Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

RMO Day 5

Posted In: . By Hazwan

Semalam sebelum tidur aku cerita kat wife. Aku rasa macam kekok bila menulis. Feel dia tak macam dulu-dulu.

Wife balas balik. "Orang tua memang macam tu pun. Jarang orang tua tulis panjang-panjang pasal personal life hidup dia.."

Err ada betulnya walaupun pahit nak menelan perkataan tua tu. Setiap kali menulis pasti ada terlintas dalam hati, "Eh kenapa aku tulis benda ni.."

Hahaha.

Ok. Hari ni merupakan hari ke lima Perintah Kawalan Pergerakan atau nama omputihnya Restricted Movement Order. Tadi waktu pergi kerja aku berharap sangat kena tahan dengan polis atau askar. Mana la tau kalau-kalau diorang suruh aku patah balik dan berehat kat rumah. Dapat cuti free kan?

Tapi begitu lah. Aku pergi kerja dengan perasaan hampa.
Sambung Bacaan

2020

Posted In: . By Hazwan

Assalamualaikum.

Agak lama jari ini tidak menari di atas papan kekunci untuk menulis. Agak kekok rasanya untuk menulis disini memandangkan hari-hari lain kebiasaanya dihabiskan dengan Facebook, Twitter dan Instagram. Bila direnung balik, hampir dua tahun aku tidak menulis di sini. Itu pun jarang-jarang.

Dalam masa hampir dua tahun ni, banyak perkara yang berubah. Dan semestinya status aku sebagai jejaka bujang telah bertukar kepada suami orang. Alhamdulillah, aku sudah pun bergelar suami kepada seorang gadis yang berasal dari Utara. Aku malas nak cerita panjang hal ni haha.

Sekarang kita semua sudah pun berada di tahun 2020. Tahun yang pada waktu kita kecil dahulu, selalu impikan kita akan berada di kemuncak kemajuan. Kereta terbang sini sana, semua orang hidup dengan gaya moden dan bermacam lagi angan-angan yang kita pernah lakarkan pada kertas lukisan waktu tadika dahulu.

Tapi separuh sahaja angan-angan kita menjadi kenyataan. Mesti dua puluh tahun lepas kita tidak terfikir apa yang kita tengah lalui sekarang ni. Yep, aku pun tak sangka sekarang ni Malaysia berada dalam keadaan hampir darurat.

Entah bagaimana virus COVID-19 yang dua tiga bulan lepas kita hanya pandang sebelah mata, hari ini menjadi ancaman dalam kehidupan seharian kita. Kerajaan sudah pun mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan dimana rakyat diminta tinggal di rumah dan mengehadkan pergerakan.

Tak sangka kan? Begini rupanya kehidupan tahun 2020.

Tapi, walaupun perintah kawalan pergerakan sudah dikeluarkan, aku masih dikehendaki untuk datang bekerja kerana kilang beroperasi selama 24 jam. Sebab tu lah sekarang ni aku rasa hidup selalu terancam. Risau jugak takut dijangkiti virus dan juga terbawak balik virus tu kepada isteri kat rumah. Habis lah macam tu.

Ok, cukup sampai sini. Perlu tidur awal kerana esok kerja! Doakan aku selamat dan dijauhkan dari wabak COVID-19 ini.

Nota kaki: Macam skema pun ada penulisan aku sekarang ni kahkahkah



Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...