Ada suatu petang di hari Jumaat. Waktu tu aku masih berpraktikal di AMD. Cuaca petang tu teduh-teduh saja, sememangnya waktu yang sangat sedap untuk bermain bola. Segala engineer, technician dan trainee mula turun ke padang. Termasuk aku sekali. 


Di luar pagar padang, kelihatan minah-minah indon sedang sibuk dalam membuat pertukaran syif. Aku mula masuk ke padang dengan berbekalkan kasut futsal Line Seven yang aku beli di kedai Kasut You bersama Hadi di bandar. Aku cemas seketika bila melihat kasut orang lain yang nampak sedap dari kasut aku. Tambah lagi, dah lama sangat aku tinggal sukan bola ni. Adalah dalam dua tiga bulan.

Sementara menunggu yang lain bersiap, aku melakukan sedikit 'warm-up' untuk menguji kejituan sepakan aku. Aku minta bola daripada keeper dan mengambil lajak yang pendek. Dengan sedikit fokus, aku mara ke depan dan menyepak dengan tenang. Bola itu melencong dan sedikit melepasi palang. Aduii, sayang sekali.

"Pergh, macam Beckham...." 

Aku berpaling ke belakang. Ada seorang brader badan besar tersenyum kagum lebar kepada aku. "Tak ada la bang. Biasa-biasa je!" balas aku ringkas.

Aku memandang balik ke arah tiang gol sambil tersenyum bangga.

p/s : Aku masih kabur dengan peluang aku untuk bemain bola selepas ini >__<