2 November: Catatan Memilukan

Sejak beberapa hari lepas, hujan turun agak lebat di Penang. Maka terpaksalah aku meredah hujan untuk ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal. Nasib baik ada full set baju hujan. Jadi, tak basah sangat lah aku bila sampai ke tempat kerja.
Hari ni aku agak cuai ketika membuat kerja yang diberikan oleh Kak Ain. Aku langsung terlupa untuk menekan button save ketika membuat kerja yang diberikannya kepada aku. Ketika waktu balik tinggal lagi setengah jam, tiba-tiba software yang digunakan tertutup dengan sendiri disebabkan satu problem. Maka hilanglah segala data-data yang telah aku buat. Nasib bak aku ada copy data ke tempat lain. Akibatnya, aku didenda menyiapkan kerja sampai pukul 6. Tapi aku tetap happy macam biasa.
Selepas siap kerja, aku pulang ke rumah dengan pelbagai plan bermain-main didalam kepala. Nak kemas biliklah, nak hantar email kat exam unit lah(actually aku tak dapat lagi result exam sem lepas), nak update blog dan juga nak masak. So sebelum sampai ke rumah, aku sempat membeli telur dan bawang di kedai kat bawah blok aku. Selepas selesai aku menaiki lif untuk ke rumah. Sampai di rumah, aku mendapat satu berita yang mengejutkan.
“Yau, rumah kita kena pecah masuk. Laptop kau dan Muzek kena curik. Kamera digital aku pun kena”, kata Alif. Ayat last tu macam dengar tak dengar je. Tiba-tiba beberapa rangkap lagu sedih bermain dalam kepala. Aku blur sekejap. Din datang menghampiriku dan meminta aku bertenang. Aku jadi bingung sekejap.
Ya, aku memang pasrah dengan apa yang berlaku. Tapi agak sedih mengenangkan bukannya senang aku nak mendapatkan laptop ni dulu. Tambah lagi dengan kehilangan koleksi gambar sejak foundation yang sukar dicari ganti. Aku tak tau nak kata apa lagi. Benda sudah jadi dan aku pasrah. Mungkin ini satu petanda dari yang maha Esa untuk hambanya yang lalai =(


p/s: Catatan ini ditulis diatas kertas pada malam kejadian selepas kepulangan polis yang membuat pemeriksaan. Kepada kawan-kawan, thanx for your support. Kepada yang menghantar mesej tapi tak mendapat reply, minta maaf sangat-sangat sebab tiada mood untuk mereply. Kepada mereka yang terasa dengan badmood aku hari ni, sori sangat-sangat yer. Dan buat family di kampong, Insyaallah esok Iwang balik umoh =)

Comments

penaberkala said…
ak pun baru tau td
aiyak, takziah yau
ak hilang selipar pun resah, ini kan plak laptop

sabor yau :) (mudah je ak ckp dop, padahal mmg susah pun)
♡daisy♡ said…
setiap yg berlaku,x pernah Allah takdirkan dgn sia2..
byk hikmahnya..
sabar, Insayaallah, DIA gantikan dgn sesuatu yg lebih baik, yg kita pun x mampu jangka.. =)
Jamal Ali said…
Salam sejahera ya sahabat...
Ada hikmah di balik peristiwa itu, mungkin Dia mahu beri sesuatu yang lebih baik kepadamu...
Tetapkan hatimu ya sobat,
bukankah setiap kesulitan itu ada kemudahan... ^^
nk ckp sabaq mmg sng.. hmmm

insyaAllah ada hikmah tu
Anonymous said…
dugaan2.. be strong!
Sabaq ye liau...
takziah aku ucapkan...
mesti ade hikmahnye...
semoga ko temui hikmah disebalik kejadian..
amiiin (^_^)
Amin Baek said…
sabar liau..harap tenang2 saja..
aku ada dapat pengisian dlu..

sentiasa ingatkan,bahawa barang barang kita itu,cuma pinjaman dari Allah,dan kini Dia mengambil kembali.Spertimana kita pegang brg kwn kita,dan dia mintanya kembali..Sdah pasti kita memberi dgn hati terbuka..begitulah analoginya..

Alhamdulillah...aku cuba praktikkan dalam siri kehilangan barang dan kemusnahan brg berharga kebelakangan ni,wpun rasa sedih ada,tapi rasa tenang tu lebih dr rasa sedih..

Hikmah nye pasti ada...yakin2..mungkin bukan dgn laptop yang baru,tp mungkin dgn result yg gempak tuk sem lepas..hehe..all the best tuk result..(lmbtnye....)
Hazwan said…
thanx kwn2..semoga ati aku lebih tenang pasni... =)
Unknown said…
Gerila Penulisan Kreatif...

Tak pe.. sabar ye kawan... Tak de perkataan lain yg GPK boleh cakap... Sabar... Banyakkan istigfar dan selalu bersangka baik terhadap setiap ujian allah...

"Catatan ini ditulis diatas kertas pada malam kejadian selepas kepulangan polis yang membuat pemeriksaan" ayat ni buat GPK "sentap"... faham mcm mana perasaan Hazwan... Sabar ye...
farhana roslee said…
la tahzan..
ikhlaskan hati
dah nk jadi rezeki mu byk tu,
redho je ek..

insyaAllah..
everything happened for reason

mulut yang berkate
tak same dengan hati yang merase

takziah untuk mu,alip dan hosmate mu y lain..
Wawa said…
ujian tu tanda allah sayangkan hamba-hambanya..semoga urusan mu hok lain dipermudahkan..be strong wan!!
princessa said…
aritu ilang enset putih dh..ni hlg laptop lak.....
sabar je bos....ade hikmah disebaliknye......
HASYIMAH SIDEK said…
ujian, dugaan & cabaran...
be +ve...
mayb ade sebab musabab, ade hikmat disebaliknya & ade nilai tuk wat pangajaran...
Hazwan said…
tq kat semua..aku pun xtau nk kate ape lg..

pasal hp tu, lptop tu pon beli skali dgn hp tu lah..
huhuhu
--PopCorn-- said…
sabar ye.. sesungguhnya ujian NYA bagi adalah untuk mendekatkan diri kita dengan NYA

Popular Posts