• Dua gol dari ‘Baby-Face Assasin’, Ashari Shamsudin telah berjaya membawa Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia 2011. Kedua-dua gol berpunca daripada hantaran penjaring terbanyak Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya berjaya disempurnakan Ashari Shamsudin dengan penuh bergaya untuk menewaskan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
  • Kepada K Rajagobal, Ashari Shamsudin ni power kot.
  • Sepatutnya Terengganu patut menang dengan jaringan besar. Namun ketumpulan penyudah ketika mendapat peluang kadang-kadang mengecewakan. Terutamanya peluang yang diperolehi oleh Reeshafik Alwi yang menerima lorongan cantik dari Abdul Hadi Yahya.
  • Pasukan Kelantan pada  malam ini bermain penuh semangat dan ternyata nasib tidak menyebelahi mereka apabila berapa percubaan hanya menyinggah tiang dan palang atau tersasar sedikit dari gol Terengganu. Kesilapan penjaga garisan yang membatalkan gol Kelantan ternyata meruntuh sedikit semangat The Red Warrior namun serangan bertubi-tubi yang dilancarkan berjaya memperolehi dua gol. Tahniah Kelantan.
  • Pemain Kelantan beraksi agak kasar terutamanya Subramaniam. Menyampah aku dengan dia ni. Serius!
  • Aksi Sharbinee Allawee boleh dipuji dan dikutuk. Beberapa aksi menarik ditunjukkan oleh beliau ketika menyelamatkan percubaan dari Kelantan. Yang terbaik, ketika menyelamatkan percubaan jarak jauh oleh Norshahrul Idlan Talaha. Namun beberapa kesilapan mudah dilakukan dan akhirnya menjerat diri apabila terlucut bola dan menghadiahkan satu gol mudah untuk Kelantan.
  • Seperti dijangkan, pertarungan sebentar tadi dihiasi bunyi tembakan mercun serta balingan botol-botol yang pastinya menguntungkan pengutip botol pada malam ini. Dan juga menguntungkan FAM.
  • Amat kagum dengan Abdul Manaf Mamat. Walaupun baru sahaja kehilangan bapa tersayang malam semalam, namun beliau sanggup turun ke Kota Bharu untuk mengetuai barisan serangan Terengganu. Takziah.
  • Perlawanan malam ni sepatutnya adalah Final Piala Malaysia.  Sayangnya, kedua-dua pasukan bertemu di suku akhir.
  • Satu lagi pasukan dari Terengganu iaitu T-Team berjaya melangkah ke separuh akhir. Pasukan ini dianggotai ramai pemain berpengalaman terutamanya bekas pemain skuad Terengganu 2001 yang menjulang Piala Malaysia. T-Team melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya apabila menundukkan Sabah dengan agregat 4-1 untuk bertemu Negeri Sembilan di separuh akhir. Tahniah buat T-Team.
  • Sedap sungguh buat provokasi ke atas penyokong Kelantan di Sabilah tadi. Tapi berdebar jugak bila tengok kebangkitan Kelantan pada separuh masa kedua. Haha
  • Akhir kata, semoga Terengganu dan T-Team berjaya mara ke perlawanan akhir. Peteh Tranung Peteh. Semarak Darul Iman, Sokongan Sepanjang Zaman.