Terpegun sekejap bila menonton rancangan 360 di TV3 malam ni. Pada malam ni, 360 telah membawakan topik ‘karaoke’ yang memfokuskan kepada karaoke di khalayak ramai, sama ada di majlis kahwin atau di kedai-kedai makan.
Yup, memang karaoke secara terbuka adalah suatu perkara yang normal di bahagian pantai barat kerana di pantai timur aku tak pernah lagi jumpa perkara seumpama ini (tak sure). Contohnya, di luar kawasan UTP terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan hiburan karaoke dimana anda dapat melihat manusia-manusia melalak di tepi jalan. Normal ke?
Tapi malam ni aku melihat sesuatu yang baru dan agak menyedihkan bagi aku. Tadi aku melihat satu paparan dimana warga tua tak kira lelaki dan perempuan  TUA yang berpangkat datuk dan nenek berkumpul beramai-ramai untuk berkaraoke. Sementara menunggu giliran (mungkin kot), mereka akan menari beramai-ramai yang kelihatan tak ubah seperti joget lambak ataupun kelab malam. Aku sedih bila melihat cara sesetengah makcik-makcik ini berpakaian. Seksi kot! Bila menyanyi, aksinya dah boleh lawan artis dangdut punya persembahan. Tapi, bluwekkkk…
Haihh, apa nak jadi. Kesian bila melihat pakcik tua terketar-ketar ketika menyanyi. Ketika kubur mula memanggil-manggil, mereka masih leka dengan hal duniawi. Aku pulak, masih leka dengan dunia blogging. Dan korang pulak, masih leka membaca post ni. Haa, bila nak baca quran?