‘Kriukkkkkkk……’

Bunyi pintu kayu kedai dibuka memecahkan kesunyian di waktu pagi. Suasana masih gelap. Dalam samar-samar satu susuk tubuh lelaki yang kurus kelihatan berjalan perlahan-lahan di dalam kedai sambil sibuk melakukan sesuatu. Barang-barang keperluan dapur di susun dengan kemas di atas rak. Botol-botol kaca yang berdebu di lap dengan cermat. Buah dan sayuran yang baru sampai petang semalam disembur dengan air agar kelihatan lebih segar. Sisa-sisa abu rokok yang dihisap petang semalam di sapu elok-elok dan dibuang di luar kedai.

Selesai mengemaskan kedai, lelaki itu menjengah ke kedai sebelah dengan memakai seluar pendek warna khaki dan baju pagoda warna putih kekuningan. Di sebelah kedai lelaki ini terdapat satu warung kopi yang di jaga seorang perempuan.

Cik Nab, macam biasa yer,” lelaki itu melaung dengan kuat ke arah pemilik kedai dengan pelat cina. Pemilik kedai itu kelihatan sedang membancuh air di dapur. Perempuan itu mengangguk perlahan tanda faham. Lelaki itu berlalu pergi lalu masuk ke kedai. Kemudian, dia keluar lagi bersama dua biji bangku kecil dan diletakkan di depan kedai. Lelaki itu mngeluarkan sekotak rokok Camel dari poket seluar, diambil sebatang dan dicucuh dengan mancis cap lada. Rokok itu disedut dalam-dalam dan dihembus dengan perlahan-lahan sambil mata terpejam.

Sesekali kelihatan dua tiga buah motor melintasi hadapan kedainya. Kebanyakannya memakai kopiah putih dan berkain pelikat, tanda baru balik dari masjid. Ada juga yang singgah di kedai perempuan sebelah untuk bersarapan.

Meriah betul kedai kat sebelah ni…..’ lelaki itu membebel dalam hati.

Pakcik,ini makanannya, “ lamunan lelaki tadi tersentak. Seorang gadis muda sedang menghulurkan secawan kopi dan dan dua biji telur separuh masak sambil tersenyum manis. Lelaki itu menghulurkan tangan untuk mengambil makanan tadi lalu mengucapkan terima kasih. Telur dalam mangkuk tadi diletakkan di atas bangku yang kosong. Selepas meniup air kopi yang masih berasap tadi, lelaki itu meneguk sedikit air kopinya. Berkerut dahi lelaki itu menahan rasa panas. Kemudian, kopi itu diletakkan di atas bangku tadi. Dua biji telur yang dipesan masih tidak diusik. Di meneruskan menghisap rokok tadi yang masih berbaki saparuh sambil termenung. Kadang-kadang kakinya digaru sambil memejamkan mata, tanda nikmat agaknya.

Woii Ah Ben!” lelaki tadi tersentak sekali lagi. Kali ini selepas mendengar suara garau mamanggil nama glamournya. Dia membuka mata. Kelihatan seorang lelaki memakai kopiah putih, baju melayu biru tua dan berkain pelikat sedang menongkatkan motorsikal kapcai kaler merah betul-betul di depan kedainya. Lelaki berkopiah putih itu mencekakkan tangan ke pinggan sambil merenung tajam kearah lelaki tadi.

Siapakah gerangan lelaki ini….?’ Lelaki yang dipanggil Ah Ben tadi bermonolog dalam hati.

***

TIDAK AKAN BERSAMBUNG. AKU PUN TAK TAHU NAK MENULIS APA SEBENANRNYA KAH KAH KAH. SELAMAT DATANG OKTOBER.