Salam.

Hari ni, aku ‘mengulor’ dari tempat kerja ke Kuantan untuk menyiapkan passport dan juga menukar kad pengenalan. Destinasi yang aku tuju adalah UTC. Jadi UTC ni apa sebenarnya?

UTC sebenarnya merujuk kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Fungsinya adalah mengumpulkan pusat perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu bangunan.

Jadi kelebihannya kita hanya perlu pergi ke satu tempat untuk menyiapkan pelbagai urusan. Tak perlu lagi kita bersusah payah pergi kehulu kehilir untuk menyiapkan pelbagai urusan. Jadi tak pening sangat nak cari tempat parking kereta kalau tempat tu memang payah nak parking. Dan juga tak perlu mengharungi ‘traffic jam’ jika jarak antara destinasi yang hendak dituju agak jauh dan sesak.

Berdasarkan apa yang aku google, UTC ni dibuka awal pagi dan ditutup pada pukul 10 malam. Namun waktu dibuka bergantung kepada tempat. UTC sekarang hanya ada empat, iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Melaka, Ipoh dan yang terbaru di Kuantan. Untuk tempat lain tiada info lagi.

Jadi pagi tadi, aku sampai disana dalam pukul 11 pagi. Dan yang menakjubkan, aku berjaya membuat passport dan membuat kad pengenalan hanya dalam setengah jam. Tapi aku terpaksa menunggu sejam sebelum passport aku disiapkan. Itu dikira normal kan?

 Tapi yang kurang normal adalah aku hanya menunggu sehari untuk IC aku disiapkan. Terkejut, ingatkan masih seperti zaman aku buat IC 10 tahun dulu dimana aku terpaksa tunggu masa sebulan sebelum IC itu siap. Pehh, power!

Melihat UTC di Kuantan ni, aku tertunggu-tunggu bila agaknya UTC di Terengganu akan dibuat. Mungkin boleh meniru UTC di Kuantan dengan membina stesen bas yang baru di kawasan yang kurang padat dan meng’upgrade’ stesen bas lama kepada UTC. Bagi aku UTC ini sangat memudahkan rakyat Malaysia dan juga dapat membuka banyak peluang kerja baru.

Untuk senarai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang ada di UTC ini, mungkin boleh rujuk di laman web UTC [klik] yang tak ber’update’ ini atau dengan cara lain, rujuk dekat laman web Wikipedia [klik].

Untuk yang malas membaca, boleh tengok video ini. Selamat menonton!