Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

macam terseksa je baby ni haha

Seminggu lagi masa yang perlu aku tunggu untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian di UTP. Tapi perasaan aku mungkin tak macam orang lain. Ramai yang bersedih kerana akan berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan. Tapi aku rasa biasa-biasa, kerana perasaan sedih tu aku dah tempuh dua semester yang lalu.

Sebenarnya aku baru sampai ke UTP pagi tadi, selepas 2 minggu beraya di rumah. Di saat pelajar UTP yang lain sudah pun memulakan final exam mereka, hosmet-hosmet sedang bertungkus-lumus untuk study, aku masih rilek-rilek. Lagi pun sem ni aku ada satu subjek je. So, stay calm and Oppa Gangnam Style keh3

Hari tu masa duduk kat rumah banyak kali jugak aku try nak update blog, nak cerita-cerita pasal raya, upload gambar raya sikit-sikit. Tapi baru tulis sikit, aku tiba-tiba hilang modal nak menulis. Kadang-kadang bila nak menulis, si comel aku datang nak tengok video ABC kat youtube. Terpaksa lah aku layan. Kalau tak layan mengamuk pulak. Dah la bekeng tak patut.

Sambung Bacaan


Sedang aku kusyuk scroll timeline Twitter, aku terperasan sesuatu. Ada orang tulis, ‘Salam 25 Ramadhan’. Terkejut jugak sebenarnya. Pejam celik pejam celik, makan kurma makan kurma, dah hampir ke penghujung rupanya Ramadhan kali.

Aku cuba renung balik, apa perubahan yang aku buat untuk kali ini. Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, memang Ramadhan tahun ni agak menggembirakan sikit. Yela, tahun lepas dah la bertongkat. Bukak puasa sorang-sorang dalam bilik. Syahdu bro, kadang-kadang basah sikit kelopak mata.

Tapi kalau untuk tengok peningkatan dari amal ibadat, macam takda apa-apa pun. Memang aku makin rajin pergi surau. Tu pun sebab boleh berbuka free kat sana. Kalau tak, memang kat bilik je lah jawabnya.

Dan Ramadhan kali ni, aku rasa rezeki aku sangat murah. Hampir setiap hari aku dapat berbuka puasa secara percuma, kadang-kadang ada orang belanja, dan ada beberapa lagi yang aku taknak cerita. Rezeki keluarga dan kawan-kawan barangkali. Aku segan nak cerita, takut jadi riak hik3 

Untuk raya tahun ni, aku tak beli apa-apa pun. Baju Melayu pun aku recycle yang tahun lepas. Dan baju tahun lepas pun aku recycle yang dua tahun lepas. Nampak tak kat situ? Recycleception. Untung jugak jadi lelaki ni, tak payah fikir sangat pasal nak pakai baju apa. Bukan ada orang peduli pun. Tak macam perempuan, dua tiga bulan sebelum puasa dah sibuk tempah baju. Dah la berpasang-pasang. Tak termasuk baju dan seluar lagi. Kadang-kadang aku terfikir jugak, diorang tak risau ke yang saiz badan mereka akan berubah lepas ni? O_o

Untuk baju yang lain, aku tak beli jugak. Harap-harap bila sampai rumah nanti, abang dan kakak aku akan hulur baju baru sehelai dua. Aku bukan malas, bukan kedekut, tapi memang tak reti nak beli baju-baju ni. Lagi pun susah sket nak pergi shopping baju sekarang. Kalau ada isteri lain cerita la. Mesti tiap-tiap tahun kena pakai baju warna sedondon. Dan duit sang suami mengair laju seperti coklat dicurahkan ke ladang gandum. Hurm

Insyaallah esok, aku akan bertolak pulang ke kampung dengan menaiki bas Kesatuan. Doakan perjalanan aku dan penumpang yang lain selamat yer.

Balik kampung!! Wo wo wo balik kampung!
Sambung Bacaan

Nikmat Bau

Posted In: , . By Hazwan


“Allahuakhbar..”

Imam sujud. Aku dan jemaah lain yang solat Jumaat pun turut sujud sekali. ‘Peh, busuk pulak bau lantai hari ni!’ – aku berbisik dalam hati. (kantoi solat tak kusyuk haha)

Selepas empat kali sujud, selepas imam memberi salam, selepas imam membaca doa, aku duduk termenung sambil memerhatikan jemaah yang bergerak keluar dari masjid. Ada yang aku kenal, ada yang aku tak kenal. Yang tak pernah nampak tu memang ramai.

Entah macam mana, tiba-tiba sesuatu terdetik dalam hati. Dan aku mula sedar, aku sepatutnya bersyukur kerana dapat menghidu bau lantai yang busuk tadi tu. Sekurang-kurangnya, deria bau aku masih ada. Cuba bayangkan kalau tuhan tarik deria bau ni, nak bau makanan yang sedap-sedap pun tak dapat.

Kalau kucing berak belakang katil pun komfem tak sedar kerana dah takleh bau. Cuba bayangkan, sedang aku menarik nafas dalam-dalam, tiba-tiba rumet kentut busuk tanpa aku dapat kesan. Tak ke bahaya tu. Sila-silap boleh pengsan sebab gas kentut banyak dalam paru-paru.

Jadi kepada kawan-kawan semua, belajarlah untuk bersyukur dengan segala apa yang kamu ada. Jangan banyak komplen dengan nikmat yang Dia berikan. Kerana Dia maha adil, semua yang diberikan olehnya adalah sama rata kepada manusia. Terpulang kepada kamu nak sedar atau tidak je.

Tiba-tiba aku rasa konklusi kat atas ni macam takde kaitan dengan isi yang aku tulis. Ke ada? Abaikan.



Sambung Bacaan

Lee Chong Wei || Olimpik 2012

Posted In: , . By Hazwan


Kira-kira empat tahun yang lepas, aku duduk tercongok di kafe V4 bersama beberapa kerat rakyat Malaysia yang lain untuk menonton perlawanan akhir badminton sukan Olimpik. Dan keputusannya sangat mengecewakan bila Lee Chong Wei dengan mudah ditewaskan oleh Lin Dan. Aku ni bukan jenis manusia yang tidak dapat menerima kekalahan, tapi kalau boleh biarlah kalah dengan melawan. Bukan kalah dengan mudah.

Dan bila Lee Chong Wei menyuarakan keinginan untuk menebus kekecewaan di sukan Olimpik 2012, aku tersenyum sinis. Aku fikir, mungkin tahun 2012 Lee Chong Wei bukan lagi pemain nombor satu Malaysia. Mungkin Malaysia sudah ada jaguh lain yang boleh diharapkan. Dan Lee Chong Wei hanya pemain veteran yang menunggu masa untuk bersara.

Namun tekaan aku silap. Lee Chong Wei kembali lagi ke pentas Olimpik 2012 dengan semangat yang luar biasa dan juga bersama gelaran yang baru, iaitu Datuk Lee Chong Wei. Walaupun baru pulih daripada kecederaan, persembahan Datuk LCW sungguh meyakinkan. Dan seluruh rakyat Malaysia bergantung harap kepadanya untuk meraih pingat emas pertama Malaysia di sukan Olimpik dan seterusnya menikmati ais krim Baskin Robin.

Sambung Bacaan

Persimpangan Dilema

Posted In: . By Hazwan


Kawan aku cakap, umur macam aku ni dikira sebagai ‘peak-time’ dalam membuat keputusan. Kerana dalam umur macam ni, banyak keputusan yang perlu diambil yang aku rasa pasti mempengaruhi keseluruhan hidup selepas ni.

Dalam keadaan macam ni, diri akan diselubungi dilema. Seolah-olah diri berada di satu persimpangan jalan yang ada banyak cabang. Takut tersilap pilih cabang, akan menyesal sepanjang hayat.

Hidup sebenarnya ada banyak peluang, ada banyak pilihan. Terpulang kepada kita untuk membuat keputusan walaupun bukan selalu kita diberikan pilihan. Kadang-kadang tak ada langsung. Tapi apabila ada banyak pilihan, aku rasa nak kejar semua. Tapi bila fikir-fikir balik, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Tapi aku rasa aku dah buat pilihan. Walaupun pilihan dia hanya ada dua; terima atau tolak. Apa nak jadi, jadi lah. Lagi pun aku ni bukan jenis manusia yang suka menyesal lama-lama.

Oh ye, aku bukan cakap pasal nak memilih calon bini.
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...