Hari tu hujan renyai-renyai di Terengganu. Aku yang kesejukkan pergi ke dapur untuk mengisi perut yang kelaparan serta mencari segelas air panas untuk diminum. Kebetulan di dapur, abah dan mak sedang berehat di dapur sambil membuka TV. Bukan menonton TV pun tapi cuma mendengar program motivasi pagi yang disampaikan oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali.

Motivasi pagi ni berkisarkan tentang hubungan ibu bapa dan anak. Bagaimana nak menghargai ibu bapa, apa yang ibu bapa perlukan dari anak-anak dan bermacam-macam lagi. Aku buat-buat tidak dengar walaupun telinga sedang fokus manakala mulut sedang rancak mengunyah kerepek ubi yang aku beli dari Penang. Part paling best, dia sebut bahawa ibu bapa sebenarnya mahu diri mereka dimanjakan oeh anak-anak. Mahu dibelai dan dipeluk oleh anak-anak. Tiba-tiba aku rasa segan kerana seingat aku, aku tak pernah pun memeluk abah aku. Maybe sebab dia agak tegas dan kurang rapat dengan anak-anak berbanding mak yang aku selalu peluk dan kucup sebelum keluar ke tempat yang jauh.

Malam sebelum berangkat pulang, aku teringat balik ceramah motivasi sehari sebelum tu. Selesai bersalam dengan abah, tiba-tiba aku terus memeluk abah. Abah mungkin terkejut sebab aku tak pernah buat camtu pun sebelum ni. Bagi aku, baik aku buat sekarang sebelum terlambat. Aku tak nak menyesal seperti kawan aku yang lain. Anda semua tentu faham maksud aku kan?
Bye~

p/s: sempat jugak aku curi masa buat satu entri time buat keje hehe