Ada satu hari, cikgu tak masuk kelas. Jadi sebagai ketua dalam tingkatan 1PK2, memang sudah menjadi tugas aku untuk menjaga ketenteraman kelas. Tiba-tiba, aku terperasan sesuatu yang pelik.
“Wei Yusri, kau buat apa tu….?” Aku bertanya kepada Yusri Sepet yang duduk di tepi pintu kelas. Aku hairan apabila melihatnya mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu di tangan. Pada waktu tu, aku syak dia tengah berzikir. Aku bingkas bangun lalu duduk di tepi beliau. Rupa-rupanya dia sedang menyanyikan lagu Kasih Latifah sambil membaca lirik di kulit album Spider yang terbaru iaitu Aladin haha. Patut la muka serius semacam.
***
Tu antara scene sembilan tahun lalu yang masih terpahat dalam kepala aku. Selepas tu, aku mula menjadi seorang peminat tegar kumpulan Spider. Hampir semua lagu kumpulan ini aku hafal. Tapi minat macam mana pun, tak pernah sekali pun aku beli album diorang. Pinjam pernah la hehe. Biasa la student, bajet tak cukup.
Selepas 15 tahun dalam industri muzik, kumpulan Spider mengeluarkan album terbaru yang bertajuk Kitasatu. Tapi aku rasa tahun lepas dah ada album ni. Tak pe lah. Dan macam biasa, aku takkan beli album ni. Download je lah. Tapi di sini aku nak share lirik lagu Kitasatu. Lagu ni dah lama tapi aku baru nak share dengan anda semua. Layan~


 Kitasatu - Spider
Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku