Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....



CARA PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD

Ramai sebenarnya yang sudah mendaftar akaun Public Gold namun masih keliru dengan pembagai cara membeli emas dengan Public Gold. Disini ada sedikit ringkasan untuk cara membeli emas.

Secara ringkasnya:


1️⃣ OUTRIGHT (FULLPAYMENT)

• Sesuai jika ada bajet sekurang-kurangnya RM 1000

• Boleh mula dengan 1 dinar (4.25g) full payment


2️⃣ OUTRIGHT (SEPP)

• Sesuai jika ada bajet bulanan sekitar RM 200

• Boleh mula dengan 1 dinar (4.25g) bayar 6x selama 6 bulan


3️⃣ AKAUN EMAS GAP

• Sesuai jika tak suka terikat dengan komitmen

• Bajet kecil hingga bajet besar pun boleh.

• Boleh mulakan serendah RM100.

• Tiada upah simpan dan tiada had simpanan

• Boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri


4️⃣ GAP AUTODEBIT (TERBARU)

• Konsep sama seperti GAP

• Sesuai untuk mereka yang ingin disiplinkan diri menyimpan setiap bulan

• Minimum RM 100 dan tiada had maksimum


Nota penting:

• Transaksi adalah secara terus ke akaun Rasmi Public Gold.

• Semua kaedah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors, diketuai Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi majlis penasihat syariah Bank Negara Malaysia.

Bagi yang belum ada akaun Public Gold dan ingin memulakan simpanan emas, boleh mendaftar melalui link dibawah. Saya akan hubungi anda selepas pendaftaran dibuat untuk proses selanjutnya iaitu membeli emas.


Sambung Bacaan

 

Semalam, tekak terasa nak makan nasi goreng kambing. Mungkin sebab rindu dengan nasi goreng kambing Farouq & Sithick zaman belajar kat UTP. Entah masih wujud ke tidak kedai tu sekarang ni.

Dalam pukul 5:40 petang, aku gerak ke kedai Afiz Corner dengan menaiki LC135 kesayangan yang semakin lanjut dimamah usia. Sebelum tu sempat singgah sekejap dekat kedai ayam pusing dekat simpang De Rhu Balok. Mahal betul ayam pusing sekarang, ayam sebelah dah RM13. Tiba-tiba rindu zaman atok. Kah!

Selesai beli ayam, aku gerak ke kedai Afiz Corner. Afiz Corner ni sebenarnya kedai mamak. Tapi nama dia agak hispter jika dibandingkan dengan kedai-kedai mamak yang lain. Agak kemelayuan bunyinya. Kata orang, pemilik dia pernah jadi supervisor dekat kedai mamak lain dekat kawasan Balok.

Lepas parking motor kat depan aku pun masuk kedai, ada sorang brader mamak kat depan. Aku tanya,

"Bos, masakan panas ada tak?"

"Masakan panas tak ada. Pukul 630 petang baru ada. Kalau nak makan ambil nasi beriani laa," - balas mamak tadi dengan kepada bergeleng sambil menunjuk ke arah nasi beriani yang terletak diatas meja depan kedai. Nampak macam tak menarik.

Aku tengok jam kat tangan, baru pukul 5:50 petang. Takkan nak tunggu 40 minit semata-mata nak makan nasi goreng kambing. Lepas ber-hmmmm beberapa lama dalam hati, aku dapat idea.

"Bos, hari tu cakap pukul pukul 6 dah boleh order masakan panas. Kenapa hari ni pukul 6:30 pulak?" - aku tanya balik, kali ni dengan nada tegas. Wajah je tenang sebab kena pakai mask. Muka mamak tu dah mula confuse.

"Bila" - dia tanya balik.

"Minggu lepas la. Minggu lepas cakap pukul 6 dah boleh order.."

"Hmm, nak berapa?" - dia tanya balik dengan muka kurang redha.

"Satu je. Buat pedas sikit.."

"Okay.."

Tak sampai 10 minit, nasi goreng kambing siap.

Kurus pahala puasa aku hari ni. Haha!



Sambung Bacaan

Lepas bungkus nasi minyak ayam dan kuih jemput pisang kat gerai tepi jalan, aku start motor untuk bergerak ke tempat kerja. Aku bawak motor slow. Lagi pun awal lagi, jalan pun tak jem sebab masih cuti raya Cina.


Kat depan sikit ada sorang brader baru start motor lepas bungkus makanan kat gerai satu lagi. Macam biasa aku menundukkan sedikit kepala tanda hormat.


Nak angkat angkat kening takut tak nampak, sebab pakai helmet. Nak senyum lagi lah tak boleh sebab pakai mask.


"Abangg.. Bangg".


Tiba-tiba dengar orang panggil dari belakang. Tengok side mirror, nampak brader tadi macam nak kejar aku. Aku perlahankan sikit motor.


Dia datang dekat dengan motor,"Bang, dah makan ke?"


Aku blur kejap tengah fikir nak jawab apa. Aku belum makan tapi bekal dah ada. Aku pun jawab belum sambil tunjuk dalam raga motor.


Eh, baru perasan. Dalam raga motor aku ni takde pun makanan yang aku beli tadi. Aku blur kejap nak fikir mana makanan aku dan kenapa brader tu tanya pasal makanan.


Tiba-tiba dia hulur kuih sebekas. "Nah bang, makan kuih ni.."


"Aaaa okay okay. Terima kasih," - kata aku sambil sambut makanan yang dia bagi. Brader tu pecut balik rumah meninggalkan aku yang masih blur. Kenapa tiba-tiba je hulur makanan. Ke sebab jaket bundle yang aku pakai bawak pergi kerja  ni buruk sangat?


Aku pun u-turn balik pergi ke kedai tadi. Laaa, aku tertinggal makanan kat kedai rupanya.


Lepas aku aku ambik makanan, aku terus gerak pergi kerja. Sepanjang aku bawak motor aku asyik terfikir pasal kejadian tadi. Kalau lah brader tu tak tanya pasal makanan, mesti aku tak perasan yang nasi minyak aku tak ada dalam motor. Fuh, nasib baik.


Bila fikir lama-lama, mungkin tu hikmah aku menegur brader tu kat tepi jalan tadi. Lagi pun sekarang tak ramai orang nak menegur orang yang dia tak kenal. Nak senyum pun sombong.


p/s: Sebenarnya aku dah lupa siapa brader tadi. Muka dia aku tak ingat, dia naik motor apa pun aku tak perasan. Semoga dia dimurahkan rezeki.


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...