Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....





Safee Sali - Penjaring Terbanyak
Orang yang paling layak menerima anugerah Pemain Terbaik Piala AFF Suzuki 2010, Khairul Fahmi Che Mat

Mengaum lapar SINGA UTARA, KENARI terbang membelah awan, Gagah SELADANG ibarat badang, Laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang, Dahaga THE RED WARRIORS kerana darah, Tangisan PENYU kerana maruah, GERGASI MERAH marah membara, Tanduk RUSA kerana perkasa, Bisa si JENGKING bukan kepalang, Lincah HANG TUAH si pahlawan bangsa, Tenang-tenang si BUJANG SENANG, Amuk TOK GAJAH kalau diusik, Lalu BADAK gerun melanda, KERANA HARIMAU MALAYA KAMI TURUTKAN!!!

Kejayaan sudah menjadi milik kita. Orang-orang tua sering bercerita tentang kehebatan pasukan Harimau Malaya suatu ketika dulu kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka. Nama Supermokh, Arumugan, Ghani Minhat dan Soh Chin Aun sering meniti di bibir mereka. Sekarang, aku berpeluang untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Malaysia Boleh!!

Sambung Bacaan

Pelbagai ancaman mula diterima. Daripda demonstrasi jalanan, perang siber, kutukan di akhbar hinggalah kepada ancaman coli berlaser, namun Harimau Malaya tidak gentar. Pedulikan kutukan Malingsial, RajaGombal, Malaysiacheatlaser, guna dukun, letak serbuk gatal dan macam-macam lagi daripada manusia yang tidak bertamadun itu. Berjuanglah bermati-matian. Ayuh, tinggal 90 minit saja lagi sebelum kita dapat berpesta meraikan kemenangan bersejarah Piala AFF Suzuki selepas 14 tahun menunggu. Semoga penantian ini tidak sia-sia. Malaysia Boleh!! Aaummmm~~
Sambung Bacaan


Kejayaan Harimau Malaya membaham Sang Garuda telah membuktikan bahawa teori kewujudan Garuda adalah salah sama sekali. Sayap Garuda semalam seolah-olah diserang strok. Si botak Markus yang angkuh kerana kekebalannya sebelum ini akhirnya bertelur tiga kali kerana nawaitunya telah terpesong. Mungkin kerana niatnya untuk menghentikan perlawanan dengan mengadu-domba tentang laser yang dihalakan kematanya, akhirnya si botak ini silap.Melepaskan tiga gol membuktikan bahawa ilmu kebal Markus telah tamat tempoh. Kelicikan Nor Shahrul dan Kunalan, kepaduan Safee dan Ashaari serta kekentalan Muslim dan juga ketenangan Khairul Fahmi menjadi kunci kejayaan Harimau Malaya. Syabas buat peminat bolasepak Malaysia yang akhirnya muncul semula selepas begitu lama memuja pasukan luar negara. Syabas buat semua. Ayuh, kita Tsunamikan Stadium Gelora Bung Karno dengan ngauman Harimau Malaya!!

p/s: Aku menyampah dengan Amirulhadi ni!! Masih terkilan kerana tak dapat pergi Y__Y
Sambung Bacaan


Sejak dua tiga hari ni, telinga aku ini sering disajikan dengan koleksi lagu dari album Tribute P. Ramlee - Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Satu Indiepretasi). Tan Sri P.Ramlee merupakan seorang lagenda di neegara ini dan aku sendiri sangat meminati karya-karya milik arwah sama ada filem atau pun lagu. Jadi buat pertama kali dalam blog ini, aku ingin berkongsi sebuah album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu daripada filem lakonan allahyarham.

Lagu-lagu dalam album  ini bukanlah daripada hasil nyanyian Tan Sri P. Ramlee tapi merupakan nyanyian semula oleh penyanyi-penyanyi indie negara. Antara lagu yang menari perhatian aku adalah Jeritan Batinku (Azlan and The Typewriter ft AG), Tunggu Sekejap (Hujan), Getaran Jiwa ( Bittersweet), Malam Pesta Muda-Mudi (Grey Sky Morning) dan Itulah Sayang (The Ramlees).

Kepada peminat-peminat Tan Sri P. Ramlee dan juga peminat muzik indie, apa kata kalau anda semua cuba mendengar lagu-lagu dari album ini. Dibawah ni aku sediakan link untuk mendownload. Selamat mendengar~

-HOTFILE
-DEPOSITEFILES
-4SHARED
PASSWORD: sufi@jiwang.ws
Kredit: Jiwang.org
Sambung Bacaan

Tahniah untuk pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2010. Nyata keyakinanku tidak sia-sia. Teruskan berusaha. Ayuh, Piala Suzuki pasti milik kita! Jumpa aku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember ini~
Sambung Bacaan

~Gambar hiasan yang mungkin relevan~
Berkawan dengan orang yang lebih tua daripada aku di tempat kerja ni, kadang-kadang membuatkan aku berfikir lebih jauh terutamanya berhubung soal kahwin. Sebabnya, orang-kat sini selalu saja bercakap soal kahwin terutama yang dah berumur antara 23 dan 26 tahun ni(nama terpaksa dirahsiakan).

Part yang paling best bila bercakap soal hantaran, mas kahwin dan jugak kos untuk kenduri kahwin nanti. Selepas melihat dari pelbagai sudut dengan teliti, aku rasa aku perlu membuat sesuatu dari sekarang. Tujuannya untuk memudahkan segala kesulitan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. So benda yang baik macam ni tak elok disimpan sorang-sorang. Bak kata orang kampong aku, sharing is caring rite.

Pertamanya, yang paling penting adalah aku rasa kita semua terutamanya kaum lelaki perlu membuat pelaburan dari sekarang. Tapi macam mana? Kalau nak main saham aku memang tak reti. Kalau nak menyimpan dalam ASB, sedikit giler kot faedah yang dia bagi. So, apa yang aku nampak adalah pelaburan emas. Dijangka harga emas dalam lima tahun akan datang akan naik 50% dan lebih berbanding harga sekarang. Betul atau tak, ini hanyalah jangkaan.

Hm, kalau tengok perkembangan masa sekarang, semua benda dah naik harga. Beras, minyak, gula, sayur, bawang, daging dan macam lagi lah. Mentang-mentang la minyak naik harga, semua benda nak naik. Jadi aku nak sarankan kepada kaum adam semua untuk menternak lembu atau kambing. Perkara ini bukan main-main. Katakan anda membela dua ekor anak lembu, jantan dan betina dari sekarang. Mungkin dalam lima tahun lembu tu dah besar. Kalau ada anak lagi bagus kan. Yang besar anda sembelih, yang anak pulak anda jual untuk dijadikan modal kahwin hehe.

Teringat lagi kata-kata cikgu Add Math semasa di sekolah SIF dulu, iaitu Cg Shwiah yang mencadangkan agar pelajarnya membela kambing di rumah. Sebabnya, Rasulullah SAW pun bela kambing jugak pada zaman dahulu. Mesti ada hikmah disebaliknya kan? Tapi kalau anda bercadang nak kahwin lebih dari satu, elok anda buka ladang lembu terus :P

Kalau bela ayam pun ok jugak kan. Telurnya kita boleh buat bunga telur. Ayam pula kita jadikan lauk kahwin. Ye la kan, bukan semua orang kat Malaysia ni yang makan daging lembu atau kambing.hehe

Beberapa tahun dari sekarang, mesti harga air akan meningkat. Memandangkan majlis kahwin memerlukan penggunaan air yang banyak terutamanya dalam part mencuci pinggan mangkuk, tentu bil air akan meningkat berkali ganda. Jadi, apa penyelesaiannya? Cadangan aku, apa kata kalau anda semua berjinak-jinak dalam penanaman pokok pisang. Faedah menanam pokong pisang amat besar. Pertama, buah pisang hasil daripada tanaman dapat dijadikan pencuci mulut untuk majlis kahwin. So tak payah beli la kan. Kedua, daun-daun pisang yang segar-bugar boleh digunakan sebagai pengganti pinggan. Jadi, anda tak perlu nak mengupah orang mencuci pinggan dan sekaligus menjimatkan penggunaan air. Nak sewa pinggan pun tak payah. Apa yang perlu anda buat hanyalah menggali lubang dan tanam. Setel!

Tapi, tips-tips ini tidak akan bererti buat mereka yang sememangnya berasal dari keluarga kaya, atau mempunyai gaji yang besar atau buat mereka yang pemalas dan hanya pandai berangan-angan macam aku. Poorahhh! Chow
Sambung Bacaan


 Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa

Thanx Nuffnang!!!

Sambung Bacaan


Selesai solat Maghrib, aku terus keluar dari rumah seorang diri. Aku ajak kawan-kawan yang lain tapi tiada yang mahu mengikut. Jadi aku keseorangan pergi ke Makbul Nasi Kandar. Sampai di sana, aku terkejut sebab tak ramai orang. Siaran Astro pulak macam kurang jelas. Aku pun cepat-cepat keluar dan pergi ke Kedai Nasi Kandar Kassim Mustafa. Kat sini tak ramai sangat orang tapi boleh la nak layan bola sebab skrin dia besar.
Aku pandang sekeliling. Haish, aku sorang je yang pakai jersi kebangsaan Malaysia. Tanpa pedulikan orang lain, aku layan bola di belakang sekumpulan warga Vietnam. Di dalam TV, terpancar jelas ribuan penyokong Malaysia yangmemenhi Stadium Nasional Bukit Jalil. Serius aku bangga bila melihat sebegitu ramai penyokong Malaysia. Tapi sayangnya aku tak dapat berada di sana. First half, Malaysia bermain agak baik. Jauh lebih baik daripada match menentang Thailand dan Indonesia sebelum ni. Tapi percubaan ke arah gol Vietnam terlalu sedikit dan game agak membosankan.
Waktu rehat, aku menjamu perut kesayangan dengan nasi goreng ayam sambil berborak dengan dua orang  brader kat meja sebelah. Salah sorangnya orang Kedah. So, aku main angin skit sambil memuji pemain Kedah yang aku kenal dan mengutuk player-player Selangor yang terlalu ramai dalam skuad kebangsaan. Nasib baik brader ni satu kepala dengan aku.
Second half, Malaysia mula menyerang dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama hasil tandukan Safee Sali. Kalau tidak kerana kesilapan penjaga gol, tidak mungkin bola itu akan menerjah ke jaring. Selepas itu, Malaysia memperlahankan sedikit rentak permainan dengan Vietnam semakin bersemangat untuk menyerang. Namun Malaysia sekali lagi menambah jaringan melalui Safee Sali. Bola muntah hasil sepakan Safiq Rahim pantas disambar Safee Sali untuk gol kedua Malaysia. Syabas untuk  Harimau Malaya.
Habis game, salah seorang pekerja kat kedai mamak datang kat aku. Dia pun tanya Malaysia menang berapa kosong. Aku pun jawab la Malaysia menang 2-0. Lepas tu dia hulur tangan untuk bersalam sebab nak ucap tahniah. Semua orang kat kedai berasa pelik termasuk lah aku. zzz



Sambung Bacaan


Sebagai tanda sokongan untuk pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Vietnam dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia Boleh!

p/s: Credit to Wan Kamalhadi 

Sambung Bacaan

Salam untuk semua pembaca
Dikala matahari turun ke barat, di saat teman-teman lain sibuk menyiapkan cerpen untuk blog sape ntah, aku di sini ingin berkongsi sedikit informasi yang agak bermanfaat untuk anda semua. Kali ini aku nak menceritakan benda-benda best yang aku jumpa selepas 2 hari berturut aku ke Butterworth, Pulau Pinang.
Rope Walk Taman Selat

Rope Walk Taman Selat yang terletak di Butterworth merupakan kembar bagi Rope Walk sebenar yang terletak di Georgetown. Aku singgah di sini setelah menyelesaikan sedikit urusan di KTMB Butterworth. Rope Walk ni terletak dekat je dengan feri tapi kedudukannya agak tersorok. Berbanding Rope Walk Georgetown, kat sini tempatnya lebih tersusun dan mempunyai bumbung. Jadi tak ada masalah jika anda pergi ketika hujan. Tapi bagi aku Rope Walk Georgetown lagi best. Kat sini tak ubah macam kat Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeh. Hehe
Char Koay Teow – Telur Ayam Di Basuh



Char Kuew Teow Sungai Dua merupakan kedai Char Kuew Teow yang yang famous kat Penang. Char Kue Teow Sungai Dua, Butterworth ini terletak berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan yang memudahkan sesiapa saja yang ingin ke sini. Tapi jalan ke kedai ini agak sesak sedikit kerana terlalu banyak kedai makan di kawasan ini. Dengan tagline “Telur Ayam Di Basuh”, kedai ini sentiasa di penuhi pengunjung dan dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi. 
Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang; iaitu kecil, besar dan special, Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan dan ini antara char kue teow yang  tersedap yang pernah aku makan. Kedai ini juga ada membuka satu cawangan di Kulim. More info, pergi website INI

p/s: aku dan makanan umpama isi dan kuku (-_-)"!!

Sambung Bacaan

Farewell Kak Ain

Posted In: , . By Hazwan

Cuaca mendung hari ini seakan-akan menangisi pemergian NuiBaWi. Walaupun hanya sempat bersama lebih kurang tiga bulan, tapi jasa NuiBaWi amat besar terhadap aku. Bersama dia, aku selalu keluar untuk menerokai keindahan Pulau Pinang, pergi kerja dan juga mencari pusat membuncitkan perut.

Gambar diatas adalah NuiBaWi yang aku maksudkan. Motor Wave kaler pink ini telah pun aku post ke Negeri Sembilan pagi tadi untuk pulang bersama tuannya, Kak Ain. Terima kasih buat Kak Ain kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menjaga NuiBaWi selama tiga bulan. T_T
Semalam, hari Jumaat merupakan  hari terakhir Kak Ain bersama warga Da Lab.  Kak Ain merupakan salah seorang engineer kat AMD dan telah pun berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan di sebuah kilang kampung beliau, iaitu Senawang.
Sebagai penghargaan, warga DA Lab AMD telah mengadakan dinner di Kedai Ikan Bakar Adnan bin Hasan di Teluk Tempoyak pada hari Khamis. Dinner ini disertai oleh semua orang kecuali Manager Department, merangkap SV aku iaitu Mr Ben yang berada di Singapaore. Bersama 15 orang yang hadir, kami mengorder 6 ekor ikan bakar untuk dinikmati beramai-ramai. Dan hasilnya, aku tersangatlah kenyang.hehe
Keesokannya, aku, Faiz, Muzek, Nuar, Afiq, Kak Jannah dan Kak Ayu membawa Kak Ain menikmati kelazatan Char Kuew Tiaw Sg. Dua, iaitu char kuew tiaw yang paling famous kat Penang. Terletak di Seberang Perai, kawasan ini memang terkenal dengan Char Kue Tiaw nya. Selepas menikmati sepinggan Char Kuew Tiaw special, sepinggan nasi goreng udang dan segelas ais limau, aku betul-betul kenyang. Then, kami semua balik semula ke pulau dengan menaiki feri. Ini adalah antara saat-saat manis yang akan aku kenang bersama AMDers.  Kami semua bersama-sama menikmati angin malam yang bertiup nyaman , bergelak ketawa dan diakhiri dengan tangisan Kak Ain yang sedih untuk meninggalkan kami semua. Tapi yang paling lawak, dia tak sanggup nak bergambar bersama hadiah kerana terlampau sedih. Dapat hadiah je terus simpan.
Dan pagi ni, selepas merentasi Jambatan Pulau Pinang bersama angin pagi yang sejuk dengan ditemani Nuar, aku berjumpa lagi dengan Kak Ain di KTMB Butterworth. Tujuannya untuk mengepost NuiBaWI pulang ke Negeri Sembilan. Dan sekali lagi pertemuan ini diakhiri dengan tangisan Kak Ain. Ish, manja betul dia ni.
To Kak Ain, thanx for everything. Gudlak dan semoga cepat-cepat kahwin dengan si dia hehe. Bye~~

p/s: Aku dah kehilangan seorang mangsa yang asyik terkejut dengan kejutan yang aku berikan uhhukk

Sambung Bacaan

Sofea Jane

Posted In: . By Hazwan



Sofia Jane - Black

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus

Andai kau tahu

Apa yang ku mahu

Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri




p/s: Gambar dari Flickr Alif Pauzi 

Sambung Bacaan

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF. Walaupun dibelasah 5-1 oleh Indonesia pada perlawanan pertama, dan seterusnya seri 1-1 dengan Thailand, akhirnya Harimau Malaya bangkit mengaum dengan membaham Laos dengan keputusan 5-1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah, Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan satu gol sendiri oleh pemain Laos. Malaysia patut berterima kasih kepada Indonesia kerana berjaya menumbangkan Thailand dalam satu lagi perlawanan. Apa-apa pun, tahniah untuk Malaysia. Yeahhh


Sambung Bacaan


Salam
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”. Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Aku yakin anda semua tentu perasan tentang sesetengan orang yang sedang sibuk mempromosikan penggunaan atau pelaburan dinar emas sama ada di blog, facebook, twitter dan macam-macam lagi tempat di internet. Perkara ini benar-benar menerbitkan sedikit perasaan ingin tahu dalam diri aku tentang penggunaan dinar emas ni. Bagaimanakah bentuknya? Berapakah harganya? Bagaimana mendapat keuntungan dan bermacam-macam lagi.
Dinar emas merupakan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Selepas membuat sedikit pembacaan dan bertanya tentang dinar emas ini dengan kawan-kawan, aku dapat melihat dengan jelas bahawa penggunaan dinar emas sangat besar faedahnya kepada kita.  Ini kerana nilai dinar emas bergantung kepada nilai emas di pasaran antarabangsa. Untuk pengetahuan anda, nilai emas sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Jadi, jika kita membeli dinar emas atau dirham, insyaallah dalam beberapa ketika lagi, nilai dinar itu akan meningkat lebih tinggi daripada harga yang kita beli. Semakin banyak kita beli, semakin banyaklah keuntungan yang kita dapat.

Faedah Penggunaan Dinar Emas dan Dirham(Perak)

Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang faedah dan kebaikan penggunaan dinar emas ini.
  •  Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  •  Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  •   Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  •   Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  •   Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  •  Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  •  Semua bentuk aset kertas, contohnya bonsaham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  •  Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

 Daripada penerangan yang aku baca sebelum ni dan juga yang di atas, dapat aku simpulkan bahawa pelaburan dinar emas ini sangat menguntungkan dalam jangka masa yang panjang.  Sekarang minat aku  terhadap dinar emas juga mula bertambah. Jika anda berminat dan ingin mengetahui serba-sedikit pasal dinar emas ini, sila-silakanlah Google kerana info yang aku sediakan  tidak terlalu lengkap. Atau anda boleh ke website ini, dinar.ahmadtarmizi dan blog.ahmadtarmizi untuk penerangan dan info yang seterusnya.

Sambung Bacaan

"Cherita paling nakal daripada segala kenakalan yang dinakal-nakalkan"
Di atas adalah salah satu ayat yang aku petik dari sebuah poster filem lama iaitu cerita 3 Abdul. Persoalannya, dari mana aku tengok poster tu? Sebenarnya pagi tadi aku bersama kawan-kawan yang lain, Faris, Anuar dan Alif telah ke rumah kelahiran seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee. Sebelum tu kitorang berjalan-jalan ke Rope Walk dan selepas pulang dari rumah P. Ramlee, kami semua pergi ke Chowrasta Market. Tentang Chowrasta dan Rope Walk, aku dah pernah post kat SINI dan SINI dahulu.
Rumah P Ramlee terletak di Jalan P Ramlee. Di sini terdapat banyak barang peninggalan allahyarham seperti baju, basikal, biola dan macam-macam lagi. Di kawasan berhampiran terdapat Arkib P Ramlee yang sangat berguna bagi mereka yang ingin mengenali tokoh ini secara lebih dekat. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom saksikan video ini yang dirakamkan secara spontan dan tanpa skrip oleh kami berempat. Jom layan!!!

p/s: Post pertama daripada laptop baru. Semoga ia tak dicuri lagi dan selamat sentiasa. Amin...

Sambung Bacaan


Salam
Hm, dah lama rasanya aku tak bagi salam dalam blog ni. Takpelah, abaikan. Kali ni aku nak berkongsi sedikit adab-adab tidur yang patut diikuti dan dicontohi oleh pembaca-pembaca blog ini. Mungkin hal sebegini dipandang remeh tapi bagi aku, ini adalah serius!

  • Pertamanya anda mesti tidur di tempat tidur dan bukannya di tempat lain seperti di kaki lima, dalam tandas atau bawah meja ofis kerana risikonya amat tinggi. Kalau tidak, anda mungkin menjadi mangsa mat gian atau gangster di tepi jalan, mengalami sesak nafas selepas menghdu bau-bauan yang kurang menyenangkan di dalam tandas atau mengalami sakit belakang selepas tidur di bawah meja.

  • Sebaik-baiknya tidurlah dalam keadaan berbaring dan bukannya dalam posisi berdiri atau duduk. Kalau tak risiko untuk jatuh tergolek adalah tinggi. Lagi bagus jika kita ikuti sunnah Rasuullah SAW yang tidur sambil mengiring ke kanan sambil tapak tangan di bawah pipi kiri. Dapat pahala ni.
  • Anda mesti faham, tidur adalah tidur. So jangan buat perkara lain ketika tidur seperti berjalan ke dapur, panjat rumah orang atau pergi ke kedai mamak. Dan yang paling penting, jangan tidur sambil memandu. Kalau tak, anda memang nahas!
  • Tapi jika anda tak dapat membuang tabiat berjalan ketika tidur atau pergi ke kedai mamak, simpan wallet didalam poket seluar tidur awal-awal. So tak payah la berhutang kan :P
  • Last, tidur lah di bilik anda, bukan di bilik pakwe atau awek anda, suami orang ke isteri orang ke atau tunang dan bakal tunang anda kerana perbuatan ini adalah HARAM!
 Sampai disini saja perkongsian ilmiah aku kali n. Lainkali kalau ada tips-tips penting aku akan share lagi.
Chow =)
Sambung Bacaan

Dulu kita pernah digemparkan dengan berita dari Utusan Malaysia yang bertajuk Keativiti Menipu, Tronoh Jadi Toronto yang pernah aku post kan dalam blog ini dulu. Sekarang aku ingin membongkarkan satu lagi berita yang agak gempar yang melibatkan seorang pelajar UTP yang meniru iaitu aku sendiri.
Hari ni, kebanyakan masa aku dihabiskan untuk preparation event AMD Penang Team Symposium untuk Kaizen Week. Selepas Poster Competition untuk trainee hari tu (SINI & SINI) , kali ini para-para engineer di AMD akan berentap pula untuk Kaizen Week kali ni. Dan aku pula baru saja dinaikkan taraf sebagai komiti untuk Team Symposium kali ni. Hek2
Selepas membuat sedikit kerja di auditorium, aku dipanggil Kak Jannah untuk membantu beliau menyediakan barang-barang keperluan untuk symposium yang akan bermula Isnin ini. Tugasnya, memotong kertas kepada bentuk-bentuk kecil dan melukis something di atas kertas kecil tu.Dan jumlahnya 100 keping. WTFarissss!!!! Aku bingung, takda isea nak buat apa. Dah la tak da kreativiti dalam hal-hal seni camni.
Akhirnya aku mendapat idea. Aku bukak blog sifu aku, kripkripkruk(ni blog dia yang entah ke berapa) dan tiru karakter-karakter dalam tu tanpa kebenaran. To Hadi, sori la sebab meniru tanpa kebenaran. Lagi pun aku terdesak dan usaha ni pun disokong oleh peminat mu tu haha. Dan aku yakin karakter yang mu buat ni akan jadi femes lepas ni haha.
Chow

Comel tak aku tiru?? Hahaha


Sambung Bacaan

Muzek

Posted In: . By Hazwan


Happy Birthday To You
Barang yang lepas usah dikenang, lek2 la bro.
Aku harap dengan pertambahan umur ni, kau jadi lebih rajin untuk kemas-kemas barang kat umah. Rajin-rajin la sapu sampah kat umah yer. Dan jangan lupa buang sampah kat luar tu hahaha
Thanx kerana sudi mengumpat bersama-sama haha
Chow!!

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...