Skip to main content
Penyu Nelang Kijang Nolong 2.0
- Dua gol dari ‘Baby-Face Assasin’, Ashari Shamsudin telah
berjaya membawa Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia 2011. Kedua-dua gol
berpunca daripada hantaran penjaring terbanyak Liga Super 2011, Abdul Hadi
Yahya berjaya disempurnakan Ashari Shamsudin dengan penuh bergaya untuk menewaskan
penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
- Kepada K Rajagobal, Ashari Shamsudin ni power kot.
- Sepatutnya Terengganu patut menang dengan jaringan besar. Namun
ketumpulan penyudah ketika mendapat peluang kadang-kadang mengecewakan. Terutamanya
peluang yang diperolehi oleh Reeshafik Alwi yang menerima lorongan cantik dari
Abdul Hadi Yahya.
- Pasukan Kelantan pada malam ini bermain penuh semangat dan ternyata
nasib tidak menyebelahi mereka apabila berapa percubaan hanya menyinggah tiang
dan palang atau tersasar sedikit dari gol Terengganu. Kesilapan penjaga garisan
yang membatalkan gol Kelantan ternyata meruntuh sedikit semangat The Red
Warrior namun serangan bertubi-tubi yang dilancarkan berjaya memperolehi dua
gol. Tahniah Kelantan.
- Pemain Kelantan beraksi agak kasar terutamanya Subramaniam.
Menyampah aku dengan dia ni. Serius!
- Aksi Sharbinee Allawee boleh dipuji dan dikutuk. Beberapa aksi
menarik ditunjukkan oleh beliau ketika menyelamatkan percubaan dari Kelantan. Yang
terbaik, ketika menyelamatkan percubaan jarak jauh oleh Norshahrul Idlan Talaha.
Namun beberapa kesilapan mudah dilakukan dan akhirnya menjerat diri apabila
terlucut bola dan menghadiahkan satu gol mudah untuk Kelantan.
- Seperti dijangkan, pertarungan sebentar tadi dihiasi bunyi
tembakan mercun serta balingan botol-botol yang pastinya menguntungkan pengutip
botol pada malam ini. Dan juga menguntungkan FAM.
- Amat kagum dengan Abdul Manaf Mamat. Walaupun baru sahaja
kehilangan bapa tersayang malam semalam, namun beliau sanggup turun ke Kota
Bharu untuk mengetuai barisan serangan Terengganu. Takziah.
- Perlawanan malam ni sepatutnya adalah Final Piala Malaysia. Sayangnya, kedua-dua pasukan bertemu di suku
akhir.
- Satu lagi pasukan dari Terengganu iaitu T-Team berjaya
melangkah ke separuh akhir. Pasukan ini dianggotai ramai pemain berpengalaman
terutamanya bekas pemain skuad Terengganu 2001 yang menjulang Piala Malaysia.
T-Team melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya apabila menundukkan
Sabah dengan agregat 4-1 untuk bertemu Negeri Sembilan di separuh akhir.
Tahniah buat T-Team.
- Sedap sungguh buat provokasi ke atas penyokong Kelantan di
Sabilah tadi. Tapi berdebar jugak bila tengok kebangkitan Kelantan pada separuh
masa kedua. Haha
- Akhir kata, semoga Terengganu dan T-Team berjaya mara ke
perlawanan akhir. Peteh Tranung Peteh. Semarak Darul Iman, Sokongan Sepanjang
Zaman.
Comments
aku tergelak sebab ada gambo dato kame dalam dragon ball tu
ekekekeke
@fatin ~ kedah x mcm dlu dh :P
kalu saye curi bleh x...come ekpong,hehe