Hari demi hari, seluar aku makin ketat. Tak tahu kenapa, mungkin expired date seluar tu dah dekat. Bila seluar makin ketat, adalah kurang selesa jika aku meletakkan wallet dan telefon dalam poket seluar. Seluar pun jadi makin ketat. Tak sesuai untuk kesuburan, menurut beberapa pendapat.

Jadi aku terpaksa membuat keputusan untuk membeli sebuah beg kecik, yang biasa digunakan oleh penjual ikan dan sayur yang pergi berniaga menggunakan motor. Aku pun pergi ke bandar Kuantan bersama seorang kawan.

Di bandar Kuantan, aku singgah di sebuah kawasan menjual barang-barang siam berhampiran UTC. Selepas singgah di beberapa kedai, aku masuk ke sebuah kedai yang dijaga oleh seorang makwe muka ketat berminyak. Sedang aku membelek beg yang ada, kawan aku menegur.

“Weh, ada awek kat belakang tu..”

Aku pandang sekejap. Tak nampak muka. Jadi aku sambung belek-belek beg yang tergantung kat kedai tadi. Akhirnya aku berkenan kat dua bijik beg, satu kaler hitam dan satu lagi kaler hijau gelap. Aku tanya kawan aku, mintak pendapat.

“Yang mana lagi okey? Yang hitam ke yang kaler hijau ni?” – tanya aku sambil angkat beg kecik tadi ke paras pusat.

“Yang hitam tu body dia mantap sikit. Tapi yang hijau muka dia lawa..” balas kawan aku spontan.

Aku blur, aku pandang belakang. Ciss, rupa-rupanya makwe kat belakang tu pakai baju hitam dan hijau.

“Woi, aku tanya pasal beg la bodohh!!! Kahkahkah”

Kawan aku pun gelak sama. Malu.