Hari tu, aku pergi jalan-jalan dekat Tokyo. Lebih spesifik, di Akihabara. Aku berhenti depan satu gerai yang jual kamera berjenama tepi jalan. Barang ori beb, bukan tiruan. Memandangkan aku tidak berminat, aku hanya melepak jauh-jauh ketika kawan yang lain shopping barang kamera yang murah tu.

"Assalamualaikum! Orang Malaysia ke?" - ada seorang brader berbadan sedikit gempal dan berkumis datang menegur. Kat sebelahnya ada seorang lagi brader berkumis tapi kurus sikit. Macam pengacara rancangan Semanis Kurma muka dia.

Semestinya, bila berada ditempat orang dan terserempak dengan orang yang sama negara dengan kita, perasaan eksaited tu akan jadi lain macam. Rancak jugak kitorang berborak. Tengah berborak, aku terkeluar satu ayat.

"Eh, kau kerja kat mana bro?" - aku tanya. Sedikit janggal sebab aku rasa macam tak sesuai je cakap guna 'aku kau' dengan brader ni. Tak tahu kenapa tapi aku rasa janggal. Tapi brader tu dengan tenang menjawab.


"Oh, kitorang ni pekerja kerajaan. Ada yang jadi cikgu, kerja dekat jabatan kerajaan, macam-macam lah.." - jawab brader tu ringkas. Selepas beberapa lama berborak, brader tadi keluar berjalan-jalan ke tempat lain.

Sebelum berpisah, dia menghulurkan bisnes card beliau. Aku nak hulur tak jugak tapi tak bawak. Tertinggal nun jauh di Malaysia. Selepas brader tadi pergi, aku membelek-belek kad beliau.

"Managing Director?" - terkejut aku bila baca. Ingatkan dia ni kerja cikgu biasa-biasa je. Rupa-rupanya orang power-power jugak. Tiba-tiba rasa malu. Rasa nak je terjun masuk longkang kat tepi-tepi tu, kalau ada.

Dalam hati aku berharap, supaya tak terserempak dengan brader tu lagi. Kalau jumpa, mesti perasaan janggal tu akan bertambah janggal.

Pengajaran daripada cerita ni adalah, herm. Takde idea.