Aku baru sahaja selesai menonton filem Juvana The Movie di pawagam East Coast Mall. Pada pandangan aku, filem boleh dikatakan antara filem Melayu yang terbaik. Kawan aku yang tak follow drama Juvana pun puji filem ini.

Bagi aku, filem ini lengkap dengan semua benda. Ada sweet-sweet, ada pahit, ada sedih, ada tangis, ada gembira, ada friendship, ada musuh, ada kekeluargaan dan sedikit keinsafan.

Kata seorang kawan, sebelum ini filem Melayu banyak menyogokkan unsur-unsur ganas, pergaduhan dan aksi-aksi bodoh yang kononnya ingin mendidik masyarakat. Padahal unsur-unsur itu lah yang yang banyak mempengaruhi penonton untuk terikut-ikut dengan unsur negatif dalam filem tersebut.

Tapi tidak pada Juvana. Bila kau tengok cerita macam ni, kau akan rasa takut nak buat jahat, risau kalau-kalau dihantar ke tempat yang ramai yang berperangai macam Lan Todak. Aku harap budak-budak sekolah akan fikir macam apa yang kawan fikir.

Sekadar mengutip satu tweet di Twitter

"I felt like i watch a combination of Twilight and Saving Private Ryan. Congratulations JUVANA!" (Zarul Ikmal, Sinar Harian, 2013)

Kekurangan filem ini? Bagi aku, untuk babak gaduh-gaduh ni cameraman dia kurang kreatif. Tapi untuk babak romantik, cantekk!

p/s: Tahukah anda, dalam filem Juvana ini ada sedikit kaitan dengan filem Nur Kasih. Cuba cari kalau pandai :P


lepas baca tekan like pliss ;)