• Aku sampai di Stadium Shah Alam pada pukul 4 petang, dengan tanpa mempunyai sebarang tiket. Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa rakan dan kemahirang mengayat, dapat jugak aku dan empat kawan yang lain mendapat tiket yang berharga RM30. Kepada yang jual tiket dalam harga RM60 tu, kesian sangat-sangat. sebab tak ada orang beli Keh3 
  • Sebenarnya aku terpaksa mengagahkan diri untuk ke stadium kali ini. Dengan kaki yang masih belum sembuh, aku risau kalau sesuatu yang buruk akan berlaku di sana. Mak abah aku juga kurang berkenan aku pergi ke stadium, diorang risau sebenarnya. Namun aku berjaya yakinkan diorang untuk bagi kebenaran, lagi pun bukan selalu Terengganu dapat masuk final Piala Malaysia. Ye dok? 
  • Permainan Terengganu malam tadi tidak seperti biasa. Bahagian pertahanan kelihatan sangat gugup dan membuat banyak kesilapan. Kadang-kadang nak ‘clear’kan bola pun tak kena. Dan pada awal-awal permainan, pemain mengeluarkan bola dari kawasan penalti dengan menyepak sesuka-hati, tidak seperti sebelum ini dimana mereka menghantar bola itu kepada barisan hadapan. Namun kekentalan Marzuki Yusof di bahagian pertahanan berjaya menutup beberapa kesilapan mudah Terengganu. Tapi kecuaian pada minit terakhir perlawanan membawa padah. Hai-O yang tidak dikawal dengan penuh bergaya berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan. 
  • Bila bercakap tentang Hairuddin Omar ni, dulu aku memang minat dengan dia. Aku mula kenal ketika dia bermain untuk skuad Olimpik 2000 pada tahun 1997, kalau tak silap. Kemudian, dia membawa Terengganu menjulang Piala FA 2000 dan Piala Malaysia 2001. Pada waktu itu, dia mendapat anugerah pemain terbaik walaupun aku rasa Wan Rohaimi lebih layak. Kemudian, apabila dia keluar dari Terengganu untuk berhijrah ke Pahang, aku mula meluat dengan dia. Dan apabila dia menjaringkan gol untuk menyingkirkan Terengganu di separuh akhir Piala Malaysia 2009, aku lagi lah meluat. Dan gol kemenangan yang dijaringkannya semalam buat aku betul benci kat dia. Tapi aku respek jugak kat Hai-O ni, kerana dia berjaya membuktikan dia seorang pemain yang professional. Dan gaya dia bermain sangat tenang, yang merupakan kunci kejayaan N9 malam tadi. Syabas Hai-O! 
  • Dan macam biasa, Ashari Shamsudin membuktikan dia antara pemain terbaik di Malaysia. Satu gol semalam telah membuktikan segala-galanya. Namun gerakan Holy-Quatro iaitu Manaf, Hadi, Ahari dan Joseph Kalang agak kurang menjadi semalam kerana pertahanan N9 berkawal dengan begitu baik. 
  • Aku rasa Terengganu memerlukan seorang pakar sepakan percuma. Banyak bola sepakan percuma dibazirkan begitu sahaja. Dan aku rasa yang terbaik adalah dengan dengan memanggil Zairo Anuar Zailani kembali ke pasukan Terengganu. Dia antara manusia paling power dalam mengambil sepakan percuma di Malaysia, tapi sayang orang tak nampak sangat keupayaan dia. 
  • Sepuluh minit terakhir perlawanan adalah saat paling mengecewakan bagi aku. Bukan kecewa dengan pemain, tapi kecewa dengan lambakan lalang-lalang di stadium. Ketika pemain betul-betul memerlukan sokongan, semua orang diam; makan kuaci sambil teguk air sirap. Kalau camtu baik tengok kat rumah bro. Duduk atas sofa sambil makan mekdonel. Pada waktu itu aku rasa Terengganu sangat memerlukan Ultras Tranung yang memboikot perlawanan. Aku dan member-member yang lain dah mencuba untuk lead dalam memberi sokongan dan sorakan dalam minit-minit terakhir, tapi semuanya hampeh. Semuanya diam ketika penyokong N9 memberi sokongan sepenuh hati kepada pasukan mereka. Lagi kecewa bila ramai yang balik awal. Kamon la bro, kalau nak bagi sokongan, bagi la sampai ke minit terakhir perlawanan. Barulah boleh dikatakan sebagai penyokong sejati. Kalau tak, tengok kat Astro sajalah. Siap ada replay lagi. Yang aku boleh katakan, penyokong Terengganu memang ramai tapi masih kalah dengan penyokong N9. Sejak awal lagi. 
  • Pengadil jugak nampak macam tak boleh pakai sangat. Pada minit-minit terakhir perlawanan, keputusan banyak memihak kepada N9. Bodoh betol. Mungkin dia tak sabar-sabar nak habis awal, kerana isteri dah menunggu kat rumah. 
  • Waktu pengadil meniupkan wisel, aku yang ketika itu sedang berdiri di atas kerusi jadi terkelu sekejap. Lutut rasa bergetar, takleh percaya langsung yang Terengganu telah kalah. Frust menunggeng, tapi tak menunggeng macam player Terengganu di atas padang lah. Sedih bro, sedih sangat-sangat. 
  • Aku kurang berkenan dengan aktiviti melempar botol air oleh penyokong Terengganu terhadap penyokong N9. Kecewa betul bila tengok gelagat kurang bertamadun sesetengah penyokong dari negeri sendiri yang masih berfikiran minda kelas ketiga. Kesian wei kalau-kalau terkena kat kepada budak yang masih kecil. Namun Negeri Sembilan apa kurangnya. Ketika media sering mengaitkan mercun dengan negeri pantai timur, perlawanan akhir semalam telah membuktikan segalanya. Diorang lebih rancak bermain mercun dan bunga api tapi sayang kurang mendapat perhatian media. Dan penyokong N9 sekali lagi mencetuskan provokasi keterlaluan dengan membakar bendera Terengganu. Akibatnya, kena bantai beramai-ramai oleh penyokong Terengganu. Dulu pun pernah bakar bendera Kelantan kan? 
  • Walaupun tiket sangat mahal, namun stadium tetap penuh penuh semalam. TAHNIAH FAM BANGSAT! Dan yang pastinya, duit rakyat juga yang dihabiskan. Lagi aku terkejut bila mendengar cerita seorang kawan. Dia datang dengan fully sponsored oleh UMNO, daripada tiket, duit minyak sehinggalah kepada duit penginapan di hotel. Aku tak faham, perlu ke membazirkan duit untuk menonton bolasepak yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat biasa? Perlu kah? 
  • Kalau aku ada isteri dan anak nanti, aku takkan bawak diorang pergi stadium. Tak sesuai sangat la. Yang aku pelik, ada jugak yang bawak anak-anak yang berusia setahun dua. Kesian aku tengok. Yang perempuan pun tak sesuai jugak, ramai jugak yang berpakaian keterlaluan bagi aku. Dengar cerita ada yang kena raba semalam. Haih. 
  • Menang dan kalah adat pertandingan. Syabas Terengganu FA.  Dan kekalahan Terengganu semalam adalah kerana nasib semata-mata. Insyaallah dengan skuad yang masih muda, kita akan mampu lagi melangkah ke final. 
  • Panjang betul aku tulis, aku tak paksa pun korang baca kan? Keh3 bye~