Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Kisah Cium

Posted In: . By Hazwan Arif

1. Di London, ada seorang wanita yang usianya hampir menjangkau 40 tahun telah melamar dirinya dan menikahi dirinya sendiri. Grace Galder telah mengundang seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada sahabat handai dan keluarga terdekat sambil memakai baju pengantin. Ada jamuan makan, hiburan dan juga ritual melempar bunga seperti pernikahan yang lain. Ketika adegan mencium pasangan, Grace telah mengucup cermin sebagai simbolik mencium diri sendiri.

2. Berita baik bagi yang yang berkahwin. Berdasarkan satu kajian, lelaki yang mencium isteri sebelum pergi kerja akan hidup lima tahun lebih lama, lebih banyak buat duit dan juga dapat mengurangkan kebarangkalian terlibat dalam kemalangan kereta.

3. Persoalannya, memandangkan abang masih belum berkahwin, haruskan abang mencium cermin sebelum pergi kerja malam ni?

4. Sekadar bertanya.
Sambung Bacaan

Cium Ketiak

Posted In: , . By Hazwan Arif

Kereta Audi R8 Spyder aku meluncur laju menghala ke Kuantan selepas dua hari menghabiskan masa di kampong. Aku hanya memandu dengan perlahan. Tidak manis rasanya menunjuk-nunjuk kemampuan kereta import aku ini kepada orang ramai.

Sampai di Politeknik Dungun, lampu isyarat menunjukkan warna merah. Aku berhenti. Aku memandang kiri kanan memerhatikan pemandangan gadis-gadis politeknik melintas jalan sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakan.

Ada yang menjeling kepada aku, tapi aku buat-buat sombong.

Aku perhatikan cermin pandang belakang kereta Audi aku ni.

Sambung Bacaan

Robin Jual Ferrari

Posted In: . By Hazwan Arif

"Life is just a series of moments.If you miss the moments,you miss your life." - Robin Sharma, The Monk Who Sold His Ferrari.

Aku tak kenal Robin Sharma. Warna kereta Ferrari dia pun aku tak tahu. Namun kata-kata yang aku petik daripada status Facebook seorang kawan, terasa sangat ‘deep’nya. Seperti seorang Adel yang sedang rolling dalam-dalam.

Bukan Adel AF2014.

Sebenarnya aku mula merindui momen-momen lampau. Dan mungkin benar, aku merindui kehidupan aku yang dulu. Aku yang dulu. Dan, kawan-kawan disekeliling yang dulu. Atau mungkin aku tak dapat menerima fasa kehidupan aku sekarang.

Mungkin, aku kecewa dengan kehidupan sekarang. Tapi bukannya aku tidak bersyukur.

Benar, kehidupan aku dulu agak susah tapi aku rasa agak tenang. Masalah itu ada, tekanan pun ada, tapi tidak lah seperti sekarang. Aku hilang arah.

Sekarang, aku sudah ada apa yang aku tiada dulu. Walaupun bukan semua. Aku ingat, dengan apa yang aku ada sekarang, aku akan dapat apa yang aku mahu. Apa yang aku ingin kan.

Namun aku silap.

Akhirnya aku faham daripada sudut yang lain, duit bukan segala-galanya. Dan rezeki itu memang milik tuhan.

Ya Allah, permudahkan lah.

 **** 

 Kau baca? Mesti tak faham.
Sambung Bacaan

Group Whatsapp

Posted In: . By Hazwan Arif

Masa semakin pantas berlalu. Sama seperti teknologi maklumat, yang pantas berkembang dengan inovasi-inovasi baru. Sekarang kita berada dalam zaman dimana mempunyai smartphone adalah satu keperluan.

Dan bila terlalu ramai mempunyai smartphone, maka muncul lah pelbagai group Whatsapp yang boleh dikatakan hampir setiap orang menggunakan apps ini untuk menggantikan SMS sebagai penghubung.

Aku ada problem sikit dengan Whatsapp ni, atau secara spesifiknya kepada group Whatsapp. Ok, cerita dia macam ni.


Sambung Bacaan

Isi Masa Lapang Dengan Hobi

Posted In: . By Hazwan Arif

"Bosan betul hari ni. Tak tahu nak buat apa. Ada idea?" - aku tanya hosmet aku yang sedang kehulu-kehilir dalam rumah dengan hanya bertuala. Hosmet aku ni hitam orangnya, macam bangla.

"Apa susah. Takkan kau takda hobi? Buat lah hobi kau tu," - dan dia pun hilang, disebalik pintu bilik air. Aku masuk ke bilik, duduk atas katil dan cuba berfikir dengan malas.

Betul jugak. Isi lah masa lapang dengan hobi. Tapi sekarang aku dalam krisis tiada hobi untuk mengisi masa lapang. Dah macam hilang arah.

Dulu aku minat blogging. Aku bayang kan blog ini akan aktif sampai bila-bila. Namun aku silap. Aku telah kehilangan sumber inspirasi untuk menulis. Tapi aku masih tak tahu apa dia sumber inspirasi yang aku maksudkan.

Atau mungkin kerana kewujudan media sosial yang lain yang membuatkan aku mula mengabaikan hobi menulis di blog aku ni?

Tapi sejak dua menjak ni, teknologi semakin tersebar meluas. Semua orang ada smartphone. Hampir semua ada facebook, instagram, twitter dan bla bla bla.

Aku mula rasa tak selamat menulis dan membebel di medium sebegini. Rasa tiada kebebasan.

Jadi aku rasa aku patut kembali aktif ber-blogging memandangkan tiada lagi stalker di facebook dan twitter yang suka intip aktiviti harian aku.

Ok, nak tulis apa ni?
Sambung Bacaan


Kepenatan badan sudah hilang. Dinginnya Gunung Kinabalu sudah tidak terasa. Memori di sana kian pudar dari ingatan. Akhirnya hati baru tergerak menulis catatan tentang, Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu.

******* 

Kira-kira bulan Januari 2014, aku mendapat mesej Whatsapp daripada seorang rakan. Wan Pai namanya. Mesej yang membuatkan aku berfikir panjang. Diaajaknya aku dan rakan yang lain untuk mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Jun 2014. Tinggal lebih kurang lima bulan lagi.

Pada masa tu, aku menghadapi masalah berat badan. Entah tiba-tiba berat badan naik mencanak. Kalau tak silap dalam 75++ kg. Selepas berfikir panjang, aku menerima cabaran ini kerana aku yakin persediaan yang aku buat untuk naik ke gunung nanti mungkin dapat menurunkan berat badan aku ni.

Selepas itu, secara perlahan-lahan aku mula melatih diri untuk meningkat kan stamina aku yang berada dalam tahap yang agak teruk. Maklum lah, dah lama tak bersukan. Jadi aku mula menjadikan aktiviti memanjat Bukit Pelindung sebagai aktiviti rutin.

Tapi takde lah rutin sangat. Kalau rajin, aku pergi. Kalau malas, aku lepak kat rumah. Kadang-kadang aku pergi gim, tapi hanya berbasikal sajalah. Itu pun baru setengah jam dah pancit.


Sambung Bacaan

Merawat Telinga Tersumbat

Posted In: . By Hazwan Arif

Sebenarnya hampir seminggu aku kehilangan deria pendengaran telinga kanan. Kesannya, moral down. Aku mula menjauhkan diri daripada aktiviti melepak bersama kawan-kawan. Bukan apa, setiap perbincangan dan pertanyaan, aku kurang jelas dan kurang faham.

Waktu kenduri kahwin seorang kawan baik, dan juga majlis kesyukuran kawan masa kecik, ramai kawan-kawan lain yang ajak lepak, tapi aku tolak dengan alasan ada kerja kat rumah. Stress hoi telinga tak dengar nak pergi melepak dengan kawan-kawan. Sorry uuoollss.

Jadi, apa rawatan yang aku buat?

Mula-mula sekali, aku pergi klinik untuk membuat pemeriksaan. Keputusannya, telinga aku tersumbat dengan najis telinga. Haha. Menurut doktor, cuaca yang panas sekarang menyebabkan najis cepat kering dan melekat dalam telinga. Kalau tak, najis ni aku bergulung dan keluar dengan sendirinya.

Cuba elakkan aktiviti mengorek telinga. Bahaya. Jadi, doktor memberi aku sebotol ubat titik untuk mencairkan najis telinga. Namun masih tak berkesan.

Selepas meminta nasihat daripada doktor di klinik biasa, aku pergi jumpa dengan doktor pakar telinga. Yang ni paling best. Rupa-rupanya dalam dunia ni wujud satu mesin untuk menyedut najis telinga ni. Dah la tak sakit, seronok betul feel dia bila mesin tu menyedut-nyedut najis telinga aku ni.

Pehh, hebat betul nikmat pedengaran yang tuhan bagi ni yer. Hilang sekejap je hati aku dah kacau bilau.

Kesimpulannya, jangan korek telinga. Ada masalah sila jumpa doktor. Okey?
Sambung Bacaan

Cara Menyeksa Kucing

Posted In: . By Hazwan Arif

Aku sekarang berhadapan dengan satu masalah besar. Seekor makhluk berbulu kesayangan ramai telah melancarkan perang najis kepada aku.

Kejadian pertama berlaku beberapa hari yang lepas. Baju yang aku baru kering selepas dibasuh menjadi jamban kepada seeokor kucing yang identitinya telah dikenal pasti. Sudah la berak, keropok lekor yang aku baru bawak dari kampung pun diserang juga. Habis.

Kejadian baru sahaja berlaku tadi. Jika sebelum ni dia berak dalam bilik aku, hari ni dia berak dekat ruang tamu. Celaka betul. Sanggup bersusah payah untuk masuk dalam rumah semata-mata untuk berak.

Sedih tu memang sedih. Dah la dari kecik aku memang tak suka kucing. Basuh berak dia pun lagi lah tak pernah. Tiba-tiba, diwaktu ramai kawan seusia mula membasuh berak anak sendiri, aku mula membasuh berak kucing. Dah la najis terkena tangan. Down.

Persoalannya, apakah hukuman setimpal yang perlu aku bagi supaya kucing itu takut nak datang lagi? Nak pukul macam kesian sangat.

Seorang kawan mencadangkan agar dubur kucing itu disapu dengan minyak angin, supaya kucing itu asyik berasa pedas di lubang duburnya. Amacam?
Sambung Bacaan

Mendidik Diri

Posted In: . By Hazwan Arif

Aku sekarang sedang belajar untuk mendidik diri sendiri, untuk tidak terlalu menilai manusia. Aku perasan, manusia sekarang semuanya ingin menjadi hakim untuk sesuatu perkara. Menjatuhkan hukum membuta tuli walaupun ilmu didada cuma sekangkang kera. Bukan hak kita untuk menilai apa yang dibuat manusia itu adalah salah atau betul, haram atau harus. Melainkan lah perkara itu sudah jelas tertulis hukumnya. Kadang-kadang sesuatu perkara yang salah dimata kita, mungkin betul dimata orang lain dan juga pelakunya. Namun ia bergantung kepada niat seseorang. Mana mungkin kita mengetahui isi hati manusia, membaca niat yang tersembunyi dalam hatinya. Sebab itu, bila ingin melakukan kebaikan, usah pedulikan cerca nista manusia. Mereka tidak tahu niat kita, tapi jangan risau. Allah itu tidak buta dan tuli. Dia maha mengetahui apa niat kita sebenar.

 Namun persoalannya, bagaimana mahu mengelakkan timbulnya fitnah? Adakah dengan mendidik manusia tentang 'husnuzon'?

Aku tahu kamu semua tak faham.
Sambung Bacaan

Peniaga Melayu Cina

Posted In: . By Hazwan Arif

Aku ni seboleh-bolehnya nak sangat tolong kaum-kaum Melayu ni berniaga. Kalau nampak kedai Cina dan kedai Melayu, aku akan pergi kedai Melayu. Kalau tersalah masuk kedai Cina, aku akan keluar balik. Kalau malu nak keluar, aku akan rasa kesal dalam hati.

Tapi, kadang-kadang peniaga Melayu ni ramai yang tak reti nak jaga pelanggan. Semalam aku pergi cuci kereta dekat Balok. Sebab kereta aku ni dah lama tak dibasuh. Selesai saja dicuci, aku buat spotcheck dekat kereta aku ni.

Sangat mengecewakan. Banyak lagi kesan kotoran yang melekat dekat kereta. Aku panggil tokey dia yang ada berdekatan kat situ dan komplen pasal benda ni.

"Ohhh, yang ni kena cuci lama sikit baru tanggal..." - dia jawab mudah sambil menggosok-gosok kereta aku dengan kain.

"Kalau dah tahu kena cuci lama sikit, kenapa tak cuci sampai hilang benda tu. Aku bayar ni sebab nak kau semua cuci kereta aku dengan bersih.." - marah aku dalam hati. Tak sampai hati rasanya nak marah tokey, seorang perempuan Melayu yang layak aku panggil akak atau makcik.

"Takpelah, nanti saya cuci lain kali.." - aku pergi dari situ.

Kalau hendak dibandingkan, servis cuci kereta dekat bawah ECM Kuantan tu lagi jauh lebih bagus dari kedai Melayu ni. Harga kat kedai Cina tu jauh lagi murah. Jadi macam mana aku nak support orang Melayu berniaga ni?

Teringat balik peristiwa 2 tahun lepas. Waktu tu brek motor aku ada problem. Aku hantar kat satu kedai Melayu. Dia jawab, aku kena tukar rim baru. Sebagai seorang student yang duitnya hanya cukup-cukup untuk diri sendiri, aku tangguhkan saja untuk beli rim baru.

Aku pun pergi kedai lain. Kedai Melayu jugak dan dia menjawab benda yang sama. Maka terpaksa lah aku hidup kat UTP dengan brek motor belakang yang bermasalah.

Akhirnya lepas tamat belajar, aku bawak motor aku ke sebuah kedai Cina. Itu pun kawan aku yang ajak. Agak mengejutkan, dia hanya menukar satu benda dekat rim motor dan brek aku terus boleh guna. Dah la tak sampai 15 ringgit caj dia.

Bila aku cerita dekat tokey dia pasal kedai-kedai yang aku pergi sebelum ni, dia jawab,

"Diorang nak kencing sama lu maa. Diorang nak rembat sport rim lu ni haa.."

Baru aku perasan, sport rim EX5 aku tu memang dari kategori rare sebab dah berusia 10 tahun.

Konklusinya, kalau nak tolong bangsa sendiri, jangan biarkan diri ditindas. Tapi bukan semua peniaga Melayu macam tu kan?

:)

p/s: Baru perasan, aku tak buat post hari jadi Januari yang lalu. Kih3
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...