Bila orang cakap yang nilai seni aku agak meragukan, aku tak tahu aku perlu bersetuju atau tidak. Kalau bercakap pasal nyanyian, aku tahu sesunggunhnya suara aku memang tak sedap walaupun aku pernah menjadi juara dalam pertandingan koir peringkat daerah dulu. Aku juga tau aku juga tiada bakat untuk mengubah lagu atau menulis lirik. Tidak reti bersyair, bergurindam jiwa atau berseloka. Yang pasti, tahap seni aku dalam bidang seni suara agak meragukan. Tapi kalo setakat karok tu, jangan ragu-ragu la!

Jika disebutkan dalam bidang lakonan, aku tau aku tak ada pakej yang lengkap untuk menjadi seorang hero Malaya. Suara tak macho, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tapi dulu seorang kawan pernah cakap, aku patut berlako dalam filem Yusof Haslam. Sebabnya aku berjaya menipu dia bahawa cikgu disiplin sedang mencarinya. Ya, aku mengaku bahawa yang aku suka mendajalkan orang dengan muka serius. Kalau setakat nak buat muka marah, serius, ataupun sedih memang kacang la bagi aku.

Tapi bukan pasal ini yang aku nak sebutkan. Sebenarnya aku sedang dilanda satu masalah yang amat besar. Aku tak tahu macam mana nak menghasilkan satu poster yang menarik. Dah la asyik kena push untuk siapkan poster projek aku ni dengan secepat yang mungkin. Serius aku failed dalam seni hias-menghias ni. Pemilihan warna pun salah, susun atur dan macam-macam lagi lah. Dah banyak kali aku cuba meyakinkan diri bahawa poster yang aku buat ni sangat cantik tapi tetap gagal. So, terpaksalah aku mengiyakan pendapat seorang kawan bahawa nilai seni aku amat meragukan. Arghhh, tension!!!