Dengan kekalahan 3-1 terhadap Iran petang tadi maka berakhirlah cabaran skuad bolasepak di Sukan Asia di China. Bagi aku edisi kali ini amat membanggakan kerana Malaysia layak ke pusingan ke dua selepas kali terakhir melakukan pada tahun 1978. Walaupun hanya mempunya 15 pemain untuk diturunkan serta kebanyakan pemain utama injured sebelum kejohanan bermula, tapi aksi Malaysia tidak mengecewakan.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kekalahan Malaysia telah dirancang awal-awal lagi kerana ramai pemain ingin menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang. Namun aku menyangkal dakwaan itu kerana kekalahan Malaysia disebabkan beberapa faktor yang lain.

Seperti yang aku sebutkan tadi, Malaysia kekurangan pemain kerana ramai yang injured serta digantung perlawanan. Secara fizikal dan mental, pemain Malaysia kelihatan agak lemah. Jadi aku mencadangkan pemain Malaysia selepas ini dihantar ke negeri Terengganu untuk training ditepi pantai sambil melayan ombak musim tengkujuh. Aku yakin stamina player aku bertambah kerana bermain dikawasan berpasir memerlukan stamina yang tinggi. Ditambah lagi dengan ombak yang tinggi serta angin yang kuat, aku yakin mental pemain juga akan tercabar.

Pemain Malaysia juga kurang berani untuk memegang bola atau menggelecek bola ke dalam kawasan lawan. Kalau ada pun hanya Kyril Muhaimeen yang agak menyerlah. Mungkin pihak FAM boleh menghantar player Malaysia training di zoo berhampiran kandang harimau untuk menambahkan sifat berani diorang. Atau mungkin menghantar player Malaysia bertapa dimana-mana bukit atau gunung supaya lebih yakin pada diri sendiri. Pilihan lain, mungkin FAM perlu membawa player Malaysia menonton filem paling seram dalam sejarah perfileman melayu karya Dr Rozmey iaitu Dua Alam. Mungkin cara ini dapat menambahkan keberanian serta mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama pemain Malaysia.


Aku perasan yang FAM suka menghantar pemain untuk training di luar negara tapi kesannya tak nampak sangat. Tak ke membazir namanya. Kan lebih baik kalau pusat latihan dibina di kawasan tanah tinggi. So player pun dapat merasai pengalaman bermain dikawasan sejuk, menjimatkan kos, dapat menarik pelancong atau team bola lain untuk training di Malaysia dan juga dapat mengelakkan masalah homesick dalam kalangan pemain Malaysia.

Erm, kesimpulannya aku memang tak ada idea  langsung untuk pembangunan bola sepak Malaysia. Tapi bak kata cikgu aku dulu, Malaysia masih ketinggalan dalam penerapan ilmu Sports Science. Dengan pentadbiran FAM yang masih dikuasai oleh kerabat diraja dan ahli  politik, bola sepak Malaysia seakan-akan sukar untuk dinaikkan. Apa pun, tahniah buat skuad bolasepak Malaysia. Diharapkan skuad negara akan buat yang terbaik dalam Piala Suzuki AFF bulan depan. Go Go Malaysia!! Malaysia Boleh!!

p/s: Sori bos, tadi saya balik awal sebab nak tengok bola hehehehe