Ada satu hari selepas SPM, aku benar-benar tersepit. Keesokannya harinya merupakan hari terakhir untuk mengisi borang kemasukan ke UTP secara online, dan juga merupakan hari untuk temuduga ke Jepun. Waktu tu, nak isi borang online tak boleh isi dekat cybercafe sebab susah nak masuk dalam website. Jadi aku terpaksa isi borang dekat opis pakcik aku dekat bandar.

Selepas fikir sedalam-dalamnya, aku memilih untuk mengisi borang masuk UTP. Sebab aku rasa peluang untuk sambung belajar kat Jepun terlalu tipis. Lagi pun aku taknak sambut raya kat oversea.

****

8 Jun 2013

Dalam pukul 8 malam, kapal terbang MAS yang aku naiki berlepas dari Lapangan Terbang Kuantan ke KLIA. Aku tak suka sebenarnya naik kapal terbang untuk penerbangan domestic. Bagi aku sangat tak best dan sempit. Naik bas lagi sedap.

Sampai di KLIA, aku menaiki kapal MAS yang lebih besar untuk menuju ke Narita Airport, Tokyo. Perjalanan ini memakan masa kira-kira tujuh jam. Naik kapal terbang yang besar macam ni best kecuali bila sakit perut.

Sebenarnya sebelum bertolak dari Kuantan, aku sempat menghadiri kenduri perkahwinan Sam, kawan tempat kerja. Mungkin kesan daripada nasi minyak yang aku makan, perut aku meragam dua kali. Aku rasa semua orang tahu yang jamban dalam flight ni takda air macam jamban biasa. Maka, nak dekat segulung jugak la tisu aku guna sampai habis wakakaka.

Memang lepas tu aku rasa tak sabar-sabar nak sampai hotel. Aku nak air untuk bersuci!

Lupa nak bagi tahu, aku ke Jepun bersama Harun, Shahril, Iskandar, Izwan dan Aina. Dalam ramai-ramai ni, Izwan sorang je yang pandai cakap Jepun. Jadi, aku dan yang lain memang sangat bergantung kepada dia semasa dalam perjalanan ke Fuji.

Sampai di Narita Airport, aku menaiki train menuju ke Shinagawa Station. Sampai di sini, aku perlu menaiki Shinkansen untuk pergi ke Fuji. Shinkansen atau nama lainnya, ‘Bullet-Train’ merujuk kepada kereta api laju di Jepun. Tapi masa aku naik rasa tak laju sangat. Mungkin aku terlalu kusyuk main game Candy Crush.

Dalam Shinkansen, aku duduk paling depan untuk gerabak yang aku naik. Tapi aada sedikit problem. Bila aku luruskan kaki ke depan, secara automatic pintu kat depan tu akan terbukak dan orang lain akan tengok aku. Selepas terjadi beberapa kali, aku terpaksa kawal kaki supaya tidak nakal-nakal.

Semasa dalam perjalanan, datang seorang lelaki. Dari cara berpakaian, nampak macam kapten. Dia berdiri didepan, bercakap sesuatu yang aku tidak faham dan menunduk beberapa kali. Kemudian dia memandang aku sambil senyum. Aku blur. Aku nak tanya tapi dia tak pandai English. Aku gelisah melihat kiri-kanan. Kemudian aku nampak Izwan mengeluarkan tiket dari poket. Akhirnya aku faham, dia nak cek tiket rupanya. Ciss!

Akhirnya dalam pukul satu tengah hari, aku sampai di Shin-Fuji Station, iaitu stesen Keretapi Laju di Fuji. Dengan menaiki teksi, kami semua bertolak ke Kuretake-Inn Mt.Fuji, iaitu hotel yang bakal menjadi tempat penginapan kami selama 3 minggu.

Pada sebelah petang, kawan aku yang sedang training di Fuji, Ariffudin bersama General Manager , Mitsuuchi-San datang ke hotel tempat aku tinggal dan mengajak kami semua dinner di kedai berdekatan. Memandangkan kat sini susah nak dapatkan makanan halal berasaskan daging, jadi nasi dan makanan laut merupakan makanan utama aku disini.

Oh ye, perkataan San dibelakang nama kita bermaksud Encik. Jadi di sini, aku dipanggil dengan nama Hazwan-San.

Akan bersambung.

**** 

Tak sangka, aku akan sampai jugak ke Jepun. Hehe.