Aku dan seorang enginneer cina menuju ke sebuah kedai nasi beriani di kawasan berdekatan Semambu dengan menggunakan sebuah kereta. Banyak topik yang aku bincang. Antara topik yang aku kami bincang; Arak.

Aku: Soon, kau minum arak tak?

Soon: Minum, tapi tak banyak la.

Aku: Macam mana rasa dia? Sakit tak tekak kalau minum?

Soon: Haha. Kenapa you tanya macam tu? Ok je.

Aku: Aku mana boleh minum. Sebab tu tanya macam mana rasa dia. Sebelum ni kawan aku cakap, minum arak tekak dia rasa pedih sikit.

Soon: Ooo. Masa I kat company lama I dulu, ramai jugak kawan I yang melayu minum arak. Senior universiti you pun ramai. Diorang minum sejak zaman universiti lagi.

Aku terdiam. Tak tahu nak eksplain macam mana. Buat 'poker face' saja lah.

****

Beberapa hari lepas, berita Ustaz Azhar Idrus berkahwin untuk kali ketiga menjadi bualan ramai. Ada yang menentang, ada yang menyindir dan ada yang menyokong. Masing-masing sibuk mengeluarkan hujah sendiri.

Suatu hari di dalam ofis

"Akak tak setuju orang lelaki yang nak poligami tapi berkahwin dengan anak dara. Sepatutnya kahwin la dengan janda ke. Macam nabi.." kata seorang kerani perempuan.

"Alaa, dah rezeki dia. Memang dah dah jodoh, nak buat macam mana.." balas bos aku, seorang Islam.

"Bagi akak, orang yang berpoligami dan kahwin dengan anak dara ni, diorang kahwin kerana nafsu.." - balas akak tadi, mungkin tanda protes terhadap isu Ustaz Azhar.

"Tapi, kahwin banyak halal kan?" tanya seorang engineer cina, yang dari tadi hanya mendengar perbualan yang berlaku didepan meja beliau.

Akak tadi terdiam. Aku gelak berdekah-dekah dalam hati, sambil bermain microsoft Visio.