Tahun 1997
Penggal persekolah yang baru bermula lagi. Kali ini aku telah dimasukkan ke kelas paling depan dalam darjah iaitu 2 Taqwa selepas merangkul tempat ketiga dalam peperiksaan akhir tahun kelas 1 Yakin. 2 Taqwa ni terletak berhampiran dengan tandas dan bersebelahan dengan kelas paling belakang dalam darjah. Dan seperti tahun sebelumnya, Rostam; yang kurus kering dengan imej bersongkok; terus mendominasi kedudukan sebagai ketua darjah.
Berada dalam kelas baru, maknanya makin ramai kawan baru yang aku dapat. Dalam ramai-ramai tu, aku terpandang seorang budak perempuan. Mukanya comel, sedikit kurus, rambut dipotong atas bahu dan kadang-kadang diikat dengan getah (nampak macam getah yang ikat makanan). Bermula dari pandang-pandang, jelling-jeling, akhirnya aku tertarik kepada dia. Maka, bermula lah episod malu-malu kucing kah3
Waktu darjah dua dulu, kedudukan meja selalu berubah-ubah. Dan suatu hari aku ditakdirkan duduk berhadapan dengan dia. Waktu tu duduk asyik pandang bawah je. Nak angkat muka pun malu. Aku pun mula mengenali dia melalui pandangan, bukan percakapan. Nak tegur tapi lidah jadi kelu. Kadang-kadang dia ada tegur tapi aku tak dapat jawab. Bukan sombong tapi entah la, mulut tiba-tiba jadi berat. Dalam hati tak tahu la nak cakap macam mana.
Pada suatu hari, akhirnya aku berjaya menegur dia. Tu pun sebab nak pinjam pensil color haha.
Tapi biasalah, nak bercinta ni banyak dugaannya. Cewah. Cubaan aku untuk mengorat dia mendapat persaingan sengit daripada Rostam. Dia yang agak agresif (tak tahu malu) awal-awal lagi telah mengisytiharkan bahawa dia suka kepada budak perempuan pujaan hati aku pada masa tu. Satu kelas dah tahu. Tapi si dia buat relek je. Aku jadi geram. Bila mendengar usik-usikan rakan-rakan sedarjah tentang si dia dan Rostam, aku menjadi semakin geram.
Tapi nak buat macam mana. Aku ni dah la hodoh, gemuk. Tak macam Rostam, kurus dan bersongkok. Nampak alim je. Lagi pun si dia tu comel, sesuai ke dengan aku? Kah3
Pada suatu hari, ada satu pertandingan untuk budak perempuan kategori bawah 9 tahun. Kalau tak silap aku, tu pertandingan ratu cantik. Dan si dia telah terpilih mewakili kelas. Pada hari pertandingan, dia pakai baju warna merah. Sangat comel tapi satu je yang aku tak suka, dia pakai mekap. Ish, tak suka lah. Namun aku tetap sokong dari jauh dan akhirnya dia menang hehehe =)

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Selepas peperiksaan akhir tahun (kalau tak silap), dia meninggalkan aku dan rakan-rakan lain untuk berpindah mengikuti keluarganya.  Aku tak pasti sama ada aku sedih atau tak pada masa tu haha. Maka berakhirlah kisah cinta monyet aku pada hari itu =(
****
Tahun 2011
Entah macam mana, suatu hari hati aku tergerak untuk mencari facebook dia. Dengan sekali taip (aku ingat lagi kot nama penuh dia), terus jumpa. Perghh, hebat tak? Nampaknya dia dah habis belajar dan masih comel seperti dulu hehe. Tapi aku tak ada niat nak mengorat pun. Aku pun tengok kat mutual friend. Ces, awal-awal lagi Rostam dah add dia! Dia ni selalu cepat dari aku. >__<
Agak-agak korang la, apa akan jadi kalau dia baca entri ni?

p/s: Please LIKE after read hihi