Peniaga, Azuliya Abd Rahman, 32, menyusun bungkusan gula dan meletakkan notis “harga naik pulok!” di kedainya di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Harga gula naik 20 sen sekilo mulai hari ini. - Foto Aswadi Alias dari Berita Harian Online

Bila harga minyak naik, semua benda nak naik harga. Terbaru, harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen hari ni. Aku mula mencongak kira-kira. Tak lama lagi, mesti semua harga makanan kat pasar malam dan segala jenis pasar akan naik. Harga kek Papoki pun mungkin akan naik.
Namun, nasib baik ada sesetengah pihak yang masih lantang menyuarakan hak rakyat. Aku bukan ingin berkempen politik, tapi inilah gunanya pembangkang. Mereka perlu berani mengkritik dan memberi kesedaran kepada rakyat tentang hak mereka. Tapi kalau nak demonstrasi, aku tak berkenan sangat. Kerana kenaikan tetap akan berlaku. Last-last, yang berdemonstrasi juga akan disalahkan kerana mengganggu ketenteraman awam.
Tapi aku kesian dengan sesetengah  rakyat yang menerima berita kenaikan harga dengan hati yang terbuka. Ini adalah salah satu kejayaan puak kapitalis yang berjaya menanamkan sikap sedia menerima kepahitan dalam hidup sebagai sesuatu yang perlu ditempuhi, bak kata Dr Muhaimin Sulam.
“Ala, minyak naik 5 sen je..!”
Ni antara dialog yang aku rasa sangat menyampah bila dengar. Kalau orang kaya yang cakap, mungkin aku boleh terima. Tapi kalau yang miskin?
Kepada yang berada di atas sana, jangan gunakan alasan nak jaga kesihatan rakyat. Kalau harga barang asyik naik tapi gaji tak naik-naik, nanti tak pasal-pasal kena serangan jantung plak.  Lagi satu, jangan sibuk  nak compare harga gula dengan negara lain. Apa, kau ingat kat Singapore tu ada ladang tebu kah?
Kepada yang kat bawah, jangan sibuk bazirkan duit dengan AFUNDI je!