

Sebenarnya, penulis tak dpt nk mngulas pnjang ttg forum ni sbb penulis trlibat dgn larian mmanjat bukit di Bukit Keledang esok. So, kna tidor awal sket. Kalau nk tau lebih lanjut pasal forum tu, bacelah kat blog2 lain. Haha.Choww...
Sambung Bacaan

Salam Takziah di atas pemergian seorang pelajar UTP yang lemas di air terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak semalam. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tambun di perkampungan datuk beliau. Menurut keterangan yang diperoleh, mangsa lemas bersama seorang lagi kawan beliau yang juga merupakan pelajar UTP, namun berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang sedang membuat kerja-kerja pengukuran di kawasan tersebut. Akan tetapi ketika lelaki tersebut yang cuba menyelamatkan mangsa, lelaki itu turut lemas bersama-sama mangsa kerana ditarik pusaran air yang deras.

Diharapkan kepada semua pelajar UTP agar dapat menjaga diri masing-msing dan tidak pergi ke kawasan-kawasan air terjun untuk beriadah kerana tidak selamat memandangkan sekarang ini musim hujan. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga mangsa, bolehla berbuat demikian di café-café berdekatan. Semoga sumbangan kita sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mangsa dan insyaAllah diterima oleh Allah. Semoga roh beliau ditempatan bersama orang-orang yang soleh.. amin…

Name: Norshida bt Adnan

Metric No: 6956

Course: Civil Engineering

Year/Sem: Final year, final sem


Sumber:NurFieraBlogspot
Sambung Bacaan

Erti Politik

Posted In: . By Hazwan

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana tidak faham, dia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif lalu memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Dia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Kerana tidak ingin membangunkannya, dia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, dia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya dia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa dia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, dia menyiapkan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.
Sambung Bacaan

Hari tu, penulis menerima satu komen berbaur pujian,”Best sial blog ko”. Bila terbaca ayat ni saja sudah cukup mmbuatkan penulis gembira dan terharu krn ada jgk org yg mnghargai blog ni. Walaupun penulis tak tau apakah motif sebenar beliau berkata begitu, namun itu sudah cukup mmbuatkan penulis merasa bongkak dan takbur lantas menerbitkan satu semangat bg penulis utk terus menulis dlm blog ni.

Namun, agak malang skit bg penulis krn laptop kesayangan penulis mengalami sedikit permasalahan dan trpaksa dihantar ke kedai utk proses pembaikpulihan. Mmg sedih krn penulis terpaksa mghentikan segala aktiviti mengePES, berCS dan juga berBlogging yg selama ini perupakan menu harian penulis yg sukar ditinggalkan. So, mungkin lpas ni penulis akan jarang mengupdate blog ni dan mengurangkan aktiviti mengComent blog org lain. huhu

Btw, trimas kpd Sharir krn sudi mminjamkan laptop beliau kpd penulis. Jasamu dikenang…Chow..
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...