Suku akhir ke dua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 2001. Subri Sulong membuat larian solo dengan menggelecek beberapa pemain Selangor sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol. Gol itu telah memastikan kemenangan Terengganu ke atas Selangor dengan agregat 5-3 selepas seri 2-2 sebelum itu di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.

Kemenangan yang melayakkan Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia ini juga telah membangkitkan kemarahan penyokong fanatik Selangor yang bertindak gila dengan membakar bendera negeri sendiri kerana terlampau kecewa. Kejadian yang telah menggemparkan dunia bolasepak tanah air ini masih segar dalam ingatan kepala aku.

10 tahun kemudian, kita sekali digemparkan dengan isu bakar bendera. Tapi kali ini kejadian  bakar bendera pihak lawan. Kejadian ini berlaku  di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi ketika pertembungan antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Menurut beberapa sumber, penyokong Negeri Sembilan telah dilhat membakar bendera Kelantan sewaktu perlawanan tersebut.


Walaupun kelab penyokong Negeri Sembilan telah memohon maaf (Baca Sini), tapi insiden ini memang sangat memalukan dan mencemar imej bola sepak tanah air. Walau bagaimanapun, aku harap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi. Buat semua penyokong, fanatik-fanatik jugak, tapi jangan la sampai jadi giler. Ok?

Majulah bola sepak untuk negara. Apa barang layan EPL, memang dah confirm Man United akan menang hahaha

Kredit gambar untuk Kelantan FA