Catatan
Posted In:
Catatan Bermakna..
,
Monolog Dalaman
.
By Hazwan
Beberapa coretan pendek yang sempat aku tulis semasa berada di hospital dan juga selepas beberapa hari di rumah
- Apabila anda berhati-hati di jalanraya, tidak semestinya anda akan selamat kerana belum tentu pengguna jalan yang lain akan berhati-hati seperti anda.
- Akan tiba pada satu masa, malaikat maut akan berada terlalu hampir dengan kita.
- Betullah apa yang iklan dalam TV cakap, pakai seatbelt kat belakang memang penting.
- Perlukah kalampatah.blogspot.com ditukar kepada pehapatah.blogspot.com?
- Manusia memang cepat melupai sakit.
- I love my housemates.
- Mak bapak mane yang tak sayangkan anak.
- Rezeki tak akan habis selagi nyawa masih di badan.
- Kita boleh mengulang pelbagai test, exam, project atau semester bila gagal dalam hidup tapi kita takkan mampu mengulangi nyawa apabila gagal untuk hidup.
- Rezeki yang kita perolehi, perlu dikongsi bersama orang yang lain.
- Nurse di Kelantan sangat lemah-lembut jika dibandingkan dengan nurse di Terengganu.
- Nurse di Kelas 1 di Terengganu sangat baik jika dibandingkan dengan Kelas 3. Mentang-mentang la bayar mahal.
- Momen itu sangat indah.
- Terharu giler dengan kawan-kawan yang datang melawat T___T
- Best jugak bila makan ada orang tolong suapkan.
- Aku seorang yang hebat dan kuat, kalau tak Allah takkan uji aku dengan ujian seberat ini ^__^
- Ada seorang brader dalam keadaan kritikal selepas seekor lintah memasuki badannya. Lain kali jangan tunggu sampai empat hari baru nak datang hospital.
- Susah kot nak masukkan ubat pelawas melalui lubang du*** ni Y__Y
- Aku ingat dia datang nak bawak kentang putar.
- Gunakan masa sihat untuk beribadat, bukannya menunggu waktu sakit.
- Nasib baik sentiasa bersama kita walaupun ketika dalam kesusahan.
- Manusia sentiasa dibebankan dengan memikirkan perkara yang tak patut difikirkan oleh mereka.
- All Izz Well.
Sambung Bacaan