Siapa Kekah Bidan Sepiah? merupakan buku kedua yang aku beli daripada Sindiket Sol-Jah selepas CEWAH. Apa yang menarik pada buku ini ialah setiap bab dalam buku ini ditulis dan diolah oleh penulis yang berbeza. Dengan harga RM20, buku mengarut ini agak sangat best di baca walaupun ia tak dapat menandingi buku Solusi haha


Cerita ini mengisahkan tentang kekecohan yang melanda Kampung Fatimah Kacip apabila penghulu kampung dibaham harimau ketika sedang bermesyuarat. Ia diikuti dengan kematian bidan terkenal kampung iaitu Bidan Sepiah yang disyakki mati dikekah harimau jadian.

Lalu ketakutan mula melanda kampung setiap malam. Penduduk mula menaruh syak-wasangka terhadap sesama sendiri hingga terjadinya fitnah mengakibatkan orang yang tidak berdosa terkorban. Jadi, siapa yang kekah Bidan Sepiah? Anda baca sendiri hahaha


Aku paling suka baca bab Leha Kebaya Jarang hehehe