Hari ni aku nak mengeluh sikit. Dan bercerita sikit-sikit. Sejak kebelakangan ini, banyak sangat benda yang berlaku. Termasuklah perkara yang memeningkan kepala dan menyakitkan perut.

Minggu lepas aku diserang cirit-birit dan muntah-muntah. Aku ingat isteri aku mengandung, tapi lupa plak yang aku ni belum kahwin. Bila pikir-pikir baik, sakit perut ni mungkin berpunca daripada nasi beriani yang aku makan di Confofair sehari sebelum tu. Akibatnya, berat aku hilang 3kg dalam masa 3 hari. Moral of the story, kalau kau nak diet, makan je makanan yang beracun. Untung-untung kena keracunan makanan macam aku.

Sekarang masuk bab Final Year Project pulak. Di saat semua rakan sibuk menyiapkan eksperimen, report dan ada juga yang sudah goyang kaki, aku masih terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Ini gara-gara mesin yang aku nak guna untuk eksperimen telah rosak. Dah la baru dibaiki. Kemudian rosak lagi. Camne ni woii? Untuk mengurangkan tensyen, terpaksa aku menumpukan kepada kerjaya sebagai seorang manager (?)

Sabtu ni pulak, akan ada satu perlawanan bola sepak yang sangat penting bagi aku, iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Selepas kali terakhir layak ke perlawanan akhir pada 10 tahun yang lalu, akhirnya Terengganu kembali ke pentas final. Namun harga tiket yang melambung tiba-tiba membuatkan semangat aku sedikit runtuh. Cilakak punya FAM. Walaupun kerajaan negeri Terengganu menawarkan diskaun kepada peminat Terengganu, namun tidak adil rasanya jika duit rakyat digunakan kepada perkara yang kurang bermanfaat seperti ini. Dan juga tidak adil kepada penyokomng Terengganu yang berada di luar Terengganu. Contohnya, aku lah tu. Jadi, perlu ke aku join kempen boikot?

Dan aku sekarang mula menyibukkan diri dalam Final Year Design Project, yang dikhususkan untuk pelajat Kejuruteraan Kimia sahaja. Kali ini kena buat plant Methanol-Acetic Acid. Amacam? Selepas memuktamadkan satu keputusan yang agak berat beberapa bulan dahulu, kini aku mendapat lima groupmate baru, Adib, Ijat, Cho, Ida dan juga Ziela. Nasib baik la semuanya Melayu, tak payah pening-pening nak membelitkan lidah. hehe

Oh lupa,kepada penyokong Liverpool, sila berhati-hati selepas ini terutamanya Ponci!