Final Piala Malaysia 2011: Menuju Stadium Shah Alam


Salam sejahtera kepada semua. Insyaallah hari ni aku bersama beberapa orang rakan akan bergerak ke Stadium Shah Alam untuk bersatu dengan 'kipas-susah-mati' Terengganu bagi membentuk gelombang hitam putih pada Final Piala Malaysia 2011. Beberapa orang rakan telah pun bergerak ke sana, hany aku dan beberapa rakan lain yang belum bertolak ke sana iaitu Amin, Ameer, Nijey dan Timok. Doakan keselamatan kami ye kawan-kawan.

Kepada pasukan Terengganu, berjuanglah berhabis-habisan malam ini. Kalah atau menang itu soal ke dua. Bermainlah sepenuh hati, demi penyokong setia anda yang sanggup datang dari jauh, yang sanggup berhabis wang dan masa demi menyokong anda semua pada malam ini.

Kepada penyokong Terengganu, berhati-hati dalam perjalanan balik dan pulang. Jaga kelakuan anda di sana, kerana kita membawa nama Terengganu di tempat orang. Kawal emosi dan tingkah-laku anda, Insyaallah Piala Malaysia akan kembali semula ke negeri kita selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2001.

Aku juga berharap, agar tiket perlawanan akhir ini masih belum habis. Kerana aku masih belum mempunyai tiket lagi. Huargggghhhh!!!

PETEH TRANUNG PETEH!
SEMARAK DARUL IMAN!
SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN!
TERENGGANU NELANG!!!

Comments

HaiDa HiDa said…
moga selamat sampai ke destinasi.. menang dan kalah adat pertandingan, sama2 kita doakan moga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.. terengganu atau n.sembilan, kita tetap satu malaysia.. :)

di hatiku tetap kelantan.. hehee..
Najwa Sofwani said…
iA tiket ado =D
keh klate kaloh dh kay. kito sokong la tggnu..jire kay..hee =D

Popular Posts