Sebelum akan datang ke Jepun hari tu, semua orang cakap susah nak dapatkan makanan halal di sini. Risiko untuk kehilangan lemak tu memang tinggi lah. Maka terpaksalah aku membawa banyak bekalan makanan untuk dijadikan stok sepanjang training 3 minggu di Fuji.

Namun selepas datang ke sini, baru aku faham. Nak cari makanan halal kat Jepun akan susah bila kita tak pandai bercakap bahasa Jepun atau membaca tulisan Jepun. Kalau pandai, banyak makanan halal kita boleh dapat. Memang takkan kebulur punya lah.

Di sini, aku ada dua kawan yang fasih berbahasa Jepun. Izwan dan Ariff. Mereka dulunya pernah belajar dan bekerja di Jepun. Jadi, urusan mencari makanan halal kat sini agak mudah walaupun tak ada logo Halal.


Berdasarkan pengalaman aku yang baru seminggu kat sini, makanan halal yang aku boleh dapat kat sini adalah makanan laut. Ayam dan daging terpaksa diketepi kan kerana kita tak tahu sama ada binatang itu disembeli dengan cara yang betul atau pun tidak. Atau pun dipenggal terus.

Dinner pertama disini. Semuanya makanan laut. Terima kasih Mitsuuchi-San!!

Nak tahu sama ada makannan laut itu halal atau tidak, itu bergantung kepada cara tukang masak memasak makanan tersebut. Jadi sebelum membeli makanan dimana-mana restoran, elok lah jika bertanya kepada tukang masak dahulu apakah jenis bahan yang digunakan untuk memasak, dan juga minyak apa yang digunakan. Jika semuanya dibuat berasaskan tumbuh-tumbuhan, insyaallah anda boleh sebat. Kalau kat kedai makanan dalam bungkusan, baca dulu kandungan makanan tu sebelum beli.

Ini lah Obentou!

Macam kat tempat aku kerja ni, setiap hari makanan tengah hari akan disediakan dalam satu kotak makanan. Kalau nama Jepunnya, ia dipanggil 'Obentou'. Dan semua lauk pauk yang diberikan dalam ni adalam makanan laut yang digoreng dengan minyak sayur, jeruk dan beberapa makanan pelik lain yang dibuat dari tumbuhan.

Obentou ni boleh jugak didapati di pasar raya. Yang penting, anda kena tahu apa kandungan dalam obentou tu, apa jenis minyak dan ramuan yang digunakan untuk memasak makanan dalam obentou tersebut. Sebab tu aku cakap tadi, kalau kita pandai bahasa Jepun, memang takkan kebulur.

Tapi yang tak sedap pasal makanan Jepun ni, dia tawar dan kadang-kadang masam. Nasib baik aku dah bawak bekal serunding dan sambal tok-tok siap-siap.

Namun, bagi yang tak pandai berbahasa Jepun, ada cara penyelesaian yang lain. Di Facebook, ada beberapa page yang menyediakan senarai makanan yang boleh dibeli di Jepun. Dan sentiasa diupdate jika ada makanan baru yang halal atau tidak.

Yang aku jumpa ada dua, Serijaya Indonesia dan Halal Japan. Semoga berguna untuk anda semua.

****

Harapan untuk menurunkan berat badan di sini hanya tinggal harapan. Makin gemuk wei!