"Idaa!!!" Cikgu Zarazilah menjerit nama anak murid beliau dengan kuat. Seluruh  ahli kelas 6 Murni terdiam, tanda sedikit takut. Cuma Zairi dan Dollah saja yang masih leka bermain lawan pemadam di meja paling belakang dalam kelas.

Ida bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah Cikgu Zarazilah yang duduk di bahagian meja guru, di penjuru kiri kelas. Ida berjalan sedikit tunduk kerana takut nak menatap mata cikgu kelasnya yang garang. Dalam hatinya, masih tertanya-tanya apakah kesalahan yang dia lakukan.

"Ada apa cikgu?" tanya Ida.

"Mana kerja sekolah yang cikgu bagi semalam?"

"Eh, saya tak tahu pun cikgu. Lagi pun masa cikgu takde semalam, saya pergi ke perpustakaan.." kata Ida, cuba mempertahankan diri.

"Saiful!! Datang sini kejap.." Cikgu Zarazilah memanggil ketua kelas 6 Murni.

"Ada apa cikgu?" tanya Saiful sambil berjalan ke arah meja guru.

"Kamu tak bagi tahu ke kat Ida yang cikgu ada bagi kerja sekolah semalam?"

"Tak cikgu.."

"Laaaaaa. Kenapa??"

"Sebab masa pemilihan ketua kelas hari tu, dia tak undi saya pun. Tapi dia undi Rostam. Jadi buat apa saya ambik tahu pasal dia.." balas Saiful.

Cikgu Zarazilah sedikit tergelak bila mendengar jawapan Saiful.

"Kamu ni Saiful, kamu kena lah faham tugas seorang ketua kelas. Walaupun Ida tak undi kamu, tapi bila kamu sudah dipilih, kamu mesti menjalankan tugas kamu. Kamu mesti bertanggungjawab terhadap semua rakan-rakan kamu dalam kelas ini kerana kamu telah dilantik sebagai pemimpin. Tak boleh ada sifat pilih kasih tau. Faham?"

"Erm, faham cikgu.." balas Saiful.

"Okey, kamu berdua boleh duduk.." kata Cikgu Zarazilah kepada Saiful dan Ida.

'Kalau lah si Saiful ni dah dewasa, mesti aku lempang kalau dia bagi jawapan macam tadi,' - bisik Cikgu Zarazilah dalam hati. Kemudian, Cikgu Zarazilah ketawa seorang diri. Semua murid-murid kelas 6 Murni tercegang dengan apa yang berlaku.

-TAMAT-

*****

Gambar hiasan
p/s: sori geng, pinjam nama kamu semua :D