Satu tajuk berita dalam surat khabar Sinar Harian hari ini amat menarik perhatian aku. “Menipu Demi Seks”, itu tajuk yang amat menarik perhatian.

Memang agak terkejut bila baca berita ni. Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, menipu ibu bapa untuk keluar dari rumah dan melayan nafsu lapan lelaki lain yang sedia menunggu di surau. Yer, di surau. Dan lebih mengejutkan, budak-budak lelaki tersebut baru berusia antara 12 hingga 14 tahun.

Serius aku terkejut, lebih-lebih lagi melihat umur budak-budak ni. Siapa yang nak disalahkan dalam hal ni? Apa yang aku baca, mak ayah perempuan ini sudah bercerai dan ibunya sudah pulang ke Indonesia. Dan budak-budak yang dah pandai tentang seks di usia muda ni, siapa yang patut dipersalahkan?

Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan. Macam ni cerita nya.

Aku ada seorang kawan. Aku tak pasti dia ni seorang yang suka mengkaji manusia atau seorang phedo. Tapi satu hari, dia keluar bersama seorang perempuan yang jauh lebih muda. Berusia 15 tahun dan sudah lama tidak bersekolah. Dia cakap, dia keluar dengan budak tu sebab nak mengenali golongan yang dipandang serong masyarakat.

Aku tengok gambar budak perempuan tu dalam henfon beliau. Muka masih keanak-anakan tapi gedik bila berposing. Aku tanya, “Budak ni dah ‘kena’ ke?”

Biasanya perkataan ‘kena’ orang dewasa semua faham. Kawan aku jawab dah. Aku jadi tertarik nak mengetahui lebih lanjut. Akhirnya kawan aku pun cerita apa yang budak perempuan tu cerita kepada beliau.

Budak tu sebenarnya sudah terlanjur ketika berusia 12 tahun. Itu pun selepas dipaksa oleh teman lelakinya yang berusia 20 tahun pada waktu tu. Dan perkara ini aku kategorikan sebagai kes rogol kerana perempuan itu dipaksa.

Selepas itu budak perempuan tidak lagi menjaga diri. Buat apa nak jaga kalau dah takde dara, mungkin itu yang difikirkan budak tersebut. Kalau ada mat rempit inginkan dia, dia akan bagi macam tu saja. Dah banyak kali tukar boyfriend, dah semuanya hanya inginkan seks. Dia tak kisah diperlakukan seperti sampah.

Bila aku selidik lagi, rupa-rupanya perempuan tu sudah kehilangan ibunya. Bapak pulak jarang ada kat rumah. Dalam seminggu hanya jumpa beberapa kali. Nampak tak persamaan cerita kawan aku ni dengan dalam surat khabar tu?

Apa yang aku faham, masalah sosial yang melanda sekarang bermula dari rumah. Mungkin kerana masalah keluarga, terabai atau kurang kasih sayang dan didikan agama. Dan yang patut bertanggungjawab dalam hal ni adalah ibu bapa, bukannya cikgu di sekolah.

Aku tau aku belum layak layak untuk mengkritik ibu bapa yang mengabaikan anak-anak kerana aku sendiri masih bujang. Tapi bila budak-budak bermasalah ini muncul, ia akan mewujudkan satu golongan bermasalah dan akan memberi masalah kepada golongan yang tidak bermasalah satu hari nanti. Nampak tak masalah dia?

Aku bukan apa, aku cuma risau memikirkan nasib generasi masa hadapan terutama perempuan. Contoh anak-anak saudara aku yang masih kecil. Entah bagaimana keadaan kat Malaysia bila mereka dah dewasa nanti. Masih aman ke tidak?

Dan bagaimana mereka akan membina kehidupan di masa hadapan jika keadaan di masa kini kian parah. Masalah ini kita tak nampak, tapi ia sudah jadi barah. Membunuh senyap-senyap.

****

Aku pesan kat kawan aku, jangan gatal nak ajak budak tu buat benda bukan-bukan. Kang tak pasal-pasal kena tangkap basah, terpaksa kahwin dengan dengan orang macam tu.