Jam menunjukkan pukul 5.20 petang. Oh, aku terbuat OT selama lima minit hari ni.  Selepas mengemas barang-barang, aku bergegas keluar menuju ke parking motor. Kelihatan Din sudah bersiap-siaga untuk pulang bersama-sama. Sebelum pulang kami singgah di pasar malam terlebih dahulu kerana Din nak beli daging. Aku tak pasti dia nak beli daging batang pinang atau batang pisang. Tak kisah la, yang penting daging lembu dan bukannya daging ****.
 Din mula berkeliaran di pasar malam untuk mencari makanan yang beliau idamkan manakala aku hanya memerhati memandangkan keperluan aku terhadap duit amat tinggi ketika ini. Jadi, sebagai langkah pengjimatan aku berusaha melawan nafus makan yang membuak-buak di pasar malam. Akhirnya, Din gagal dalam pencariannya untuk mencari daging dan pulang dengan tangan berisi nasi kerabu, ayam golek dan macam-macam lagi. Aku pula pulang dengan sebungkus air soya yang aku dapat tanpa mengeluarkan satu sen duit pun. Ingin tahu caranya? PM me kat FB inbox beserta nama penuh dan email anda(yang serius sahaja).
 Selesai saja shopping, aku dan Din bergerak semula ke parking motor. Alangkah terkejutnya bila melihat kedudukan motor yang terpusing sebanyak 180 darjah daripada kedudukan asal(bukan terbalik). Aku musykil, siapa la gerangan menusia yang rajin mengalihkan motor pinjaman aku ni. Dah la aku kunci kat tayar,takkan ada orang nak angkat kot. Sambil memikirkan pelbagai teori dan kospirasi dalam kepala, aku start enjin motor dan sambi membaca bismillah, aku pulas minyak. Erk, motor takleh gerak. Baru teringat yang aku belum membuka kunci kat tayar motor. Turun dari motor, Din cuba membuka kunci tapi gagal. Aku pun try tapi gagal jugak sebab batang kunci terlekat kat tayar.
 " Tarik je. Tarik je kunci tu", aku terdengar satu kasar seorang perempuan. Selang tiga motor dari aku, tercegat seorang tomboi berambut sedikit karat bersama seorang awek cun. "Tarik je ke belakang", dia ulang sekali lagi. Aku hanya mampu tersenyum sebab malu. Tiba-tiba dia datang ke arah motor dan tanpa disuruh dia cuba menarik kunci motor tu. Selepas beberapa kali mencuba dia berjaya menarik kunci tu. Aku dengan Din pula tersenyum dengan penuh rasa kemaluan. Terasa kelakian diri tercabar dengan pertolongan tomboi tu tadi haha. Selesai saja menarik kunci, tomboi taditerus chow bersama kawan dia tadi. Terima kasih, tu je perkataan yang mampu aku ungkapkan. Aku memandang Din sambil tersenyum lalu pergi dari tapak pasar malam.