Pagi Jumaat menjelang lagi. Biasanya pada waktu camni, ada dua tempat yang aku tuju. Pertamanya kedai kopi arwah datuk aku dan yang keduanya adalah ke pasar Teluk Ketapang. Biasanya pasar Teluk Ketapang ni orang panggil "Pasor Keng". " Keng" tu merujuk kepada kem askar yang terletak berhampiran pasar ni.

Kalau pergi ke pasar ni, tempat pertama yang aku pergi adalah ke sebuah kedai sayur yang dijaga oleh seorang makcik bertudung labuh. Tak kenal? Ala, yang kat tepi tu ada seorang brader bertahi lalat besar yang jual bawang tu.  Aku suka kedai ni sebab makcik tu tak berkira sangat dengan aku. Kadang-kadang dia bagi harga murah, kadang-kadang dia bagi sayur free. Mungkin sebab dia kenal abah aku kot.

Yang ke dua adalah kedai Pak Zali Ayam. Nama ayam tu tak ada pun dalam IC dia. Mungkin tu nama komersial dia sebagai penjual ayam sejak bertahun-tahun yang lalu. Seingat aku la, sejak zaman aku ke pasar naik lori balak dulu, dia memang dah ada kat situ. Kira otai la ni.

Dulu ada satu kedai nasi lemak yang selalu abang aku pergi. Kedai ini digelar sebagai 'Kedai Nasi Lemak Makcik Gemok' oleh adik-beradik aku. Sebabnya? Mestilah kerana makcik tu gemuk hehehe. Tapi sekarang kedai tu dah tak ada. Makcik tu pun, entah masih hidup ataupun telah mati.

Tapi, sejak menjadi OKU sementara ni aku dah lama tak menjejakkan kaki ke sana. Rasa tak lengkap kalau balik kampung tapi tak pergi sana hahahah. Mengarut betul entry ni. Tak membawa faedah langsung!!